Tuesday, October 11, 2011

KACANG PISTACHIO YANG LAZAT.




Assalamualaikum,..

Asal :Timur Tengah dan Asia.
Kandungan zat:zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing.

Kelebihan:

Mengandungii banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol yang tidak diperlukan dalam badan) hingga 11.6 peratus.

Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol hampir 7 peratus, ini turut mengurangkan risiko penyakit jantung hingga 14 %, Selain membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL),Kacang ini juga berupaya meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.

Pilihlah Kacang yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.

Usia pistachio tidak lama, sebaiknya pilihlah pistachio yang berwarna hijau terang. Kalau sudah terlalu tua atau lama dikedai, warnanya akan pudar, dan kacang akan berubah layu tau berkedut.

Wassalam.

No comments: