Tuesday, October 30, 2012

Daging salai masak kicap berempah


Menu malam ni utk mak Buyung ialah daging lembu masak kicap berempah.Bahan macam biasa,daging segar,atau boleh juga gunakan daging korban yang memenuhkan peti sejuk tu.Daging tadi yang telah digaul dengan rempah sup hendaklah disalai atau goreng pun boleh.Setelah siap goreng barulah dipotong slicess mengikut kemampuan anda.Bahan rempah asas ialah bahan yang kita gunakan utk masak kicap cuma tambah oyster sauce dan sedikit plum sauce.Selamat mengetes..!Jom santap..

Saturday, October 13, 2012

Rumah lama tapi baru

2012

Sepupu

Semoga jalinan silaturahim antara mereka akan kekal sampai bila-bila kerana mereka adalah bersaudara ,walau apa jua rintangan bakal mendatang,inilah zuriat keturunan kami.Masih terlalu jauh perjalanan hidup mereka utk mengenal erti persaudaraan.
Aku sendiri pun tak mampu meramal sejauh mana hubungan mereka bila mereka dewasa nanti,Semoga kenangan mereka sewaktu kecil dapat mengeratkan  hubungan silaturahim yang sedia terjalin.
Semoga Allah jadikan hubungan sesama saudara,sesama Islam ini berpanjangan,kerana dunia akan datang lebih hebat dan penuh cabaran.Aku jadikan ini sebagai sandaran dan peringatan agar selalu bermuhasabah bahawasanya kesedaran dan ilmu harus seiring dalam merialisasikan ukhuwah persaudaraan.
Mungkin bila mereka dewasa nanti,kami dua beradik sudah tiada lagi didunia ini,dan harapan aku semoga sedikit ilmu yang sama-sama kami curahkan ini akan jadikan mereka terus dipimpin Allah menuju jalan yg diredhai.Semoga kenangan sewaktu kecil mereka akan jadikan mereka akrab bila dewasa nanti.Semoga pangkat,darjat atau kekayaan bukan tali pengukur nilai sebuah tali persaudaraan.Apa yang utama ialah dari mana asal keturunan mereka,kerana sewaktu kecil inilah mereka sebenarnya bermula dari tak punya walau satu  zarah pun kecuali ibu bapa mereka.Semoga bermanfaat.