Saturday, March 23, 2019

Salam sayang utk Abah,selamat tinggal

Selasa 19/3/2019 (12 Rajjab 1440H)abah kembali ke rahmatullah jam 2 pagi.Pergi dengan keadaan sihat memberi kami kesan yg sangat mendalam.Hari sabtu sblm pemergian abah,kami berkumpul adik beradik utk sambut birthday abah dan beberapa cucunya yg kebetulan berada dlm bln yg sama.
Abah tak join kami makan beridang sebab balik lewat dari kelas agama.Aku sempat duduk blakang abah dan tak sangka itu gambar terakhir kami.
Tapi kami semua adik beradik redho kerana abah pergi dalam keadaan yg baik,Alhamdulillah..semua perjalanan dan ketentuan yg Allah tulis sangat tepat dan sangat teliti..begitulah rancangan Allah adalah sebaik² perancang.


Sunday, March 3, 2019

Weekly visit

Alhamdulillah minggu ni Allah beri kami sekeluarga kesihatan dan kemampuan utk ziarah abg suki.
Lepasni zonjuly macam penuh dgn diari mingguan kami jek sekeluarga.Seronok dan bersyukur dapat duduk dan menikmati keindahan tempat para Malaikat bernaung,dulu kalau tempat macam ni aku sorang jek pegi tanpa ada siapa² teman sebab nak rasa suasana tu,alhamdulillah Allah maha mendengar dan dgn izinnya anak aku dah 3 bln duduk dan berkampung dalam kelompok generasi Alquran.Terima kasih Allah.
Semoga Allah beri keizinan utk doa kami setetusnya..
"Kenapa solah 5 waktu perlu ditunjuk kepada sekalian makhluk seisi alam?kerana mereka adalah saksi keislaman kita dihadapan Allah nanti,tiada istilah menunjuk atau bangga diri berulang alik masjid bagi kaum lelaki,itulah hak Allah yg perlu kita tunaikan."
"Bila masanya solah itu perlu disembunyikan dan dirahsiakan?Ya,di sepertiga malamlah waktunya,sehingga bunyi mengambil wudhuk pun perlu kita sulitkan dari pendengaran telinga kiri kita..itulah hak kita kepada Allah pencipta sekalian makhluk"