Showing posts with label cemilan station. Show all posts
Showing posts with label cemilan station. Show all posts

Tuesday, June 11, 2024

Mainan baru lagi IV

June 2024,lagi seminggu nak aidil adha,terima kasih Allah peliharakan kami sekeluarga,terima kasih Allah atas segala nikmat dan ujian agar kami sentiasa dalam perhatianmu.

Wednesday, May 22, 2024

Cerita Semalam

Staff kemalangan jalan raya semalam pagi,semoga cepat sembuh.Kadang kita beranggapan kemapangan satu bala atau hukuman,namun perancangan Allah itu lebih cantik.Dia Allah yang maha mengetahui apa yang bakal berlaku.
Doa kami di Cemilan Station agar allah beri kesembuhan dan dapat berkhidmat kembali.

Thursday, November 30, 2023

Save Palestine

Al_Qud sedang berperang dan Allah turunkan ujian besar beserta hadiah syahid untuk para pejuang.Kita disini jangan putus² berdoa agar Allah beri pertolongan kepada para mujahid dan penduduknya.Izinkan kami ya Allah melawat bumi Ambia ini satu masa nanti.

Wednesday, January 25, 2023

Awal tahun 2023

Awal tahun ni masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi yg nampak tak berapa rancak.Usaha tetap kami laksanakan atas izin Allah,semoga kami dipilih antara berbilion insan yg berusaha membangun ummah.
Program beriadah bersama staff selesai terlaksana 20-23/1 tempohari,walaupun keadaan cuaca tak berapa menghiburkan.,syukur Alhamdulillah kami berjaya rialisasikan impian mereka.
Projek sambung belakang terpaksa dihentikan sementara atas faktor cuaca,harap² tak berpanjangan.
Sedikit perkongsian ilmu utk peringatan diri dan keluarga,semoga bermanfaat.

Resam dunia,pagi iman kita sekuat besi,menjelang petang dah lembik macam tahu.,itulah iman kita umat akhir zaman yg mana Rasulullah pernah bagitahu sahabat baginda.

Terimalah teguran atau sindiran atau apa jua pelajaran dari mulut orang lain kerana kalam atau perkataan dan perbuatan itu datang dari manusia hakikatnya isi atau intipati tersebut adalah dari Allah,kita sebagai hamba hanyalah menyampaikan.Terkadang kita leka dan alpa atas muka bumi,kita jadi riak dan sombong dengan sedikit kehebatan yang Allah pinjamkan untuk menguji iman kita.

Sunday, November 21, 2021

Fasa 4

Masih perlu ada SOP walaupun dah berada dalam fasa 4.Majlis dah bole buat dalam masa sama sop kena jaga.Tapi kes masih membimbangkan,Semoga Allah tolong jaga kami sekeluarga.

Monday, April 5, 2021

Warna-warni Syaaban

Sebak rasa nak sambut Ramadhan,semoga Allah izin kami sekeluarga beribadah dibulan mulia yg bakal menjelma.
Syaaban tahun ni Allah beri banyak kenangan manis utk kami sekeluarga,Syaaban tahun ini juga Allah buka banyak peluang utk kami tunaikan amanah yg Dia beri,terima kasih Allah.

Monday, March 15, 2021

15 Mach 2021

Masih dalam mood pkp,tapi kerja tetap berjalan macam biasa.Surat kebenaran polis utk rentas negeri perlu ada agar tidak timbul sebarang masalah.Setakat ni alhamdulillah semua masih under control.
Terima kasih semua pelanggan yg sabar dan setia dengan kami walaupun banyak cabaran dan dugaannya.
Innshaallah kami sediakan perkhidmatan terbaik utk anda diluar sana.
Bln depan kita akan berada dlm bulan ramadhan,semoga ramadhan kali ini akan lebih kerahmatan dari Allah utk kita umat akhir zaman.

Monday, February 22, 2021

New Place,peace

Kerja² finishing nampak sikit rupanya tak siap² dah setengah bulan.Start pengecatan,pemasangan perabot,pintu dan lantai,semua kena settle sendiri,sebab tak nak orang lain sentuh bab finishing.Suka kerja² bab cuci mangkuk ni sebab inilah masa nak berkarya dengan tulang 4 kerat.Penat jugalah diumur² macam ni tapi aku lagi suka macamni dari buat kerja tak faedah.
Siap ni plan nak masuk pagar dulu baru bole buat bengkel sendiri macam yg aku cita²kan selama ni..harap² jadi macam yg dirancang,,.
Ni bukan bengkel utk business,tapi utk hobi aku jek..,tak sabar rasanya🤓

Sunday, October 13, 2019

Carpenter again

Tak layak nak memancing memandangkan umur dah tua,nak main drone lagi org ketawakan sebab janggut dah putih,create hobi yang dekat dengan family,dekat dengan Allah,pasal apa?sampai waktu boleh jemaah di masjid,habis solah sambung balik hobi..jiwa rasa tenang.






Tuesday, July 2, 2019

Salam Aidilfitri

Dah habis raya utk tahun 2019,tak sempat update blog bln lepas,
Terima kasih Allah atas segala urusan kami sekeluarga dibulan Ramadhan semalam.
Bermulalah rutin biasa selepas raya ni di Cemilan Station.
Masih lagi terima tempahan goodies utk majlis bulan 10 hingga mac 2020.
Jgn lupa hubungi kami utk tempahan.