Sunday, October 16, 2011

Kediaman Mewah artis dan hartawan




Assalamualaikum,..

Dari sudut lokasi dan kedudukan geografinya,kawasan elit ini mempunyai banyak tempat menarik untuk aktiviti riadah dan kawasan ekslusif untuk kita buat sedikit rujukan.Fenomena tanah lembap dan udara nyaman mampu menarik minat untuk kita tinggal lebih lama di sini.Tak hairanlah kawasan ini dijadikan tempat tinggal para hartawan dan aktres untuk menjalani hidup penuh mewah.Masyarakat setempat menggelar Santa Barbra dengan nama jolokkan Riviera Amerika.
Pantai-pantai mengunjur ke lautan Pasifik serta keindahan pergunungan dan lanskapnya merupakan tarikan bagi anda yang cintakan keindahan dan ketenangan .Kawasan ini sebenarnya dimajukan dan diteroka oleh mereka-mereka yang mengimpikan penghidupan abadi.Aku terpanggil meneliti dan mencari rahsia keindahan bandar elit ini melalui pakcik google.Banyak maklumat untuk dikongsi kerana untuk sampai kesana adalah satu kerja yang mungkin mustahil...so dapat tahu serba sedikit pun kira oklah.
Mempunyai kapasiti kepadatan penduduk antara
423.895 orang,bandar ini menyumbang kepada sektor pelancongan, perkhidmatan,pendidikan, teknologi, penjagaan kesihatan, kewangan, pertanian, pembuatan, dan kerajaan tempatan. Lima institusi pengajian tinggi di pantai selatan (University of California, Santa Barbara Santa Barbara City College, Westmont College, Universiti Antioch, dan Brooks Institute of Photography.)membuktikan institusi pendidikan disini mempunyai rekod cemerlang dalam pembangunan masyarakat setempat.Bilalah agaknya kita akan sampai ketahap ini untuk generasi akan datang..?atau kita hanya mampu melihat negara orang, sedangkan kita tetap disini dan disini serta disini juga..renung-renungkan..

No comments: