Sunday, December 20, 2020

Hujung tahun 2020

Buat apa yg Allah gerakkan hati kita dgn syarat kena minta dan minta kerana kita adalah hamba peminta kepada maha pencipta dan pentadbir sekalian alam.Tahun 2020 dah beralu dengan kelajuan 600km/jam.Tahun depan kita ikhtiar dan jangan lupa minta kepada Allah.
Hujan lebat plak ptangni..
Golden dream kita utk hidup penuh manfaat dan memberi manfaat kepada org lain jgn ingat kalau kedekut kita makin berjaya,silap percaturan tu,renung²kan.

Tuesday, December 15, 2020

Rilex² jap,release

Ngeteh kat sini.Sini tu mana?Segamatla mana lagi.Jauh tu,pegi sejam lebih balik sejam lebih,.rilex la katakan..
Mainan baru sampai tadi ptg,dekat sebulan tunggu..puashati ori,tak sama dgn zippo,ada feel tersendiri buatan Austria.

Friday, December 11, 2020

Fitnah akhir zaman

Apa tu fitnah,biasa dengar fitnah sana fitnah sini,kena fitnah,suka fitnah orang,memfitnah orang,banyak sangat sampai kita tak ambil peduli perkara yg bakal merosakkan akidah,masyarakat dan negara,akhir sekali fitnah ni akan menghancurkan Islam seluruhnya.
Fitnah ni bermaksud satu pembohongan yg sengaja dilakukan sebab perasaan hasat dengki atau bertujuan menjatuhkan sesuatu kaum dan masyarakat.Berita yg asalnya kecil bila ditokok tambah dengan pembohongan yg direka² akan terjadinya fitnah.
Fitnah ni semacam satu racun biologi yg mampu merebak dan merosakkan dengan sekelip mata.Semacam api yg sekecil hujung jarum bila kena habuk kering akan merebeklah dan membentuk api besar yg sukar dipadamkan.
Sebab itu Allah dan Rasulnya sangat menitikberatkan perkara ini sehingga berulang² kali diingatkan dalam quran dan hadith.
Jangan dekat dengan makhluk bernama fitnah ni.,jangan sekali kali berkawan atau cuba rapat.
Kita umat yg duduk dalam lingkaran akhir zaman,inilah makhluk yg bakal kita hadapi,bakal kita tangani.Semoga rakan muslimin dan muslimat diluar sana selalu beringat tentang bahaya fitnah.
Mintalah kepada Allah perlindungan dari bahaya fitnah dunia,fitnah dajjal dan fitnah kubur.
Salam Jumaat

Monday, November 16, 2020

Bukan minggu,tapi bulan ni lagi bizi dari minggu bulan lepas

Makin hujung tahun semakin banyak kerja² tertangguh perlu disiapkan.Jaga masa dengan Allah,innshaallah masa kita Allah akan jaga,akan cukupkan.
Alhamdulillah dalamasa sebok terkejar sana sini,Allah izin juga utk aku buat semua kerja.

Tuesday, October 13, 2020

Minggu yg bizi

Tak sempat nak jengguk blog ni lantaran kebizian memenuhi tanggungjawab.
Projek tanah lot masih lagi 30% nak disiapkan,semoga semua berjalan lancar.
Sejak² dah jadi pilot dan tugas baru sementara ni as a transporter 8,memang masa jadi pendek,terimalah seadanya dan bersyukur.

Friday, September 25, 2020

1540 Tungsten Carbide

Ni besi banyak keras,nak tebuk lobang makan masa 2 hari,mata drill pun habis 2 batang.
Biasa org guna utk buat pisau atau parang lasak.
Untuk hasilkan mata pun makan masa 3 hari,ikut kerajinan si pembuat sebenarnya,sepuh minyak jek.Hulu aku guna baki kayu malam yg dah tersimpan hampir 5 tahun.
Overall puashati utk pakai sendiri dan memenuhi hobi masa lapang.
Ada lagi sekeping besi ni tapi rasa macam kapok nak layan lagi..cari besi lembut sikit ahh.
Bilah asalnya 9 inci,tapi terpaksa buang hujung akibat over heating masa sepuh haritu.
Berat hampir 600 gm+- memang padu utk hayunan yg setabil.

Sunday, September 20, 2020

New Place

Start minggu lepas aku main bajak² tanah,main enjin Nonon.Selalu tgk kat youtube RC model jek,kali ni skala sebenar.
Alhamdulillah siap dah kerja² stracking dan timbus lot baru kami.
Tunggu dulu 2,3 bln bagi tanah padat baru move to next project.
Cantik sungguh lorong jalan yg Allah dah siapkan utk kami,terima kasih Allah.

Monday, September 7, 2020

Rehal Cinta AlQuran

Semoga  bermanfaat  rehal untuk anak² pra tahfiz semua,aku tak mampu nak buat macamana anak² semua buat,tapi aku berhajat nak tumpang saham akhirat.Kami bantu mana yg kami mampu dgn izin Allah,selamat belajar semua.

Friday, August 28, 2020

kuantan lagi

Bawak mak jalan²,sekali hantar goodies,kuantan still macam tu..

Tuesday, August 25, 2020

Nikon 1 v1

Bertukar tangan kepada owner baru semalam,semoga sabar meneroka gadjet baru.Lama v1 ni dengan aku,so far tak mengecewakn,nampak kecil tapi fungsi besar,banyak perlu belajar,ambil masa..
Tak sama dengan dslr,nikon v1 ni lebih kpd digital semi,ada sedikit fungsi duduk dlm slr,ada sikit duduk dlm compact..dua² dia ada,cuma procesor jek tak sekuat dslr..
Dahlah..biarlah dia dengan tuan barunya.
Aku dah pencen nak mengusung camera kehulu kehilir,bawak hempon jek senang.
Tapi Dslr fujifilm masih dalam simpanan,manalah tahu tiba² gian datang balik..hati manusia ni berubah²ðŸ¤­

Monday, August 17, 2020

Rindunya kat budak ni..

Dah 6 bln kat rumah masa PKP,semalam hantar balik asrama,semoga istiqomah kat sana,kami doa dari jauh.

Sunday, August 16, 2020

Sabar,jangan sombong

Sejahat mana pun perbuatan dan dosa kita kepada Allah,kita ada lagi pilihan dan peluang utk taubat dan minta ampun kepadaNya.Allah tetap beri nikmat dan kehidupan kepada pendosa.
Sehebat mna dan segigih mana sesorang itu beribadah,Allah tetap akan turunkan musibah dan ujian.
Perlukah kita sombong dengan amal kita yang sedikit ini,perlukah kita rasa bagus untuk mengata sipulan banyak dosanya,siapa kita?
Hati yg bersih itu adalah hati yg Allah ciptakan bebas dari rasa dengki khianat,sombong bongkak dan satu pékara yg sangat berat,memaafkan keslahan orang lain.
Dimana khusyuk dan tenangnya solah?apabila hati kita terima diri kita adalah hamba,apabila kita maafkn kesalhan org lain,itulah ketenangan yg ada dihadapan baitullah,ketenangan yg ada disepertiga malam,ketenangan bersama umat islam yg kita mengaku bersaudara.,wallahualam.