Friday, January 29, 2010

Hari ini,Esok Dan Semalam yang berlalu..


Assalamualaikum....,

"Sebab tulah yang berlalu semalam tu kita selalu lupa sedangkan yang semalam tulah sejarah yang pernah kita lalui..pernah kita tempuhi..pernah kita rasai..aku suka semalam..namun aku takut esok...esok tak sama dengan semalam kerana esok kita tak tahu apa akan jadi..semalam adalah satu nikmat yang boleh kita rasai selama-lamanya tapi esok adalah satu nikmat yang tak dapat kita hayati..tak dapat kita duga dengan akal...aku selalu terpegun dengan semalam yang berlalu...hari demi hari..semalam akan meninggalkan kita semakin jauh dan semakain jauh..jangan kita curiga dengan kerakusan semalam meratah detik masa kerana semalam itulah sejarah hidup kita..semalam itu jualah yang mendewasakan kita untuk kita kenal siapa kita dan siapa Maha Pencipta..semalam yang berlalu tak akan usang..tak akan lapuk malah semakin segar sebagai jambatan antara masa dan usia.. sayangilah semalam yang berlalu kerana semalam tak akan jadi seperti esok..seluruh alam semesta akan pincang tanpa semalam,tiada semalam..maka tiadalah kita.Lusa dan tulat bersaudara secara tak langsung dengan semalam dan hari ini mahupun esok..cuma aku suka semalam yang berlalu meninggalkan aku dan waktu yang aku lalui sekarang.Pergilah sejauh mana kau bersembunyi hingga ke liang lahat,semalam sentiasa mengiringimu tanpa segan silu,tanpa persetujuanmu..itu janjimu dulu,ikrar dan taat setiamu yang pernah kau lafaz,jangan sesekali lupa dengan asal usul kejadianmu."

"Esok kau akan dimahkotakan dengan segunung kemenangan dan kejayaan,walaupun sekadar hiasan sebelum melelapkan mata namun mampu membuat kau tersenyum bangga..angkuh meninggalkan kalimah alhamdulillah.Malas nak fikir bencana bakal mendatang seawal pagi takut kemanisan anganmu musnah.Allah maha mengasihi lagi maha menyayangi..kau sentiasa diberi peluang walaupun kau anggap itu satu takdir yang tak akan berubah..sipaa kau nak menentukan esok adalah harimu..?"

"Hari ini sejarah baru bermula dalam perjalananmu menuju suatu destinasi yang tak pasti,suatu perjalanan penuh misteri mencari harga sebuah kehidupan.Kanan kirimu semak dengan getah berbisa sedia mencalarkan kilauan iman yang kau berani pikul sebagai satu amanah dari Penciptamu..kau memang makhluk paling berani dikalangan hamba pengecut disini..sekali kau berjanji dulu belum tahu kau dapat mengotakannya,namun sejuta janji kau tabur sebagai syarat untuk kau menginap di ditempat tumpangan hadiah dari ketamakan nafsumu.Kau suka dimuliakan dan sanjungan ibu pertiwi..namun kau lalai dengan ibumu yang menagih simpati dan balasan kasih dan kau anggap itu suratannya..Harta ini aku yang punya bukan Ahmad Albab yang punya...siapa kau ingin berkongsi segala penat lelah ku selama ini..?Ahhhhhh...!sapa peduli..?"

"Hari ini aku senang bukan atas usaha kau,tapi atas keberanian dan kekuatan aku sendiri..atas keyakinan dan kepercayaan terhadap apa yang aku usahakan..aku Manusia pilihan dikalangan berjuta makhluk dialam semesta ini.Barang yang lepas jangan dikenang kelak meracun diri..Itu kata makhluk bernama manusia.."

Sebab itulah...itu lah sebabnya...itu namanya penyebab..itulah pasalnya..itulah...!itulah hari ini punya cerita..itu jualah esok punya agenda dan semalam tak masuk kira-kira..semalam,semalam punya ceritalah..aku susah nak fahamkan..tapi aku faham erti semalam yang aku tinggalkan hari ini sebenarnya penuh dengan segala macam petunjuk yang tak semua orang suka berfikir..Jadi...,senyumlah kau wahai sipengutip kebajikan didunia..kerana setiap cemuhan dan hinaan yang kau telan sebenarnya bakal menjadi satu keajaiban yang akan kau warisi untuk dirimu sendiri selama-lamanya.

Kalau Malas mandi,macam kambing..?


Assalamualaikum..
Dulu aku selalu mandi lewat petang kekadang tu membawa ke malam...tabiat tu sebenarnya kurang elok dan dapat mengundang penyakit seperti alahan resdung,sakit saraf,sakit belakang dan banyak lagi penyakit lain..mujurlah aku sempat bertaubat.Mandi sebenarnya bagus untuk keseimbangan badan selain dapat membersihkan diri dan paling utama dapat membezakan kita sebagai manusia dengan sang kambing...

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin.
Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah,
menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar
supaya bekerja dengan baik.Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan.Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.... Suhu yang
dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate)
ke dalam air mandian.Ia bertindak sebagai antiseptik.
Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata.Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema,
sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang letih.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender,peppermint atau lemon.Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki letih,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.So...jangan takut mandi..

Sumber:sila abaikan petua atau saranan diatas sekiranya anda tidak yakin untuk melakukannya.Dapatkan nasihat doktor yang berdekatan rumah anda sekiranya terdapat kesan sampingan.Nasihat ini dibawakan oleh penulis secara peribadi.

Waspada campuran plasma darah dalam makanan.


Assalamualaikum..
Tahukah anda bahan campuran yang digunakan dalam setiap produk makanan sejuk beku yang membanjiri pasaran di Malaysia?Selalunya kita kurang peka malah memandang remeh perkara tersebut.Mungkin ada diantara kita sengaja tak ambil tahu kerana banyak lagi benda yang kita sebuk fikirkan,akibatnya punggah sahajalah makanan kegemaran kita yang terdapat di pasaraya kedalam troli..Jom kita saksikan sedikit bingkisan ilmu yang saya dapat dari berita harian..

KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.
Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.
Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.
“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.
“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.
Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.
Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.
Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.
Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.
Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.
Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.
“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal.
“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.
Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.
Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.
Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.

Sumber : Berita Harian OnLine

Thursday, January 28, 2010

Santai di depan rumah

Port burung melepak
Assalamualaikum..,
Petang ni aku menyantaikan diri kat depan rumah sambil nengok bebudak ni main bakar-bakar...halau nyamuk dan halau ulat gonggok..!esok pagi..hari jumaat al mubarak...semoga pagi esok adalah hari raya bahagia sekalian..aku ada pojek esok pagi..sabtu dan ahad di Jb..Pasal tanah kat post aku semalam tu aku akan 'Band'post tu pasal tanah tu dah laku..aku jugak yang takde tanah...harapkan tanah wakaf jelah bila sampai masa nanti..
Api kat dunia
Projek 'Station' aku pulak,banyak lagi kerja perlu 'disattlekan' memandangkan sewa bulanan dah start dah...namun business lom start lagi...Insyaallah..aku tahu jalan ni memang berliku,harap satu masa nanti aku dapat jalan berturap dan terus jadi 'High Way'.Istiadat pertabalan Raja Muda johor tadi nampak biasa je,tapi best lah agaknya jadi Raja..pernah dulu sekali aku jadi Raja..sehari je tapi...fuuuuhhh...meletihkan..!tapi best..tapi Raja ni bukan yang tu lah..Raja of the king namanya..Sultan Ibrahim punya anak daaa..Daulat tuanku..patik datang mengadap...!mengadap patik harap diampun..patik harap negeri dibawah naungan tuanku lebih aman dan makmur...ampun...tuanku...lebih kurang macamtulah kalau dapat jumpa sultan baru...Abang Brader
Apa daaa...aku tunggu upload gambar anak aku ni tak siap-siap pulak..surver sungguhlah slow abis..!mata dah gatal ni..tandanya aku kena pasang satu batang lagi..
Bulan Februari dah nak sampai pun..bulan yang singkat tapi penuh suspen..penuh dengan kejutan..sapa lahir pada tanggal 29 Februari..alamat susahlah nak sambut hari ulang tahun setiap tahun...nasib ko lah Meon...! Dapat pelepasan
Budak dapat keluar rumah

Bilalah aku nak dapat H/P aku balik..

Belum kembali
Asssalamualaikum..
Perkataan "BYE"yang begitu sinonim dengan kita memberi maksud buruk kepada kita kaum muslimin muslimat sekelian..jom kita lanjutkan...

mengapakah aku baru tau ini semua??tidakkkkkk k!!

Perkataan <...BYE...> merupakan jarum sulit org kristian...didlm bahasa Arab b'maksud "fi hafzil baba" manakala dlm bahasa Malaysia b'maksud di bwh naungan pope(paderi) ...sebarkan kepada semua shbt2 anda.semoga Allah memberi rahmat kpd kita dan org lain.wassalam.
Wallahualam. ..
Sebaik2nya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum. .. Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman... Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat... (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah. ..)cuba kita renungkan sejenak..semoga sedikit ilmu ni kita manfaatkan bersama..

Kebun Sawit untuk dijual.


Assalamualaikum..
Minggu ni aku asyik fikir mana nak cari buyer untuk sebidang tanah dengan keluasan 4 ekar dan 3 ekar dikawasan Jalan Yong peng-Ca'ah..sedikit info yang aku nak bagi ni mungkin menarik untuk para penggemar kebun untuk jadikan aset masa hadapan kerana kebun ni memang tiada susut nilai sebagaimana handphone aku tu yang ntah bila nak siap..dahlah tak de harga..susut nilai lagi...ehhh sekarang ko rosak la pulak...tak cukup ke tiap bulan ko mintak duit aku...!!kalau siap je aku ambik dan terus buang je dalam semak samun tu biar dia rasa..tapi aku ambik balik sebab aku take handpon sekarang..
Lokasi memang cantik...tak sampai 3 minit dari jalan besar,harga murah sangat..pasal apa tau..pokok kelapa sawit dah berumur 6 tahun..(beli,tukar nama dan terus boleh nyawit..)...pokok dalam keadaan baik dan tidak melawas...struktur tanah pulak ialah tanah liat..aku cadang nak jual yang 3 ekar tu dulu..kalau 50k satu ekar tu memang harga market..tapi boleh kasi nego sikitlah..dalam berapa korang serius yek..?kita bincang kedai kopi lah...dalam ini blog tak bebas nak bukak rega la...bawah lagi dari 50k satu ekar aku boleh kasi...janji serius buyer..
yang 4 ekar lagi tu pulak...sebenarnya satu kawasan...sama benih...sama tahun sawitnya...harga pun sama gak macam atas...nak nego harga tahu nak caik aku kat mana...tinggal nama ngan fon number kat komen pon boleh...tapi adalah lebih baik jumpa aku terus...sapa cepat dia lah dapat..sapa ada minat kasi banting sikit penggeras pun aku boleh aturkan proses pembelian..


Lagi satu tanah ni aku dengar cerita dari satu sumber..akan dibeli oleh pihak kerajaan negeri johor untuk satu projek yang aku tak pasti..kalau jadi..pergh..!merasa lagi duit pampasan...pasal apa..harga pampasan biasanya di tafsir ikut harga pasaran seekar tanah pada tahun tersebut,...kalau 5-6 tahun lagi..harga dah lain tu..maklumlah tanah tepi jalan besar.. ok selamat maju jaya dan
mulakan liabiliti anda dari sekarang untuk pulangan aset di masa akan datang..!

Tuesday, January 26, 2010

Matawang Israel

Ramai tak pernah tengok matawang israel?aku dapat sikit gambar untuk shere kat sini,walaupun tak de guna pun..cukuplah sekadar kita lihat matawang rejim yang paling angkuh di alam semesta ni.




Jangan pandang remeh kalau kita dahaga..


Assalamualaikum..
Kenapa nak tunggu dahaga baru nak cari air..kenapa nak tunggu penyakit dah melarat baru nak pergi hospital..kenapa nak tunggu orang suruh baru nak buat kerja...kenapa nak tunggu mengantuk baru nak masuk tidur..kenapa tunggu waktu dah akhir baru nak solah..kenapa..?kenapa dan mengapa..
Jangan jadikan perkara diatas sebagai amalan kerana akan mengundang masalah yang mungkin sukar untuk diselesaikan..ingat tu..!
Dalam bicara ilmu kali ni aku ingin berkongsi mengenai air dan keperluannya yang mungkin kita tak perasan atau tak tahu langsung.Dalam post aku yang lepas aku suka tekankan mengenai air dalam tajuk terapi air baik untuk kesihatan,kali ni berkenaan air juga tapi...kita kena teruskan dengan artikel ini..

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.Berapa banyak air yang kita perlukan?Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing.. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
Semoga ilmu ni dapat kita jadikan panduan kepada sesiapa yang kurang arif mengenai air.Wasalam..

Kamera impian aku yang belum aku mimpikan..



Assalamualaikum...
Lama aku tak menyempatkan diri untuk update blog nih...ada sikit info aku nak shere..hobi aku sebenarnya tapi belum ada bahan nak buat beli camera ni...harga masih melantun tuh...!dslr D300 ni memang memenuhi citarasa aku,tambahan lagi camera ni dilengkapi sistem (Scene Recognition System)yang mana sistem ni lebih improved Color Matrix Metering II, White Balance dan AF performance.
3.0-inch LCD monitor dengan 920,000-dot (VGA) resolution, brightness adjustment serta 170° ultra-wide viewing angle menjadikan D300 sangat sesuai untuk apa jua situasi.

Kalau nak compare dengan D200,sensor dah tak sama..RGB CCD dengan CMOS...jauh beza tu...tapi kualiti mungkin lebih kurang tak jauh beza kot..Start up pula kalau D200 ialah dalam 0.15 sec..!berbanding 0.13 sec untuk D300..ada lebih pantas 0.2 sec..!
Viewfinder Frame Coverage pulak Approx 5% dari D200..so kat sini D300 lebih sikitlah..Nikon D300 juga dilengkapi dengan 3D Focus Tracking yang mana jarang ada pada pada camera lain.Image Quality Setting pula ialah 12-bit NEF (RAW):uncompressed atau compressed RAW atau kualitinya lebih detail dan jelas..!
Saya rasa anda yang minat atau sedang mencari kamera apa yang sesuai,saya sarankan cuba kamera ni...berbaloi-baloi...!

Friday, January 15, 2010

Ziarah Masjid Al-Aqsa ,Kubah As-Sakarah..Jom..!



Assalamualaikum,
Aku rasa tak ramai antara kita dapat tengok apatah lagi dapat masuk perkarangan masjid yang jadi rebutan antara umat Islam,Yahudi dan Nasrani.Sampai bilakah perebutan ini akan berakhir..aku pun tak pasti.Aku sendiri tak merancang tapi sangat bercita-cita untuk sampai ke kawasan Masjid Agung umat Islam ini..malangnya kita semacam mustahil untuk sampai kesana kerana keadaan keselamatan di Pelastine yang tidak stabil.

Mengikut kajian yang aku lakukan dari beberapa sumber,kawasan perkarangan masjid Al-Aqsa ini meliputi kawasan bangunan masjid itu sendiri hingga ke kawasan kubah As-Sakarah(kubah warna Kuning Emas)Mengikut ukuran geomaterinya kawasan masjid Al-Aqsa adalah satu tapak tanah berukuran segi empat dimana sama ukurannya jika kita bandingkan dengan kawasan tanah tempat bangunan Masjid Al-Haram di Makkah dibina,pelik kan...tapi itulah hakikatnya..ukuran tanahnya lebih lebar pada bahagian hadapan dan mengecil pada bahagian belakang sambil ukurannya memanjang pada bahagian kiri dan kanannya..!
Masjid Al-Aqsa ini mampu menampung hanya 5000 jemaah dalam satu masa.Kalau nak dibandingkan dengan Masjid Al-Haram yang mampu menampung 4 juta jemaah dalam satu masa dengan keluasan 400.800 meter persegi (99,0 hektar)..
Oklah jom kita ziarah masjid Al-Aqsa di Palestine..Aku bagi link kat bawah ni,korang kasi touch and go lah ye..bukan klik pada gambar..

Ziarah Masjid Al-Aqsa ,Kubah As-Sakarah..Jom..!

Thursday, January 14, 2010

Untuk tetamu yang pandai makan..


Assalamualaikum..
Agak lewat gak malam ni aku turun blogger,pasal asyik main game je 2,3 hari ni bila ngadap PC..satu hari aku kat JB siang tadi..sampai je BP terus nak ambil anak aku,rupanya Atuk 'dia'lagi pantas..jadi kena lah ambil anak aku kat kampung..
Sebenarnya aku nak shere satu menu paling simple kat semua.Tapi kos agak tinggi bergantung pada bahan mentah yang bakal anda pilih..kalau nak nampak lagi menarik kenalah tambah modal dalam 10 hingga 50 ringgit lagi..
Aku cadangkan menu ni untuk 5 orang makan,kalau tamu korang ada 10 atau 20..pepandailah korang double troublekan yea...

Tak ramai orang pandai makan salad buah yang aku maksudkan ni..lelagi warga emas...memang aku tak syorkan korang buat..adalah lebih baik korang buat menu lain yang sesuai dengan tekak diorang..
ok..bahan-bahan mentah yang perlu ada;
-Dua biji apple hijau dipotong dadu dan terus rendam dengan air garam.(1 inci x 1 inci)ukuran buah yang telah dipotong dadu tadi,jangan terlalu kecil nanti kurang menarik.
-Kira-kira 38 biji Anggur hitam (beli yang tanpa biji dan belah dua kalau saiznya terlalu besar..eloklah pilih yang saiznya agak kecil sebesar syiling sepuluh sen)
-Isi buah duku atau dokong tanpa biji kira-kira satu mangkuk.(kalau buah duku yang ada biji tu masuk mulut sendiri je..pilih yang tak de biji baru bagus,dokong pulak memang tak de biji kot..tapi sedap lagi buah duku..)
-Sebiji mangga siam mali dalam 300gm beratnya potong dadu macam apple tadi(kalau dapat mangga tu masih lagi keras tapi masak,jangan beli mangga yang dah lembik..buat spoil je..)
-Kalau nak masukkan strawberry atau black berry atau cranberry pun bolehlah asalkan puas hati..
-Mayonise 470ml satu botol.(nak guna separuh 230ml)
-Tomato sos dua sudu makan.
-Cili sos 3 sudu makan.
-Whipping cream(ada jual kat Carrefour atau Giant)guna kira-kira satu cawan penuh.

ok..semua dah sedia sekarang masukkan mayonise 230ml dalam satu bowl dan masukkan sekali tomato sos dan cili sos serta whipping cream tadi,kacau sebati gina pemukul telur lah kalau dapat..tak de barang tu pakai gasak guna sudu pun bolehlah kot...?
Seterusnya aneka buah tadi toskan dulu dan campur jadi satu.

Sos yang dah siap tadi cuma perlu gaulkan dengan buah tadi hingga sebati dan kalau nak lagi dramatik salad buah tu masukkan isi buah delima,masukkan dalam bekas bertutup,kasi masuk Fridge dalam dua jam..baru serve..ok senang kacang je,selamat ngetes...!

Thursday, January 7, 2010

Zat yang terkandung dalam Buah Pisang??..


Assalamualaikum,..
Haritu lepak depan tv tengok perlawanan Tennis World champian antara pemain favurote aku,Gael Monfils(sekarang first world rank) dengan,Radek Stepanek dari Russian.Persoalannya kenapa la tiap kali je time break diorang makan pisang dalam kuantiti yang sedikit?aku caik bahan pasal zat yang terkandung dalam buah pisang.Ni aku pinjam original copy dari saudara Sijubah Hijau.Semoga boleh kita manfaatkan bersama ilmu ni.Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.Kepada Mat-Mat kasut itam kilat melekat kat luar sana..kasi cuba la petua ni.. Menakjubkan!

Sunday, January 3, 2010

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah


Assalamualaikumm...
Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25;
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.
Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :
1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun...:
dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.. pernah bersabda:
“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) .. Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu..Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

10. Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah
Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ).

Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15.. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

Sumber: Lobai Kampung
Semoga ilmu ini dapat membuka minda dan menajamkan iman kita yang sentiasa tumpul..
Wassalam..

Saturday, January 2, 2010

Barang Baru,Ada baik ada buruk..


Assalamualaikum..
Aku dapat benda ni waktu mengodeh pakcik google tempohari..Ingatkan kat US je ada..rupanya dah sampai Malaysia,aku je yang lambat dapat info..Dua tahun lepas aku pernah jumpa kat Amazon.com..masa tu harganya tak silap dalam 200USD..yang terbaru ni aku dapat dah sampai malaysia dalam harga seratus lebih je..video dia cecah 30 fps..kalah video cctv..siap colour tu..
Kalau korng nak tau ni namanya Spy plug..kalau nak bincang pasal baik buruknya memang mengerikan..sebab kita memang tak perasan kalau menda ni terpasang dalam bilik hotel ke..dalam tandas awam ker..tempat salin baju kat shopping complex ke..takut beb,lelagi orang perempuan..watch out..!

anda sedang dirakam..!Jarak lokasi lebih kurang 7-8 meter..video cukup clear..kalau insert 2gb memori,boleh rakam video sampai 2 jam..kalau sumbat 4gb..?Kalau anda sekali pandang memang sebijik macam Plug elektrik..pastu ada label rosal kat situ supaya orang tak tertumpu pandang kat situ..ye lah..menda rosak..kan biasanya kita sekali pandang je kalau menda tu ada label rosak...tak kan kita nak caik test pen pulak tolong repair...!hampeeeehh..!
Sebenarnya untuk tujuan keselamatan bagus gunakan spy plug ni..terutama kalau kita keluar rumah dalam jangka masa tertentu.Tapi aku rasalah kan..orang beli menda ni bukan untuk tujuan keselamatan..tapi untuk tujuan peribadi..so kalau student pompuan yg nak sewa umah tu..hati-hati..check dulu abis-abis umah tu ada camera tak..kang tak pasal-pasal jadi macam Nasha Aziz dulu tu..pasal menda ni la video dia leh masuk internet...

Aku ada macam konfius sikitlah cemana menda bahaya ni leh lepas sampai m'esia..?kalau ikut kajian aku guna ilmu falaq..Menda ni lebih banyak buruknya dari baiknya..yelah..kalau takat nak wat spy kat umah...berapa GB memori nak insert tu tak kisahlah..tapi bateri dia cuma leh tahan dalam 3-4 jam je..kalau nak tinggalkan umah sampai seminggu cam cuti Raya contoh..tapi mesti ada solution cemana biar camera ni tahan lama..guna 'karen' TNB kot...kasi pasang wayar and tambah amp..?ntah lah...sebenarnya aku pun minat gak nak pasang kat umah aku waktu aku balik kampung ke..pasal Taman aku ni dah mula banyak penyanggak sekarang ni..baru-baru ni lot banglo depan umah aku kena pecah masuk..siang-siang buta pun diaorang berani buat..Walaupun jiran sebelah umah aku ni adalah Pak Polisi..aku sentiasa 'cuak'bila tnggalkan umah..dalam umah aku memang tak banyak harta pusaka lah..barang-barang lama tapi aku suka tu adalah..Tapi nama pun 'Penyamun Tarbus'peduli apa dia..pikir rumah orang tu kaya je padahal surat khabar lama banyaklah..!!Bila dah kena masuk Penyamun ni banyak kerja nak sattle...buat report satu hal...nak baiki mana-mana tingkap atau pintu yang rosak...dan yang paling haru nak menjawab soalan-soalan dari jiran tetangga..sedara mara...kaum kerabat...kalau ada 1000 orang datang lain masa..so kena cerita 1000 kalilah...!itu yang aku tak berapa nak sanggup tu..harap-harap Allah lindungi keluarga aku dan anda semua dari kejadian macamtu..Aminn..
Ok..serba sedikit je aku dapat kongsi kat sini..lelebih nanti orang yang jual menda ni marah kat aku pulak nanti...apa-apa pun sendiri musti mau ingatlah....
Wassalam..

Friday, January 1, 2010

Tahun baru 2010 MASIHI..


Assalamualaikum...
Macam biasa kalau tahun baru ni aku selalu tersalah tulis tahun...asik tertulis 2009 je..padahal dah masuk alaf baru tuu..Harga rokok naik...kotak 14s dah tak jual mula Jan ni...suma 20s..alamat aku isap rokok gulung balik la nampaknya..huhuhu..
Harga minyak ntah macamana,harap-harap tak naik la..bosan melayan karenah kerajaan yg suka buat keputusan mendadak...!
Projek baru aku ni harap-harap siap sebelum Feb ni..sekarang tengah sebuk jadi jurufoto untuk syarikat sendiri..snap sana..snap sini..snap sinun...tapi lom jumpa yang TERBAEKKK...!nak soh org amik gamba mahal bebeno..,adalah lebih baik aku gasak satu kali snap sendiri..


Pepagi jalan dah mula sebuk balik pasal bebudak sekolah dah mula study balik(selamat mengajar Cekgu-Cekgu semua),apek-apek jual 'Jajan'pun dah start susun produk untuk dijual kat depan sekolah(selamat berniaga Apek-Apek Jajan..)..


Apani..aku nak caik satu produk yang senang dimakan,menjilat jari dan semestinya mendatangkan untung.Bahan mentah senang dibeli agar tak putus bekalan..
nantilah aku kasi masuk itu produk dalam'STATION'aku..tungguuuuuuuuuuuu...