Showing posts with label Finepix s7000.. Show all posts
Showing posts with label Finepix s7000.. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Nor Azizah dari Muar


Assalamualaikum...

Sebelum naik KL esok perlu laksanakan penyerahan kotak cenderahati ni ke Muar..thanks Nor Azizah..semoga majlis anda sukses..gambar ni memang 'blur'tolong jangan cuba betulkan cermin mata anda...untuk gambar yang lebih jelas tunggu di cemilan station....
atau datanglah ke majlis Nor azizah....

Thursday, August 12, 2010

Nak Berbuka apa harini..?





Assalamualaikum..

Kalau ikutkan nafsu nanti lesu,itu yang aku letih tu kalau pegi pasar Ramadhan.Semua nak beli,tengok sana sedap,sini sedap,sinun lazat berkrim..memang tabiat manusia kalau lapar macamtulah gayanya.Nak selamat hanya keluarkan Rm 10 sahaja dari dompet anda dan gunakan duit tu hingga berbaki Rm 2..sebab nak wat beli Abc kat pintu masuk tadi..heheheh.Time awal-awal posa ni memang kemaruk sikit(banyak sebenarnya)kalau suruh membeli makanan kat pasar ramadhan..tapi haruslah berhati-hati memilih peniaga yang berdisiplin.Jangan korang dok redah je beli kat peniaga bidan terjun,alamat harulah korang nanti sebab peniaga sebegini hanya berniaga waktu bulan Posa je..itu namanya niaga nak cari duit Raya,bukan niaga nak beramal sambil berbakti kepada seluruh umat Islam yang berpuasa.Aku pernah terjebak dengan peniaga sebegini pada Ramadhan 2008.Nasi Ambang yang aku beli langsung basi bila sampai waktu nak berbuka.Sambal sotong yang aku beli untuk berbuka membuatkan aku lembik 10 hari kerana serangan sakit perut yang sungguh dahsyat..itulah akibatnya kalau niaga cuma nak cari untung tanpa pedulikan nasib pembeli.Apa-apa pun anda harus "sindri mau ingat"dengan peniaga sebegini,so kalau tengok periuk ke kuali ke,dapur gas kilat semacam je..mesti tak biasa niaga ni...
Satu lagi pesanan aku bila singgah bazar ramadhan ni jangan lah menyiksa jari jemari anda dengan plastik merah tu bebanyak,akibatnya anda akan diserang sakit sendi nanti...Selamat memborong untuk berbuka nanti...beli sekali untuk berbuka esok sebab esok tak payah berasak-asak sebab nak beli sekeping Murtabak...!

Thursday, June 3, 2010

Sunrise at Terengganu.




Assalamualaikum..

Kat area pantai Timur tak dapat nak tengok matahari dibaham lautan,sebaliknya kena pergi pantai selesai solah subuh untuk shoot gambar matahari naik.Kalau kat foto memang tak de beza sunrise dan sunset..tapi bagi orang yang dapat berada di lokasi...susah nak explain suasana tu...

Aku memang suka outing secara solo sebab aku tak nak terkongkong dengan masa dan pertandingan gadget antara peserta...aku buat semua ni kerana aku cintakan keindahan dan satu kepuasan dalam diri aku sendiri.Bukan nak kata bagus ke tak bagus..sekurang-kurangnya..ucapan SubhanaAllah tu satu kemestian bila kita berada dihadapan ciptaan Allah yang paling cantik dan terbaeakkk punya..siapa pun tak dapat menandingi keindahan panorama ciptaan Allah yang hanya menjelma beberapa minit sahaja setiap pagi..

Lokasi ni ialah di kawasan pantai Menggabang dan Batu Rakit.Setiap lokasi ada view yang berbeza,namun mataharinya tetap sama..begitulah juga dengan kita..biarpun dimana kita muncul atau berada,hati dan iman kita harus satu pada Nya RabbulJalil,YaLattif..AllahuRabbi..!

Tuesday, June 1, 2010

Art Water



Assalamualaikum..,

Gaya dan pose ombak ni tak akan dapat diulang semula kerana begitulah lumrahnya setiap kali masa berlalu maka ia akan terus pergi meninggalkan kita.Pantai lokasi aku shoot gambar ni ialah pantai Batu Rakit Terengganu.Memandangkan takde apa yang boleh dijadikan bahan untuk aku shoot gambar di kawasan pantai ni..Ombak pun bolehlah.
Agak sukar nak ambil angel bila kita shoot benda bergerak.Hampir berpuluh-puluh gambar terpaksa diambil dan antara yang tak berapa cantik kat mata korang nilah yang aku simpan untuk koleksi peribadi aku.Tapi setiap kejadian Allah tu memang sungguh cantik dan terbaekkk...punya..!
Keadaan pantai kat area pantai timur ni agak jerlus dan bahaya untuk orang luar yang tak biasa kat situ,so aku tak berani nak turun mandi.Kalau orang kawasan tu lagilah dah tak heran.Pasir kat pantai agak kekuningan dan berstruktur kasar,tak sama dengan kehalusan pasir pantai pulau atau pasir dua butir dalam cerita laksamana Do Re Mi..
ok next update kita tengok pulak makanan ynag best kat Terengganu nih..
Wassalam.

Saturday, April 17, 2010

Pasar minggu Parit Sulong



Assalamualaikum..

Seawal jam 10 pagi aku sampai Pt.Sulong.Orang dah start ramai terutama jalan menghala pejabat pos,memang penuh sesak..tak larat aku nak meredah lautan manusia.Ada para penjual dah mula tutup gerai sebab barang dagangan habis licin.
Pasar minggu ni aku mula pijakkan kaki waktu umur aku 6-7 tahun.Kawasan dan kemeriahan tetap sama cuma kenapa matahari sekarang begitu menyengat kawasan umbun-umbun kepalaku.Perghhh...asyik kerja nak mengelak dari jadi mangsa sinaran mentari pagi tu.

Kat mana-mana wak Batu Akik ni mesti ada,mungkin ada peminat dia sendiri kot..aku kurang minat tang batu Akik ni,kalu batu jemala patik minat kot.


Kat simpang hadapan pasar aku terlontar pandangan kat sorang saudagar penjual sayuran.Pucuk paku,Akar keladi(solor)dalam bahasa jawa dan cendawan apa ntah aku kurang pasti namanya tapi rasanya best..!Beli la jugak sebab dah amik gamba tadi.

Kalau nengok air bermacam warna kat sini rasa nak beli satu,nampak lagi nak beli satu..haa nampak lagi nak lagi satu lelama kembung minum air sebab ngikut nafsu sangat.

Tahu bakar ni pulak penuh nostalgia..8 tahun lepas masa memula balik dari KL,aku jual Tahu Bakar ni dalam bulan Ramadhan kat pasar Ramadhan Seri Medan,..Tu lah first time aku jumpa Isteri aku sekarang setelah terpisah lebih jutaan jam...dalam 5-6 tahun kot.Lepas tu kitaorang kawan balik terus aku melamar dia jadi isteri aku.Itulah pasal Tahu Bakar ni simbolik pertemuan kembali aku dengan kawan baik aku setelah lama terpisah,akhirnya jadi sayap kanan aku sekarang.

Siap beli barang untuk dimasak tengahari,aku zassss...balik kampung umah mak dan makan tengahari kat sana.oklah ni je sedikit sebanyak gambar dan cerita pasal Parit Sulong.Wassalam..