Sunday, December 20, 2020

Hujung tahun 2020

Buat apa yg Allah gerakkan hati kita dgn syarat kena minta dan minta kerana kita adalah hamba peminta kepada maha pencipta dan pentadbir sekalian alam.Tahun 2020 dah beralu dengan kelajuan 600km/jam.Tahun depan kita ikhtiar dan jangan lupa minta kepada Allah.
Hujan lebat plak ptangni..
Golden dream kita utk hidup penuh manfaat dan memberi manfaat kepada org lain jgn ingat kalau kedekut kita makin berjaya,silap percaturan tu,renung²kan.

Tuesday, December 15, 2020

Rilex² jap,release

Ngeteh kat sini.Sini tu mana?Segamatla mana lagi.Jauh tu,pegi sejam lebih balik sejam lebih,.rilex la katakan..
Mainan baru sampai tadi ptg,dekat sebulan tunggu..puashati ori,tak sama dgn zippo,ada feel tersendiri buatan Austria.

Friday, December 11, 2020

Fitnah akhir zaman

Apa tu fitnah,biasa dengar fitnah sana fitnah sini,kena fitnah,suka fitnah orang,memfitnah orang,banyak sangat sampai kita tak ambil peduli perkara yg bakal merosakkan akidah,masyarakat dan negara,akhir sekali fitnah ni akan menghancurkan Islam seluruhnya.
Fitnah ni bermaksud satu pembohongan yg sengaja dilakukan sebab perasaan hasat dengki atau bertujuan menjatuhkan sesuatu kaum dan masyarakat.Berita yg asalnya kecil bila ditokok tambah dengan pembohongan yg direka² akan terjadinya fitnah.
Fitnah ni semacam satu racun biologi yg mampu merebak dan merosakkan dengan sekelip mata.Semacam api yg sekecil hujung jarum bila kena habuk kering akan merebeklah dan membentuk api besar yg sukar dipadamkan.
Sebab itu Allah dan Rasulnya sangat menitikberatkan perkara ini sehingga berulang² kali diingatkan dalam quran dan hadith.
Jangan dekat dengan makhluk bernama fitnah ni.,jangan sekali kali berkawan atau cuba rapat.
Kita umat yg duduk dalam lingkaran akhir zaman,inilah makhluk yg bakal kita hadapi,bakal kita tangani.Semoga rakan muslimin dan muslimat diluar sana selalu beringat tentang bahaya fitnah.
Mintalah kepada Allah perlindungan dari bahaya fitnah dunia,fitnah dajjal dan fitnah kubur.
Salam Jumaat