Sifat terpuji ialah seperti berhati mulia, bersabar dan sebagainya, Biar diri dihina, dibuli, dianiaya, tidak mengapa. Jangan dibalas semula kerana Allah akan membalas mereka nanti. Semua perlakuan tersebut hanya semata-mata mahu mendapatkan keredaan Allah, semata-mata ingin menjadi orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya.
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" (Al-Imran:3:134)