Wednesday, December 30, 2009

Hari Rabu..


Asalamualaikum..
Aku dok satu hari 'menyetal'satu keje kat muar.Dah siap pun keje tu.Esok nak gi tengok rak kat kilang perabut tu kot-kot dah siap satu unit..boleh aku kasi komen sikit..kalau rajinlah..tapi kena gak pasal kena siap sebelum Feb ni..perghh...satu penantian beb..2010 ni harap-harap pojek aku ngan Omi ni berjaya..nak update blog ni pun aku tak berapa nak siap..
Masa aku gi muar tadi terserempak ngan kemalangan kat Bakri..rugi tak bawak camera..trajis beb..tapi mangsa dah takde di tempat kejadian..kesan-kesan je pun aku dah ngeri..korang lagilah...aku rasa mamat tu merempit setengah nyawa untuk sampai ditempat kemalangan...dah takdir dia kot..bersepai moto yamaha ss110 dia...si kereta waja tu plak steady je bumper belakang dia sebab mamat ni sebat pintu belah kanan...ishhh...ishhh..issshh...okla,aku kena lepak kampung sat lagi..layannnnnn...!
Wassalam..

Sunday, December 27, 2009

Jimatkan petrol secara percuma



Assalamualaikum..
Walaupun harga petrol dalam negara sekarang boleh dianggap murah namun sejauh mana kita sebagai pengguna mampu menghargai dan memastikan setiap liter yang diisi kedalam tangki keenderaan mampu memberi manfaat dan kelegaan kepada poket kita.Bagi pengguna keenderaan berkuasa besar dari 1.6 cc dan keatas..ada cara yang wajar dipraktikkan agar kita tak selalu bertandang ke stesen minyak untuk 'menapau'bahan bakar tersebut.Selain itu Rm kita boleh disalurkan kearah lain dan tidak menumpu kesitu semata-mata.Berikut saya lampirkan beberapa tips berguna untuk semua.


Pemanduan Yang Peka (Drive Sensibly)
Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar. Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunaka lebih banyak bahan api.
Elakkan mengekori kenderaan lain. Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga. Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.

Awasi Had Laju (Observe the Speed Limit)
Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol. Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.

Hindari Berat Berlebihan (Remove excess weight)
Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda, terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

Elakkan Hidupkan Enjin Lama (Avoid Prolonged Warm up)
Elakkan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama walaupun ketika waktu pagi yang dingin.2 hingga 3 minit adalah memadai untuk pemanasan enjin.

Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk (Buy Fuel at Cooler Times)
Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat.
Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".


Gunakan Gear Tinggi (Use Higher Gears)
Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.


Tutup Cermin Tingkap (Keep Windows Closed)
Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%

Secara Umum (General Advice)
Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan gear diletakkan pada posisi "neutral" jika berhenti atau tidak bergerak. Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahan
penggunaan minyak.

Periksa Tekanan Tayar (Maintain Tyre Pressure)
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Solah Istikharah bukan sekadar memilih jodoh..


Assalamualaikum..
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terbayangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki mahupun perempuan.
Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan penerangan yang jelas dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.
Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:...

“Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuan u dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan kehidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi ku dan permudahkanlah ia
untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut
masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini
lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah muflis. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Showroom untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak
nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata.
Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut
sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah
dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya
pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap
gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita
tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000dan bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya
sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara
melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa
dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

- Niatnya: “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain.

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat terlebih dahulu).

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah!
Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agamaku juga dalam urusan penghidupanku serta natijah pada urusanku, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini
dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

Friday, December 25, 2009

AVATAR(2009)


Assalamualaikum..
Ada sesapa minat download movie,aku nak kasi free link ni kat korang..tapi fail memang besar..500mb..Tapi bulkan satu file atau direct download..pecah kepada 5 file daaa...jangan takooott..!!kalau ada masa bulehlah download..enjoy..!

Download Links
Hotfile
http://hotfile.com/dl/21723883/a998e8f/mitu420.SA.AT.mkv.001.html

http://hotfile.com/dl/21723917/b5000e3/mitu420.SA.AT.mkv.002.html

http://hotfile.com/dl/21723983/0d2ddec/mitu420.SA.AT.mkv.003.html

http://hotfile.com/dl/21724013/1c03248/mitu420.SA.AT.mkv.004.html

http://hotfile.com/dl/21724021/072e2e3/mitu420.SA.AT.mkv.005.html

Uploading
http://uploading.com/files/2md99541/mitu420.SA.AT.mkv.001/

http://uploading.com/files/bb8bam95/mitu420.SA.AT.mkv.002/

http://uploading.com/files/6237418c/mitu420.SA.AT.mkv.003/

http://uploading.com/files/mmb4fam9/mitu420.SA.AT.mkv.004/

http://uploading.com/files/28m6f69m/mitu420.SA.AT.mkv.005/

Caranya..Click je kat link yg aku bagi kat atas tu..link tu akan membawa anda terus ke download file..Samaada Hot file atau Uploading file,dua-dua tu bagi anda pilihan nak guna free download atau premium download..so keputusan ditangan anda..kalu guna premium punya..'mencacak'speed dia..Pilih sama ada download guna Hotfile atau Uploading file sahaja..tak leh campur aduk..Bila siap semua 5 file tu..anda kena extract file tu jadi satu file movie..klick kanan pada zip file tu,klick extract here/file..0k,selamat menunggu sebab file tu lama nak siap download..

Wednesday, December 23, 2009

Membaca Al-Quran di atas kubur itu Bida'ah..?



Assalamualaikum..Pada kebiasaannya apa sahaja yang kita lihat di sekeliling kita pada hari ini adalah apa yang telah berlaku pada masa lalu,harus di ingat apa yang berlaku pada masa lalu sebenarnya banyak yang Bida'ah(perkara atau amalan yang tidak dilakukan oleh nabi Muhammad SAW atau bukan sunnah baginda) dari yang Sunnah.Apakah hari ini kita wajib meneruskan amalan Bida'ah sedangkan kita sebenarnya diwajibkan oleh Allah untuk menuntut ilmu dari buaian hingga ke sakaratul maut.Kita cuba renungkan beberapa potong hadith berkaitan Amalan Bida'ah membaca Al-Quran dikuburan yang telah saya cekup dari beberapa sumber..

Seorang ulama Mesir, Syaikh Muhammad B. Ahmad Abdus Salam melalui tulisannya, beliau menyatakan:

Dilarang membaca ayat-ayat al-Qur'an kepada ahli kubur. Sebuah khabar (atsar) yang diriwayatkan dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu yang menceritakan bahawa beliau (Ibnu 'Umar) pernah berwasiat, sekiranya beliau telah meninggal dunia, supaya dibacakan Surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari Surah al-Baqarah di atas kuburnya. (Bahawasanya) Atsar tersebut darjatnya adalah Syazd (ganjil), sanadnya tidak sahih. Dan tidak seorang pun di antara para sahabat yang mengakuinya.

Begitu juga dengan riwayat-riwayat tentang membaca Surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas, at-Takatsur, al-Kafiruun, dan menghadiahkannya kepada ahli kubur adalah palsu. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan perkataan-perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan perbuatan para sahabatnya. (Rujuk: Muhammad B. Ahmad Abdus Salam, Hukumul Qiraati lil Amwati Hal Yashilu Tsawabuha Ilaihim (Edisi Terjemahan: Hukum Membaca al-Qur'an Untuk Orang Mati Sampaikah Pahalanya Kepada Mereka?) Tahqiq Syaikh Mahmud Mahdi al-Istabuli, m/s. 43, Media Da'wah)

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menjelaskan:

Berkenaan perbuatan membaca al-Qur'an ketika menziarahi perkuburan, sama sekali tidak memiliki asas hukum daripada as-Sunnah, malah hadis-hadis yang disebutkan pada perbahasan terdahulu menunjukkan tidak adanya pensyari'atan perkara tersebut. Oleh sebab itu, jika bacaan al-Qur'an di perkuburan itu sememangnya disyari'atkan, sudah tentu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi kuburan untuk mengamalkannya dan mengajarkan kepada para sahabatnya. Lebih-lebih lagi, beliau pernah ditanya oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anha mengenai apa yang perlu diucapkan di ketika menziarahi kubur. Kemudian beliau (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) mengajarkan kepadanya ('Aisyah) salam dan doa, dan tidak pula mengajarkan supaya membaca al-Fatihah atau surah-surah lain dari al-Qur'an. Sekiranya bacaan al-Qur'an di kubur itu disyari'atkan, sudah tentu beliau tidak akan pernah menyembunyikan perkara tersebut dari 'Aisyah. Tidak mungkin perkara tersebut berlaku, di mana Rasulullah tidak mungkin menyembunyikan ilmu. Dan perbuatan menangguhkan sesebuah penjelasan dari waktu yang diperlukan adalah suatu yang tidak diperbolehkan berdasarkan kaedah ilmu Ushul Fiqh. Sekiranya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengajarkan perkara tersebut (membaca al-Qur'an di kubur), nescaya ianya akan sampai kepada kita riwayatnya. Jika tidak ada sebarang nukilan kepada kita dengan sanad yang benar dan pasti, bererti di sini menunjukkan bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 191)

Dari Ibnu 'Umar (radhiyallahu 'anhu): Laksanakanlah solat-solat kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya seperti perkuburan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/210, no. 414)

Dibencinya solat di perkuburan.

Dari Abi Sa'id (al-Khudri): Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Bumi ini seluruhnya adalah masjid, melainkan perkuburan dan tempat mandi (bilik air/tandas). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad. Tahqiq Syaikh Shu'aib al-Arnauth, no. 11784: Hadis ini Sahih)

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha beliau berkata: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau dalam keadaan sakit sambil berbaring: Semoga laknat Allah ke atas orang-orang Yahudi dan Nashrani yang menjadikan perkuburan para Nabi mereka sebagai tempat beribadah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/99, no. 1244. Juga: 5/190, no. 1310)

Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya jika salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api sehingga terbakar pakaiannya lalu membusi kulitnya, sebenarnya itu adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur. (Hadis Riwayat Muslim, 5/93, no. 1612)

Dan tidak ada daripada asy-Syafi’i sendiri perkataan beliau berkenaan masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (membaca al-Qur'an di perkuburan) menurut beliau adalah bid'ah. Imam Malik berkata: Tidak aku dapati seorang pun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan perkara tersebut. (Rujuk: Ibnu Taimiyah, Iqtidhaa ash-Shiratil Mustaqim Mukhaalafata ashabil Jahiim, m/s. 182)

Berkata Ibnu 'Abdil Barr: al-Watsan itu maknanya patung. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai patung/berhala yang menjadi kiblat solat, tempat bersujud, juga tempat beribadah”. Dan Allah sangat murka kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah memperingatkan para sahabat dan seluruh umatnya tentang perbuatan buruk umat-umat terdahulu, kerana mereka solat menghadap perkuburan para Nabi mereka serta menjadikannya sebagai kiblat dan masjid. Sebagaimana penyembah berhala yang menjadikan berhala sebagai objek sembahan yang diagungkan. Perbuatan tersebut merupakan syirik akhbar (besar). Dan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberitahu bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah Ta’ala dan Dia tidak akan pernah meredhainya. Perkara tersebut disampaikan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam disebabkan beliau bimbiang umatnya akan meniru perbuatan mereka. Dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa memperingatkan umatnya agar tidak menyerupai Ahli Kitab dan orang-orang kafir. Dan beliau juga bimbang jika umatnya akan mengikuti jejak mereka. Tidakkah engkau mengetahui sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengungkapkan celaan dan kemarahan: “Sungguh kamu akan mengikuti jejak-jejak orang sebelum kamu selangkah demi selangkah; sehingga salah seorang daripada mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan mengikutinya.” (Rujuk: Ibnu Rejab al-Hanbali, Fathul Bari, 2/441)

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan dengan tegas bahawa al-Qur’an ini menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup, dan ayat ini terdapat di dalam surah Yasin. Tetapi masih terdapat saudara-saudara kita membacakan surah Yasin ini di hadapan orang-orang yang mati. Subhanallah! Kejahilan apakah ini namanya? (Rujuk: Abdul Hakim B. Amir Abdat, al-Masaa-il: Masalah-Masalah Agama, jilid 1, m/s. 302)

Memahami tujuan sebenar ziarah Ke Kubur:
1.Mengingati akhirat,

2.Didalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran), dan

3.Dapat melembutkan hati.

4.Memberikan manfaat kepada si jenazah (si mati) sekaligus sebagai bentuk perbuatan baik kepadanya dengan memberi salam, mendoakannya, dan memohon keampunan baginya. Yang demikian itu khusus bagi Muslim sahaja. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 189, Maktabah Syamilah)

Demikianlah tujuan ziarah ke perkuburan. Bukannya untuk beribadah seperti solat, mengambil berkah, atau membacakan al-Qur'an.

Wallahu a'lam...

Monday, December 21, 2009

Terapi air baik untuk kita amalkan


Assalamualaikum,
Kala kita ikut contoh alam semesta ni..banyak kejadian Allah secara tak langsung memberi kita ilmu yang baik untuk kesihatan dan keseimbangan tubuh badan kita,mungkin kita tak perasan atau malas mengkaji dan mengaji..Allah jadiakan bumi sama eleman dengan penghuninya,saling perlukan air,udara,api dah jisim roh.Manusia juga mempunyai eleman yang hampir serupa.Air mendominasi sekitar 70% isi bumi,jadi keperluan air amat penting bagi melengkapkan keseimbangannya... Kalau tak cukup air,lapisan teras bumi yang sememangnya bersuhu tinggi akan menghancurkan kulit luar bumi.Terjadinya gempa,gunung berapi dan glasier.Tubuh manusia juga perlukan 70% sumber air agag badan berada pada suhu stabil.
Aku sertakan sedikit maklumat yang aku pinjam dari satu web site untuk kita kongsi sesama.



USEFUL TIPS
Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Kalau diamalkan tips ni boleh membawa barkah...!aku pun tengah cuba amalkan..jom kita test..sapa tahu bulan depan kitaleh jadi macam Ultra Man ker...tak pun kita sihat dan terhindar dari penyakit kronik yang tersenarai..



Lada padi(cili padi/Jemprit)dikatakan mengandungi banyak vitamin c dan baik untuk memanaskan badan jika diambil pada kadar berpatutan.Cili padi juga bagus digunakan untuk 'mencili'mulut orang yang bermulut laser dan tak memasang insuran pada mulutnya.Kalau mulut tu ada insuran jangan cili...nanti kita kena saman untuk claim insuran's..selamat mengetes..!

Sunset D'Jayos

6.56pm
7.03pm
7.00pm
7.06pm
7.10pm
Assalamualaikum..
Tengok mat salleh guna camera Nikon dan Cannon..berangan je lah aku...Tang harga...terbeliak biji mata...manalah mampu nak berhabis camtu...standard aku cuma 'Snap suka sama suka'tak de pun terfikir nak up sampai jadi profesional fotographer..janji aku boleh berkarya dengan alam...jadilah...tak naklah paksa diri diluar kemampuan..nanti lupa diri lelama mencuri(baru punya peribahasa)...tapi kalau dapat peluang...aku 'Tobat'sekali aje aku akan angkat SLR.....(single-lens reflex)macan nikon D300s ke....fuhhh baby... aku dah lama jatuh cinta kat ko la D300s...(mini aku jeles tak yek..?)bebanyak hobi...yang ni macam sesuai plak ngan jiwa aku..bukan apa,kalau tang hobi ni kalu bole la..biar la 50-50 ngan orang kanan..so senang nak bagi masa..kalu pilih hobi yang ikut kepala kita sendiri nanti mesti timbul masalah..tak sekarang lelama mesti jadik masalah punyalah..contoh la...katakan ada orang tu hobi dia suka korek idung ngan picit jerawat..ha..siap dua hobi dia..orang kanan pulak tak suka korek idung tapi suka picit jerawat..kira ok lah..boleh share hobi tu..kalau dua-dua hobi tu orang kanan kita tak suka...mesti selalu kena kutuk dan ketuk sekali..boringla...lagipun hobi tu tak berapa sopan kalau nak bawak ke majlis..hobi memancing pulak..ni satu hobi yg perlukan banyak rawatan sebelum anda menceburkan diri...paling mustahak..orang kanan setuju ke kena tinggal saban waktu..sedangkan banyak masa yang sepatutnya dibahagikan hanya dibolot kita sorang je...?aku dulu minat gak mancing..tapi kat parit je la,dan ikut musim..Sekarang ni hobi tu tak sesuai kot..pasal dah banyak dimanipulasikan...akhirnya memancing pun leh dijudikan..(Jackpot)duit punya pasal...judi pun gasak gak...pastu..tokey kolam memancing tu aku tengok takde pulak sediakan tempat sembayang..tempat duduk adalah... apa soh sembayang depan kolam ker...tak best la camtu..
Berbalik pasal hobi fotography ni..kalau dapat green light tu tandanya 'Mem'pun serasi lah tu..tak payah cari model memahal..cuma model tu je lah sain kontrak sampai bila-bila..nak model lain cari yg free punya macam alam sekitar ke...free apa..
Tadi siang cuaca memang cun abis..lepas ujan pulak tu..siap 'momong'aku cabut kejap tunggu matahari terbenam...subhanallah...walaupun cahaya ultra unggu tu tak baik untuk kesihatan,sekejap je aku ambik masa snap panorama indah tu..apani..port memang cun..lain masa aku datang balik..Kalau guna SLR..perghhh...menangis leonardo de'vincci...tapi kalau guna camera 'kokak' pun anggle mesti mau betul..baru dapat gambar yang cun..SLR memahal tapi tak reti guna baik guna camera aku ni ha..(style memujuk hati sendiri)warggghhhhh...!!..nak jugak SLR tu..!!,nanti ko aku akan caik juga..tak kira lah....janji rockk...!
Lima foto ni sebenarnya satu tempat cuma masa je berbeza..makin matahari jatuh makin cun viewer dia..oklah..ada masa aku kasi update lagi lain cerita..Wassalam.

Saturday, December 19, 2009

PLAIN BAKED CHEESE CAKE


Assalamualaikum..,
Lama dah cuma sekadar berangan je nak buat cheese cake ni...last-last pegi makan gak kat "scicret recepies"sesapa yang minat buat cheese cake..harap manfaatkanlah menu ni...dapat gak hasil..daripada aku dok simpan sampai berkulat kat hard disc nih...Tapi tak ramai orang suka makan kot,aku memang suka "bangat"menda cheese cake ni..macam kat gambar ni..aku makan masa kat cameron..tapi rasa "kureng.."jom layan menu ni sekejap..follow setiap menu beserta sukatan dan timbangan yang betul...baca Bismillah....insyaallah jadi..

Untuk Base
4 cawan biskut marie (dihancurkan)
1/2 cawan gula aising
1 cawan kacang walnut, dicincang kasar
1/2 cawan mentega, dicairkan(Butter)

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan diatas dan tekan kedalam dasar loyang springform ukuran 22cm. Bakar selama 15 minit pada suhu 175'C dan sejukkan.

Untuk Filling
3 sudu besar serbuk kastad(kedai runcit biasa ada..)
3 sudu besar air
455 gram cream cheese(kat carfour bersepah..)
1 1/2 cawan gula kaster
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur, diasingkan kuning dan putih
1 sudu teh parutan kulit lemon

Cara-caranya
1. Campurkan serbuk kastad bersama air. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang,kalau guna tangan dalam 15 min..guna mixer 5 min dah kembang dah. Masukkan garam, esen vanilla, jus lemon dan pukul lagi sehingga ia sebati(dalam 5 min..)

2. Masukkan sour cream, kuning telur dan parutan kulit lemon. Dalam mangkuk yang berasingan pukul putih telur sehingga ia kaku dan kaup balikkan putih telur kedalam adunan cream cheese. Tuangkan adunan kedalamm loyang yang telah disediakan tadi dan bakar selama 1 jam pada suhu 170'C.

Ok...kluarkan bila dah sejuk..lagi bagus simpan dlam fridge dulu 3 suku malam...(ikut suka la berapa lama nak simpan...)selamat mencuba...kalau tak jadi sekali...buat banyak kali..ok.

Cara memakan:
Siap kluarkan dari fridge,mintak tolong sesapa potongkan,jangan potong sendiri..kurang nikmatnya..lepastu serve ngan Jus Markisa yg aku bagi haritu...dan paling penting...kalu ada suami atau isteri tu...Mintak tolong sekali lagi...soh diorang suapkan untuk anda...sedikit demi sdikit...anak ngacau..?bagi la diorang sepotong dulu..itu pun nak ajar..ok..aku sambung menu ke ape ke..lain masa dan selamat mencuba..

Friday, December 18, 2009

Mayumi Itsuwa-Ribaibaru

Assalamualaikum, Berikut adalah ramalan cuaca bagi kawasan seri Medan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Pada jam 8.20pm tadi,hujan telah turun dengan lebatnya mengakibatkan aku termenung kat tingkap rumah bapak menyaksikan aksi hujan.Dijangka hujan akan berlanjutan hingga jam 10 malam,tapi telah berhenti pada jam 9.30 malam...apa boleh buat...aku cuma meramal.. Siang tadi dok godeh uncle google cari lagu favurote aku masa lalu,akhirnya dapat jugak..ni tengah layan lagu minah jepon ni sampai aku jemu sok lusa tak main lagi..sesapa nak "berkira ok"pun aku tak kisah..janji tak nyusahkan aku.Sesapa tension pon leh layan lagu jiwang karat ni..kalau tak faham maksudnya aku leh terangkan sikit-sikit,tapi lebih baik tak payah sebab aku tak nak nanti ada yang bersedih..bukan pasal apa,pasal aku sendiri pun tak faham apa sebenarnya minah ni nak sampaikan..yang aku tahu muziknya mampu menenangkan fikiran yang masai..(sepupu ngan kusut)Punyalah kemaruk sampai kat FB pun aku kasi load...Tak de orang marah kan.. Esok petang nak sattle kerja-kerja taknikal berkaitan signboard kedai baru aku ni...peningla mana nak buat dulu...semua penting..apa-apa aku tawakal je..harap dapat siap sebelun pertengahan Januari ni..Berbalik pasal minah jepun ni...namanya Mayumi Itsuwa lahir kat Jepon pada Jan 24 1951.Minah ni start debut dalam tahun 1972 gitu lah..dan digelar "Carol King of Japan"pasal album yang memuatkan lagu "Ribaibaru"ni meletop..!Masa aku dalam form 2,3 dah start dengar lagu ni siap main lagu ni kalau jumpa gang Jaming dulu.. Baru sekejap tadi aku dapat sarikata nya dalam bahasa melayu...lawak pulak bunyinya..

REVIVAL Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah Seperti panahan kilat di waktu musim panas dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih Ah……Beginilah hatiku membakar dan kini menjadi warna debu revival. Ah….. hanya terbayang kisah dahulu Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai Saat terakhir hanya bergelinangan air mata Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival Ah….hanya tebayang kisah dahulu Esok mungkin berulang kembali….

Gasak kau lah Jepun...janji aku dengar sedap...Tapi..jangan pulak ada yang nyanyi lagu ni dalam bahasa melayu pulak...Cioooossss... Nice song to enjoy after a long hard day at work !!!

Thursday, December 17, 2009

Ma'al Hijrah 1431


Assalamualaikum,
Macam tahun-tahun sudah,tepat jam 6.40pm acara membaca surah Yassin dan diikuti doa akhir tahun 1430 hijriyah.Tahun ni aku berkubu di masjid kg parit Jayos seri medan.Aku lambat sikit..sampai masjid dah dekat separuh jemaah menghabiskan bacaan surah yassin.Selesai solah Tahyatul masjid diikuti solah sunat Taubah,aku join bacaan yasin yang tinggal kira-kira 15 ayat untuk selesai.Bacaan doa akhir tahun kat masjid ni agak simple tapi sempurna kerana imam kat sini nampaknya arif dalam bacaan doa.Biasanya imam akan baca doa menggunakan kitab yang kadang-kadang terhenti bacaannya akibat tiupan kipas angin melangkahkan muka surat kitab berkenaan,kes baca setahun sekali la katakan...Tapi pak imam kat masjid pt jayos ni memang otai abis...siap hafal tu...respak kat pak imam..!selasai solah Maghrib kemudian diikuti solah sunat Hajjat.Selepastu bacaan doa awal tahun bermula...agak panjang juga...otai tol imam ni...sapa ntah namanya aku tak kenal lah...!
Sedikit tazkirah sempena Ma'al Hijrah,aku terpeson mendengarnya akibat kurangnya membaca sejarah Nabi dan kalau pernah membaca pun aku terkadang lupa..Astaghfirullahhalazim...Sambil mendengar intipati tazkirah,sebenarnya otak aku melintas-lintaskan beberapa azam dan tekad tahun baru ni...azam yang tak siap aku tunaikan dalam 1430 lepas...semoga Allah memberi kemudahan dan jalan penyelesaian atas setiap masalah yg bakal mendatang..semoga Allah sentiasa memberi kesempatan untuk aku melengkapkan pada setiap kekosongan yang tak dapat dan tak mampu aku penuhi..mungkin anda juga sedang memikirkan tentang apa yang sedang aku fikirkan.....mintalah pada Allah jangan pada yang lain...tak dapat hari ni atau tahun sudah bukan bermaksud Allah tek peduli atau terlepas pandang...tapi masa yang sesuai belum tiba..sabarlah dan sentiasa memohon tanpa segan dan jemu.Sudahnya aku cuma dapat 10% je daripada tazkirah pak imam tadi...sesedar aik...?dah siap...
Moral of the storynya..telinga mesti mau capang bila dengar tazkirah agama...jangan bila tang mengumpat...setengah batu pun boleh dengar...siap boleh rekod lagi sebab nak sampaikan kat member...jangan buat macamtu...tak baik dan dapat dosa...
Wassalam..

Tuesday, December 15, 2009

Pertanyaan Iblis Kepada Allah


Assalamualaikum..

Untuk renungan bersama

Rahsia Iblis

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b.Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?".. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling(alat muzik)."
6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "
9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."
10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA

(Sumber:DRS.KHALIL IDHAM LIM)

Monday, December 14, 2009

Jus paling best



Salam,
Dua tiga hari ni aku dok gasak jus buah Markisa pasai Omi hari-hari buat.Try lah sendiri dan rasakan kehebatannya.Buah Markisa boleh didapati dengan mudahnya di kedai mamak...apada...carik lah kat kedai buah.Kasi yang masak punya.Belah dua lalu keluarkan semua isi beserta bijinya dan blander.Kasi hancur biji dan lepas tu tapiskan.Harus di ingat,kalu nak blander tu make sure blander jangan guna yang semalam lepas blan belacan...hancussss...! kasi cucu dengan limau dululah.Omi buat tak campur gula,kalau nak manis campur gula sikitlah...tapi apa-apa buat dulu tanpa gula baru dapat rasa yang original.Lagi satu blander guna air masak atau air bertapis lah...jangan guna air kolam plak...!sukatannya 2 biji isi buag markisa kasi blan bersama 1.8 liter air...kan jadi banyak tu..Buah tu tak kisah la yang merah atau kuning sebab aku buat yang kuning je..dah siap tapis air tadi kasi buang itu hampas atau kasi kucing makan pun boleh gak,tengok makan tak kucing tu..sejukkan dalam peti ayes...sok goncang dulu sebelum minum...rasakan kehebatannya..
Wassalam..

Mbah Taslimah Mento

Tangga tempat Mbah jatuh
Salam..
Suhu bilik harini meningkat secara mendadak akibat ketidakupayaan kipas menanggung beban mekanikal yg semakin bertambah.Esok aku kasi servis supaya lebih lancar.Aku nak shere kisah aku sikit yang mana telah dibesarkan oleh seorang nenek yang kini uzur akibat kemalangan dua tahun lepas.Mbah terjatuh dari tangga sewaktu menuruni tangga untuk mengambil air wudhuk dan pada masa yg sama aku tengah opening kedai makan aku kat Seri Medan.Waktu Maghrib tu aku buat jamuan dan doa kesyukuran.Dapat call Mbah jatuh tangga pulak.Akibat insiden itu,tulang peha kanannya patah dan peluang untuk menjalani orperation adalah tipis kerana faktor usia.Orang tuanilah yg banyak mendidik dan membesarkan aku.Mbah adalah orang pertama yang menghantar aku pada hari pertama persekolahan aku dalam darjah satu.....Mengajar Al-Quran hingga aku Khatam pada umur aku 6 tahun dan kali kedua pada umur aku 8 tahun.Sebelum aku di khatankan,sekali lagi aku mengkhatamkan Al-Quran..walaupun begitu...sampai sekarang aku belum pun khatam-khatam sejak mula berkahwin...apalah nak jadi ni.Banyak masa aku dengan Mbah sebab Mak dan Bapak kerja di singapura masa tu.Mbah ni perangai dia dari muda memang suka siasat apa benda yg kita buat sehari-hari.Termasuklah semua barang peribadi pun di selongkar...kalau aku lalai...habislah..tapi aku kan lagi teror..masa mandi selalu aku simpan barang peribadi seperti gambar awek ke...rokok ker...hahahaha...aku dulu mana leh buat yg bukan-bukan...siap kena kerate dan paling membosankan...Majlis syarahan yang aku dan Mbah je yang hadir,tetamu lain tak diundang...perghhh,...!itu kalau buat salah lah macam lambat solah ker...lambat solah nanti nak ngaji pulak..ha...lambat...semua jadi lambat..!Tapi setiap sabtu Mbah ajak aku eskot dia pergi pasar minggu di parit Sulong...masa ni lah nak pow Mbah...Hanya makanan sahaja boleh Pow...lain barang macam mainan jangan harap...!
Bila umur meningkat kepada 13 dan 14 tahun...keperluan diri aku turut meningkat..nak kena cari duit saku sendiri...tu yang payah...nak mintak free...!mintak maaf je lah...so aku selalu kena 'soh chai'buat kerja kebajikan kat kebun dia...upah tadak...duit minyak adalah 3 hinggit seminggu wat gi sekolah...apa nak buat untuk tambah income ni...Rembat kelapa sawit kat kebun Mbah(potong sendiri daaa...)...jual pada peraih lain...dapatlah dalam 30 hinggit...tapi satu tempat tu je lah yang masih rendah...yang lain dah tinggi..mana aku pandai guna sabit..Dapat gak joli katak sebulan dua sebelum aktiviti aku mula dihidu...pas tu..line panas...aku stop...bila dah cool sikit..Beku pulak aku sapu...tapi aku tolong la mbah pungut beku tu...kalau dapat 20 baldi...3 baldi yg terakhir tu aku save lain port..ha...pojek ni lama gak bertahan...makan tahun beb....mbah memang suka kalau aku mengofferkan diri nak pungut beku sebab kerja tu berat...lelama aku caik lain lobang pulak cemana nak dapat duit saku lebih ni..kebetulan masa tu sekolah aku ada buat rombongan ke melaka la pulak...tambangnya 25 hinggit satu kepala...so kebetulan la pulak musim durian kat kebun Mbah yang depan sekolah tu..apa lagi...cantek ni...!orang jual durian guna kg..aku lain sikit..Guna bijik..?bukan laa...aku amik order dulu...satu guni 10 hinggit, sapa tak nak...durian tembaga tu.....tapi durian yg aku jual tu tak leh makan terus sebab aku jolok guna galah daaaa....ambil masa 3/4 hari baru boleh makan...nak yg jatuh semulajadi...Mbah selalu kutip pukul 4 pagi...aku tak dapat ikut serta lah...awal sangat,kalau nak gak kena satu jam lebih awal...berani..?.so balik pada cita jual buah durian tadi...yang beli tu membar-member yang dah bujang...dapat la dalam 8 guni...pastu dapat duit aku stop...beres misi aku.
Walaupun aku samseng dengan Mbah...tapi aku selalu mintak maaf kalau buat salah dan selalu mintak halalkan makan minum kalau lepas solah,bukan setiap Raya tau..!Sebab tu lah aku jadi semakin teror agaknya..bukan teror macamana..kalau buat pojek tak baik tu ada masa lah sebelum rahsia bocor..bocor tetap bocor cuma Mbah perlu siasat dulu...dalam masa siasatan dijalankan..aku dah boleh bau..so aku stop..hahahaha..cucu yang sungguh samseng..!
Aku sayang ngan Mbah..sebab dalam adik beradik,dah tinggal Mbah sorang je..yang lain dah jalan dulu...(Alfatihah..)
Bila aku dah dalam usia sekarang...baru aku terfikir...semua projek-projek aku salama aku kecil dulu sebenarnya Mbah dah tahu dulu...cuma dia akan pantau je aktiviti aku tu...kalau tak kenapa dia tak pernah tanya mna aku dapat duit beli kasut..pergi rombongan...makan KFC...beli pistol besi...cuma dia tengok apa aku beli tu pastu dia cakap...camni pun dibeli..buat buang duit je...kan bagus kalau simpan je duit tu atau wat beli beras ker...leh makan sesama...aku buat dek je lah...
Aku memang selalu projekkan Mbah punya ni...tapi aku tak pernah projekkan orang lain punya..!sebab orang lain tak de banyak kebun cam Mbah...hahahahaha..
Ok lah..mintak maaf mbah cucu balik tengok mbah minggu ni..
Wassalam..

Mbah dan cicit 2009

Melaka and singapore


Wak Atan
Salam..
Hari sabtu semalam dalam pukul 3 aku gerak ke melaka sebab ada jemputan kahwin di rumah Cik Nap,Punyalah jauh sebab ikut map yg di sertakan pada bahagian belakang kad jemputan.Aku turun tol Ayer keroh dan kearahMasjid tanah..rupa-nya bila dah sampai,kawasan rumah pengantin berada di kawasan Tol simpang Ampat,balik tu aku guna plazza tol simpang Ampat je untuk cepat sampai BP.Sampai rumah lebih kurang pukul 9 malam dan terus balik rumah Mak.Esok paginya pukul 4am aku kena gerak ke singapura.Malas nak berasak-asak kat tambak Johor.Parking kereta kat Larkin terus ambik bas 170 ke Woodlands.Dari Woodlands aku naik LRT menuju Sembawang..dan uruskan satu projek yg menjanjikan pulangan dalam bentuk RM.Sambil lepak tunggu sahabat di The Sun Plazza,aku tumpang duduk kat dalam McD sebab kat luar cuaca agak panas.Takut nak order makan kerana tak nampak pun logo halal kat depan..so aku order air je lah.Sampai je order kat meja,sahabat pun sampai.Selesai lebik kurang pukul 1pm.Ingatkan nak jenjalan ngan Omi round Singapura tapi masa macam tak cukup, so aku ambil keputusan untuk ziarah rumah Makcik Kat Kawasan Marsiling.Dapat satu rumah je..ikutkan ada 5,6 rumah nak pergi macam kat Toa Payoh,Bedok,Tampinis,Ang Mo Kio,Cleminti dan Jurong...tapi dah pukul 3pm,adalah lebih baik aku balik je BP yg memakan masa 2 1/2 jam perjalanan menaiki kereta.Nex time aku kena ambil masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk habiskan ziarah keluarga belah arwah Mak dan belah Bapak kat singapura.Sure bila yg lain tahu aku lepak rumah wak Esah,mereka akan menelefok aku kenapa tak singgah....adalah lebih baik aku mematikan h/p barang sehari dua...hahahaha..Tukaran RM kepada SD boleh tahan tinggi juga..
Kawasan perumahan di Singapura memberi kemudahan kepada penduduknya menggunakan kemudahan awam seperti bas dan LRT.Semua station LRT berada di bahagian belakang blog rumah mereka,jadi senang nak terus menuju berbanding kalau kita guna kereta sendiri..memang sesat punyalah.Macam Penang,jalan dan papan tanda berselirat bagi orang luar macam aku.Apa lagi kalau kita baru first time travel....nasib baik aku dah study dulu jalan kat sana masa first travel dulu..itu pun terpusing-pusing dekat setengah jam kat kawasan kilang sebab nak car tesco extra seberang jaya.,berbanding singapura kita boleh terus memuju destinasi tanpa bingung dengan signboard yg diletak di mana-mana.Oklah tunggu poast aku yg lain kalau ada yg best.
Wassalam..

Melaka


Anak Abg Rahim
Abg Rahim
Abg Samad,Omi,Kak Bik,Wak Esak

Wak Atan
Tunggu Train 9.30am
Subuhan di tol skudai

Saturday, December 12, 2009

Khutbah Rasullah tentang Daj'jal


Lantai Bayas
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.

Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR..., yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.

Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.

Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"
Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"
Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan
berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak
ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku
adalah Rabb(Allah) kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb(Allah) kalian
sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Wa'allahualam….Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui….Amiinn
Sumber:Mr Gembira

Friday, December 11, 2009

Finally aku dapat juga..

Salam,
Hari ni satu hari suntuk aku terpaksa jadi si pengemis waktu untuk dapatkan dua keping passport.Bangun seawal jam 4.30am,sampai di pejabat 'imigresen' Batu pahat selesai 'subuhan' lebih kurang jam 6am.Program seterusnya ialah beratur beramai-ramai diluar pagar lebih kurang 1 jam.Acara lumba lari 113m dari luar pagar munuju pintu masuk pejabat di menangi oleh keturunan Kong Keek Kuat.Aku dan omi serta peserta berstatus 'BIN'terpaksa menerima kekalahan yg sungguh mengerikan...Lah ingatkan terus dapat hadiah...rupanya kena beratur sekali lagi sementara menunggu pintu pejabat pada jam 7.40am.Ilmu 'perselitan'yang pernah aku pelajari waktu zaman 'Pati Geni'dulu terpaksa aku gunakan kerana peserta tidak mengikut peraturan yg ditetapkan.Apa taknya..mereka yang sampai seawal jam 5am dan beratur pada tempat pertama diluar pintu pagar,akhirnya berada 'dirangking'ke 143 Daearah,..bukan Dunia..yg warga emas aku kesian...mana larat mereka nak lumba lari macam tu...Bila tepat jam 7.40am..pintu pejabat pun dibuka aku pun membaca mentera 'selit melilit tak tersepit'yang aku ceritakan tadi...dapat juga aku nombor giliran yg ke-49,ok la tu...Pertandingan beratur ditepi cermin disambung semula sampi nama aku dan omi dipanggil.Walaupun aku ngan omi tak menang pertandingan tu,pukul tiga petang aku berdua dijemput hadir semula untuk memberi keterangan dan menerima cenderamata.
wassalam.
Nombor giliran
Inilah keputusannya
Ini aku tak berapa faham kenapa gambar ni boleh ada kat sini.

Thursday, December 10, 2009

Zaman berlalu,musim berganti..


Salam..
Baru balik dari Semerah hantar proposal kat Fama ngan omi..pastu bedesup dengan City pergi pasar bandar....sekali hari khamis daaa...mana ada pasar...terus pergi Pt Yaani tengok kedai dan ukur signboard..102x192...perghhhh...besar gaban tu....malam tadi sesorang aku up gambar aku masa umur setahun...gambar arwah Mak masa anak dara pun aku kasi upload..masuk dalam pc...tapi aku tak dapat load kat blog ni sebab masa tu Arwah mak bergambar tak pakai tudung...so,aku cuma simpan kat pc aku ni je buat kenang-kenangan dan buat aku lepaskan rindu..Alfatihah..





Gambar aku masa sekolah rendah...tu yg paling kelakar....semua masih muka Malaikat..(tak de dosa)Ada yg gi sekolah mak bapak teman...maklumlah..kebanyakan bebudak dulu mana ada sekolah tadika cam sekarang..darjah satu tulah tadika kita orang..pegri sekolah bawak bekal...memula je...naik darjah dua...tinggal yg pompuan je bawak bekal...so oleh kerana kelas aku masa tu ramai pompuan..sang lelaki dalam kelas tu banyak kelebihan dan keuntungan...bila time rehat..aku suka menyebok makan bekal sesama diorang...masa tu tak tau malu tol...!kalau ada rakan sekelas yg baca blog ni...mesti korang ingat zaman tu...ok aku ada pojek nak buat ni...lain masa aku sambung al-kisah zaman silam ni lagi...
Wassalam..

Kenangan lalu masih baru



Assalamualaikum..
Aku dalam mood slow pagi ni...sama macam streamyx ni jugak...teringat kisah lalu masa zaman remaja...best betul masa dulu...macam baru semalam aku lalui..bila dikenang semula...zaman dah berubah...semua dah jadi manusia..ada yg dah tiada...Alfatihah untuk Ayob Marsam...Aku sempat bergambar dengan arwah masa kat rumah cikgu Zahari..ko tengok lah muka masing-masing masa tu..'Mambera'.... masih macam tu...dah ada anak sorang...Jamsari...pun dah kawin...Soip...! dah anak dua...masa aku buat demo sembahyang Raya Aidil Adaha tu aku dalam darjah 3..semua masih berhingus..Soip masih kurus...Badid,rulley,Pak Pen,Pak Itam...Kanin...hahahaha...semua dah ikut haluan masing-masing...Masa ni kitorang memang rapat sebab ada ikatan persaudaraan ditambah lagi rumah dekat dan sekolah pun sama,biasanya kitaorang berkumpul waktu ada kenduri atau majlis karamaian...memang best kalau dengar tempat 'mbah'ada kenduri...dapat kumpul dan jumpa diaorang..macam-macam aktiviti disusun..rasa masa tak cukup...huhh...aku tak akan lupakan kenangan manis zaman ni.Zaman main guli...zaman ni lah...'Memborong Ismon'itu trade mark kitorang kalau menang main guli...Time nak pergi main..aku bawa guli sebijik dua je...kalau kalah aku pinjam pada diorang...mana tak untung...!!kalau menang atau menang besar(Memborong Ismon)baru bayar balik hutang tu...balik nanti guli terus masuk dalam 'Bank'(dalam tempayan daaa...)sampai dekat separuh tempayannn....oklah lain masa aku panjangkan cerita ni agar korang semua tahu...aku rindu zaman kita kanak-kanak...aku tido dulu.
wassalam..

Wednesday, December 9, 2009

Ku cari damai dihati

Assalamualaikum..
Semua manusia dijadikan Tuhan sama tapi tak serupa.Ada yang baik,ada juga yg jahat.Ada yang cantik,ada juga yang tak berapa cantik.Semua kejadian Tuhan diciptakan berpasangan dan berlawanan,malah ada ciptaan Tuhan yang kita terlepas pandang kerana kejadiannya tersangatlah kecil.Manusia ni biasanya hanya nampak benda yg besar didepan mata.Hasil 'rayapan' aku tempohari,ada beberapa makhluk yg cantik dan indah yg mungkin kita terlepas pandang.Antaranya termasuklah spesis pokok sebesar cacing kerawit yg sempat aku rakamkan gambarnya...tersenyum simpul pokok tu bila dapat tahu aku uploadkan gambarnya dalam blogspot aku..




Lepas tu spesis bunga yg pada aku nampak 'hemsem'tak taulah kalau tak cantik ..jangan salahkan aku sebab bukan aku yg buat..ada sesapa tahu bunga apa ni..?Bila bungani dah gugur,hasilnya akan keluar putik buah dan bila besar jadilah buah Markisa..subhanallah..





Waktu aku lepak-lepak kat dalam taman tu,tak perasan pulak aku sebenarnya dah terduduk diatas sebuah Villa milik makhluk Allah juga.Macamana dan berapa lama agaknya masa yang diambil untuk menyiapkan sebuah villa 'sepesen' ini...Anggaran kos dan siapa pula pelukis pelannya...ntahlah...tapi aku seronok dan bersyukur dapat melihat semua kejadian tuhan tanpa cacat cela..