Motivasi diri dan keluarga


                                                                   Assalamualaikum..
Banyak dapat diungkapkan dan ditafsirkan erti sebuah perjuangan.Berjuang untuk membela negara,membela keluarga,malah berjuang antara kebaikan dan dosa juga dianggap sebagai perjuangan sebenar.Tidak perlukan senjata dalam memastikan diri kita sentiasa terhindar dari melakukan dosa.Apa yang penting ialah kerjasama sekalian anggota,panca indera dan keimanan yang sentiasa teruji dalam diri setiap insan.Aku selalu menasihati diri agar selalu bertaubah setiap kali tergelincir dalam kancah dosa.Kanan dan kiri perjalanan ini selalu memanggil untuk berbuat dosa atau pahala.Terkadang aku lupa malah lalai bahawa pujuk rayu dan lambaian syaitan sebenarnya menjelumuskan kita ke kancah dosa yang sungguh keji.Walau hanya sepintas lalu tapi bila diamati pengiring perjalanan kita bukanlah selalunya membawa bahagia,namun Allah pernah berfirman bahawa jalan yang diredhai itu bukanlah semanis bayangan syurga yang telah dijanjikan..Janji Allah pasti ditunaikan,tapi bagaimana dengan janji kita padaNya..?subhanallah..Terlalu perit ujianmu untuk aku hadapi..Aku hanya ada kau ya Allah,pimpinlah aku menuju jalanmu walaupun aku harus merangkak..Aku redha..Gagal dalam setiap usaha adalah cabaran paling bermakna bagi kita umat manusia,tanpa kegagalan mungkin kita tiada azam untuk bangkit,tiada daya untuk lebih mencuba malah tiada keseronokan setelah bangkit dari kejatuhan.Salam sejahtera alam aku ucapkan..terima kasih kerana menjadi saksi semua kejadian Tuhan.Perjuangan menangkis dosa sebenarnya perjuangan antara iman dan nafsu.Perjuangan dalam diri ini sebenarnya lebih hebat dari kita berjuang di medan pertempuran.Beza yang nyata cuma kita akan dapat keputusan sama ada kita menang atau kalah bila kita berada di hujung perjalanan nanti,selepas diadili oleh Allah di Mahsyar.Perjuangan sebenar tidak akan habis selagi nyawa belum bercerai badan,sampai bila itu rahsia Allah yang tak mampu kita ramal.Ingatlah wahai sahabat..langkah pertama kita sewaktu sedar dari tidur adalah kerana Allah,apa jua urusan kita semua kerana Allah.Walaupun sebesar zarah cuma iman kita,jangan lupa janji kita pada Maha Pencipta.Janji yang kita pernah lafazkan sewaktu Allah mula ciptakan Roh di Mahfus dulu.Selalulah bertafakur dan bukannya berangan kosong,soal bisikan kanan dan kiri memanggil dan merayu kau serahkan pada imanku,cuba-cubalah kita hayati maksud tersurat dan tersirat serta amalkanlah penghujung surah al-Baqarah ayat 284 dan 285 setiap kali selesai solah.Jadikanlah sebagai pegangan dan sumber kekuatan dalam kita mengharungi ranjau dan perangkap syaitan yang belum ada penghujung ini.Berilah Roh kita sedikit kelonggaran untuk menghayati kedamaian Al-Quran.Subhanallah..mukjizat dan Pemberian penuh kasih sayang dari Maha Pencipta kepada hambanya yang selalu dilupakan..Sememangnya tabiat semulajadi manusia ini selalu lupa dan alpa,selalu berdolak-dalik dalam urusan iman dan urusan Allah..namun Allah maha mengetahui sifat hambanya yag Dia sendiri ciptakan.Jangan kita selalu angkuh bila berbuat dosa,jangan kita lupa bila kita berkuasa kerana semua itu pinjaman Allah yang perlu kita bayar detik demi detik..bermula dengan kesedaran adalah lebih baik dari berakhir dengan penyesalan.
Wassalam..