Friday, May 7, 2010

KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)




Assalamualaikum..

Kali ni aku nak shere kisah pokok kelapa Pandan yang bakal aku usahakan selewat-lewatnya awal bulan depan sekiranya diizinkan Allah.Setakat ni sumber biji benih hanya terdapat di kawasan Hutan melintang,Perak.bukan kat kawasan Batu Pahat takde,tapi risau benih yang dibekalkan adalah dari jenis G4 dan keatas.Kalau di Perak tu Benih memang sah diambil dari pokok induk jenis G1 dari Thailand.Benih ni memang didatangkan dari sana kerana Thailand adalah pembekal asal dan utama kelapa Pandan ni.Ada satu kes yang mana seorang pengusaha membeli benih pokok kelapa ni dari seorang pembekal sebanyak 250 pokok.Cukup masa 3 tahun hasil tuaian tidak berbau wangi seperti kelapa pandan.Setelah dikaji apa punca masalahnya didapati benih tersebut bukan dari pokok induk atau dikenali sebagai benih G4.Maksudnya,pokok induk menghasilkan buah lalu dijadikan benih(G2).Benih tersebut ditanam dan menghasilkan buah dan dijadikan benih lagi(G4)dan seterusnya...Kesimpulannya benih kelapa pandan Ori harus diperolehi dari pokok induk yang hanya ditanam untuk tujuan penghasilan benih,dan bukan seperti yang banyak dipasaran sekarang so harus berhatti-hati.kita ikuti sedikit sebanyak kisah kelapa pandan ni sebelum memulakan projek tanaman tersebut.

Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'. Keistimewaan kultivar kelapa wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat bersegi tiga dibahagian bawah.


Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.Anak kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.


Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2 bulan selepas persenyawaan.Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut.Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.

Petua Memilih Kelapa Pandan

Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan. Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli. Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya. Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan. Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih. Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.

(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)

14 comments:

Farydah said...

kelapa pandan emmmm pebretku. setiap kali pegi jusco tak ktinggalan aku beli...sedap..!!

രിയാസ് അഹമദ് / riyaz ahamed said...

Dear Sir,

Assalamu Alaikum.

I am in India. I would like to buy the KELAPA WANGI PANDAN COCONUT SEEDS (100 No's). Could you kindly help me to buy it? Is it possible to send it to India? Kindly inform.

Thanking You,
Riyaz Ahamed.
0091 9846549676

Ajay said...

Dear Sir,

I would like to buy 100 Kelepa Wangi Pandan Coconut seeds, let me know
How I can buy, is it possible to sent India, presently I working in Bahrain.

Yours faithfully

Ajay Kumar
Mob. 00973 39899689
Email. ajayktk@gamil.com

Qaseh69 said...

saya berminat nak menempah kelapa pandan seminggu 200 biji. bagaimana dengan harga dan penghantaran ke johor bahru.

naftalena said...

Thank's,i'll try to find it and discuss it by email.

Chay said...

I want to buy benih kelapa pandan, please let me know if you have any.

Just Me, syazwan.. said...

assalamualaikum,

m.syazwan.syafiq@gmail.com

benih anak kelapa pandan, haraga sebijik brape? email sy butir2nye

from syazwan, subang jaya

Just Me, syazwan.. said...
This comment has been removed by the author.
airul syafiq razali said...

Salam saya berminat nk tahu di mana boleh saya perolehi beinih kelapa pandan...sila email kn ke pada razalihashim22@gmail.com

terima kasih.

Abdul Rahman Ismail said...

salam,boleh bg saya alamat dan no.tel sekiranya ada untuk benih kelapa pandan.email adikpmk@yahoo.com

Norizal faizal said...

Salam, Saya berminat untuk membeli benih kelapa pandan, boleh email detail ke de.norizal@gmail.com

Tun Amar Mahfuz Aminuddin said...

Saya berminat untuk membeli kelapa pandan. Boleh call saya 0178805766- amar.

Jimi Rashdan Jamaludin said...

salam, macammana kelapa pandan ni masih diusahakan ? nak borong buah ni, ladang dimana?

izahan ibrahim said...

saya nak beli kelapa pandan 500 bijik setiap minggu COD
email
izahan1973@gmail.com