Saturday, December 14, 2019

Bukit Tinggi

Plan nak balik JB tak jadi setelah bermesyuarat selepas subuh tadi.Dari Sungkai terus ke Bukit Tinggi.Stay satu mlm lagi di Berjaya Hill Golf.
Banyak aktiviti budak² ni bole buat kat sini,tapi hujan start tengahari sampai malam,lepak bilik jek kita.

Friday, December 13, 2019

Coti sekolah vacation

Cuti skolah tak panjang,abg soki dpt 2 minggu jek,kena manfaatkan cepat² 
Tak dapat pegi banyak tempat kali ni sebab tempahan majlis bln 12 perlu uruskan segera,apa pon Alhamdulillah semua berjalan lancar.Hari ni last day cuti di felda residen sungkai layankan bebudak 2 ketol ni..turun cameron tengahari tadi terus check in.Plan nak 3 hari duduk cameron felda 2 hari..tapi ubah plan,esok kna check outlahh...bebudak kata ok..kami onn..

Tuesday, November 12, 2019

Dah Konvo lagi dah

Setahun macam baru semalam,Januari dah 7 tahun budak kecik ni,.
Pasni abg plak blan 12 ni.
Bila anak² makin besar kita sebenarnya makin tua dan kena selalu perbanyakkan taubah,perbanyakkan sedekah sebab bila mati nanti kalau diberi peluang utk hidup lagi,amalan sedekahlah yg dipinta,bukannya haji umrah atau solah.
Jom sedekah.

Tuesday, November 5, 2019

Mutiara hotel JB

Lepak 2 mlm kat sini cari ilham,tahun 2020 dah nak sampai.Banyak rancangan kami utk cemilan station semoga Allah izinkan.Izinkan kami kongsi semua amanah ini agar tak disoal diYaumil Mahsyar nanti.

Tuesday, October 29, 2019

Slim zippo 1976

Mendarat petang tadi dari US mainan baru,puashati sebab barang baru unfire,keluaran 1976,seusia dangan aku.Full rare box tu yg aku nak sangat,menyala selepas servis dekat ½ jam aku kejekan,flint stuck dan dah jadi abu kat dalam lubang.Wick tahun 76 takde cooper wire..tapi memang rare..

Wednesday, October 16, 2019

New gedjet

Ada kos utk hobi ni,tapi perlu create utk ambil balik kos dan ada sikit untung.

Sunday, October 13, 2019

Carpenter again

Tak layak nak memancing memandangkan umur dah tua,nak main drone lagi org ketawakan sebab janggut dah putih,create hobi yang dekat dengan family,dekat dengan Allah,pasal apa?sampai waktu boleh jemaah di masjid,habis solah sambung balik hobi..jiwa rasa tenang.






Monday, September 9, 2019

Akhirnya Allah izin juga.

Tiger ni hampir seusia perkahwinan kami,pindah randah dari rumah pertama sampai keempat,dan aku tempatkannya di kampung halaman.Musim berbunga ogis 2019 adalah kali pertama Allah izinkan dia berbunga..alhamdulillah.
Mungkin dapat bertahan sampai Disember.
Dapat juga tengok bunganya yg menjadi kegilaan pemilik orkid hutan ni.


Monday, August 12, 2019

Salam Aidiladha

Setiap kali kita jalani ibadah kerana Allah pasti ada kecacatan,pasti ada kekurangan,disitu ada ilmu yg Allah beri kpd kita utk panduan dimasa akan datang,agar kita lebih teliti dan insaf bahawa kita yg bernama manusia sintiasa berdosa dan selalu lupa.Jangan ikut perangai Iblis yg sombong kerana merasakan dia sempurna dan paling mulia.
Aku maafkan segala kesalahan kaum muslimin dan muslimat.Aku terlalu kerdil dan banyak yg aku perlu belajar.Semakin kita diberi ilmu oleh Allah maka makin bodohlah aku sebenarnya.
Terima kasih Allah sudi tumpangkan aku sebentar dipentas dunia ni utk satu perjalanan panjang dialam akhirat nanti.Terima kasih Allah beri aku dan keluargaku ilmu yang sangat bermanfaat.


Wednesday, August 7, 2019

Mainan baru

GST 10 J full spec
Nak kuat confirm tak laju bagi kenderaan,
Sama juga dengan mesin ni,kalau Makita motor berkuasa 1400 watt,load speed 4800 rpm,
Bosch ni plak kuasa motor 1800 watt,load speed 3600 jej..
Terpulang kpd pilihaaan anda nak guna utk kekuatan atau utk kelajuan sebab yg laju pasti tak kuat,itu sifir alam..
Hasil percubaan membelah kayu chengal berusia lebih 80 tahun nampak padu dan bersahaja.
Ketepatan potongan saw blade dlm mm pun tepat.
Boleh rakemen kpd anda yg memerlukan jentera untuk kerja heavy duty,kalau utk kayu pallet pine tak usah bazir duit guna bosch.


Tuesday, July 2, 2019

Salam Aidilfitri

Dah habis raya utk tahun 2019,tak sempat update blog bln lepas,
Terima kasih Allah atas segala urusan kami sekeluarga dibulan Ramadhan semalam.
Bermulalah rutin biasa selepas raya ni di Cemilan Station.
Masih lagi terima tempahan goodies utk majlis bulan 10 hingga mac 2020.
Jgn lupa hubungi kami utk tempahan.