Monday, October 3, 2011

Little Boy and Fat Man


Assalamualaikum,..

Aku jadi terharu atas dasar kemanusiaan bila membaca kisah pengeboman 2 bandar besar di jepun pada 6 ogos 1945,nak ikutkan hati memang aku kata padan muka sebab masa tu jepun dok sebok menjajah tanah melayu,tapi dari satu sudut yang lain..aku kesian rakyat yang tak berdosa jadi mangsa.Little boy merupakan bom nuklear yang digugurkan keatas Hiroshima dan memusnahkan hampir semua bandar tersebut,manakala Fat Man pula ialah bom plutonium yang digugurkan keatas Nagasaki.

Dua biji bom ini sebenarnya menamatkan krisis perang dunia kedua secara positifnya,malangnya kesan radiasi dan kemusnahan alam sekitar adalah kesan jangka panjang yang kekal dalam sejarah.Kesan radiasi bom ini memakan masa 2-5 tahun atau dalam ertikata lain,sejurus bom diledakkan berlaku kematian serta merta dan juga berlaku kematian demi kematian sehingga 5 tahun akan datang atau mungkin lebih akibat kesan bahan radioaktifnya.. cuba anda bayangkan.

Mungkin sejarah akan berulang tapi aku tak tahu negara mana bakal menunjuk kuasa dan negara mana bakal menjadi mangsa.Semuga manusia yang ditugaskan sebagai khalifah dimuka bumi ini berhenti membuat kerosakan kerana kita sebenarnya meminjam keindahan dan kedamaian dunia sementara ini dari generasi akan datang.Wassalam.

No comments: