Wednesday, January 25, 2023

Awal tahun 2023

Awal tahun ni masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi yg nampak tak berapa rancak.Usaha tetap kami laksanakan atas izin Allah,semoga kami dipilih antara berbilion insan yg berusaha membangun ummah.
Program beriadah bersama staff selesai terlaksana 20-23/1 tempohari,walaupun keadaan cuaca tak berapa menghiburkan.,syukur Alhamdulillah kami berjaya rialisasikan impian mereka.
Projek sambung belakang terpaksa dihentikan sementara atas faktor cuaca,harap² tak berpanjangan.
Sedikit perkongsian ilmu utk peringatan diri dan keluarga,semoga bermanfaat.

Resam dunia,pagi iman kita sekuat besi,menjelang petang dah lembik macam tahu.,itulah iman kita umat akhir zaman yg mana Rasulullah pernah bagitahu sahabat baginda.

Terimalah teguran atau sindiran atau apa jua pelajaran dari mulut orang lain kerana kalam atau perkataan dan perbuatan itu datang dari manusia hakikatnya isi atau intipati tersebut adalah dari Allah,kita sebagai hamba hanyalah menyampaikan.Terkadang kita leka dan alpa atas muka bumi,kita jadi riak dan sombong dengan sedikit kehebatan yang Allah pinjamkan untuk menguji iman kita.