Friday, December 4, 2009

Jumaat 16 Th-AlHija 1430

Bonsai
Bunga Asam Jawa
Assalamualaikum,
Hari ni jumaat Dec 04 2009.Kisah pokok penuh nostalgia ni aku mula semai dari biji seawal tahun 2000.Tahun ni adalah tahu ke sembilan aku jaga.Mulanya pokok ni aku semai di kampung kemudian bila aku kawin dan pindah ke Parit bilal,pokok ni pun aku bawak sama.Menyewa di parit bilal selama lebih setahun setengah aku cari rumah sewa lain di kawasan Taman Batu pahat(BP Garden)tapi hanya tahan beberapa bulan kerana tak tahan dengan mesalah air pasang setiap awal bulan...bila awal bulan jam 9 malam,air mula naik dikawasan perumahan tersebut.mula-mula rasa macam perkara biasa terutama semua jiran-jiran'kopet'kat situ mengadu masalah ni dah biasa.Tapi bila sekali tu aku bangun lebih kurang jam 2 pagi utk ke tandas...turun dari katil aku pijak tikar rotan yg dibeli dari sabah tu dah timbul....Fuhhhhhhhh...! Rumah aku masuk air..!start pagi tu aku amik cuti basuh semua karpet dan segala macam menda yang tenggelam...dan berazam zam alakazam untuk pindah lain tempat...(pisang goreng panas konon kawasan perumahan kat situ...porahhh...!!!!)
Dapat rumah kali ni kat kawasan Tanjung Labuh...Taman Bukit Mutiara...sewa pun ok,atas bukit terussssss...tadak masalah banjir.Pokok asam aku tadi aku bawak juga...lupa pulak pasal pokok asam aku tu...Tinggal di bukit mutiara tu memang best..dapat jiran cekgu yang anaknya semua lelaki...seramai 5 orang...masa tu aku lom ada soki lagi...selalu tengok telatah anak org..dengan nakalnya...dengan riuhnya...al-maklumlah semua pendekar-pendekar Mastor@Mostar...'sampek'kurus cengkudut mak dia kena kerjakan ngan anak-anak and bapak dia..Lama gak aku stay kat sana,co'z nak gi keje sesama dekat,minyak pun jimat kamat..!Tapi manusia ni memang tak pernah cukup...aku ngan Omi plan nak ada rumah sendiri pulak dah(pokok asam aku masa tu sihat dan ok)Rumah sewa kat Bukit Mutiara ni sebenarnya aku cari main redah je kebetulan petang tu balik anta Omi dari hospital utk wat rawatan,terus je naik kawasan tu (macam dah dilorongkan plak)dan berhentikan kereta betul-betul depan pintu rumah sewa tu sebab nak call no h/p yg ditampal pada pintu rumah.Jam tu gak aku call terus "abg Brader"tuan rumah tu dan dia datang utk kasi tengok itu rumah dalam..Omi setuju aku pon setuju...2,3 hari aku pun hangkut semua harta kat BP Garden bawak pindah atas bukit sana...baru puas...!
Ada la dalam 2 tahun kot aku sewa atas bukit sana sebelum dapat beli rumah sendiri.
Time nak beli rumah kat Medan ni pulak lebih kurang sama kesnya..aku anta Omi wat baju kat taman Emas ni...sebenarnya dah banyak kali lalu lalang kat depan rumah ni tapi satu hari yg sungguh indah tu aku terpanggil plak nak call pemaju yg jual umah ni..so aku call dan satu orang apek naik basikal datang bawa 'segerombol'kunci..buka je pintu omi terus tergolek-golek jatuh cinta ngan design dalaman umah tu...aku???biasa je...tak exited sangat pun...Tapi...!bila loan lulus cf memang dah sedia ada sebab rumah tu dah siap cuma tak siap jual je...aku pindah rumah baru dengan keadaan tak ada elektrik...(mintak ikhsan jiran belakang utk supply elektrik)harapkan air paip je la...ada lah dalam sebulan lebih aku hidup macam tu....(macamtu plak perangai aku bila dah dapat umah sendiri...)Pokok asam jawa aku tu ada kat luar tu kena hujan dan panas...kesian pokok tu..tapi sihat dan ok..
oklah nak cerita kisah pokok asam jawa aku ni balik..sebenarnya hari ni aku bersyukur pada Allah sebab pokok asam jawa aku yg kat pasu ala-ala banzai @ bonsai tu dah mula keluar bunga...(bunga sulung laa...)nex time dalam post aku,nanti aku kasi upload itu buah kalau bunga tu jadi buah asam jawa lah...

No comments: