Thursday, July 22, 2010

Pokok Tembusu




Assalamualaikum..

Pokok kayu ni boleh dijelaskan lebih jelas melalui fakta dari wikipedia berikut.

Pokok Tembusu Padang tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tinggi, dan hidup biak dalam tanih berlempung yang tidak subur. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

Kulit kayu: Mempunyai fisur-fisur tegak yang dalam dan yang merupakan ciri utama pokok ini.
Daun: Disusun dalam bentuk pilin yang rapat pada hujung dahan-dahan yang terlangkup.
Bunga: Amat kecil, berbentuk trompet, berwarna putih kuning, dan amat wangi. Pokok ini berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun, dan dari Oktober hingga November.
Buah: Berwarna jingga terang ketika masak. Isinya benyek, dan dimakan oleh kelawar, burung, dan keluang. Biji-biji yang keras disebarkan melalui tahi haiwan-haiwan itu.
Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.

Pokok kayu ni banyak terdapat dikawasan Pahang.kat medan sedang hangat jadi bualan yang mana kayu tembusu ni boleh buat duit..ada cara macamana nak dapatkan duit dari kayu ni.

Aku pun berminat juga bila ada pembeli sanggup membayar hingga ratusan ringgit bagi setiap 1 kaki panjang dan diameter 8 hingga 10 inci..
masa aku kerja di hotel dulu,kayu ni dijadikan lesung khas untuk membuat sambal belacan,ada juga yang dijadikan kayu alas pemotong(chopping board)zaman dulu pula kayu ni dijadikan tiang selain bahan binaan untuk bangunan..!

No comments: