Wednesday, December 23, 2009

Membaca Al-Quran di atas kubur itu Bida'ah..?



Assalamualaikum..Pada kebiasaannya apa sahaja yang kita lihat di sekeliling kita pada hari ini adalah apa yang telah berlaku pada masa lalu,harus di ingat apa yang berlaku pada masa lalu sebenarnya banyak yang Bida'ah(perkara atau amalan yang tidak dilakukan oleh nabi Muhammad SAW atau bukan sunnah baginda) dari yang Sunnah.Apakah hari ini kita wajib meneruskan amalan Bida'ah sedangkan kita sebenarnya diwajibkan oleh Allah untuk menuntut ilmu dari buaian hingga ke sakaratul maut.Kita cuba renungkan beberapa potong hadith berkaitan Amalan Bida'ah membaca Al-Quran dikuburan yang telah saya cekup dari beberapa sumber..

Seorang ulama Mesir, Syaikh Muhammad B. Ahmad Abdus Salam melalui tulisannya, beliau menyatakan:

Dilarang membaca ayat-ayat al-Qur'an kepada ahli kubur. Sebuah khabar (atsar) yang diriwayatkan dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu yang menceritakan bahawa beliau (Ibnu 'Umar) pernah berwasiat, sekiranya beliau telah meninggal dunia, supaya dibacakan Surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari Surah al-Baqarah di atas kuburnya. (Bahawasanya) Atsar tersebut darjatnya adalah Syazd (ganjil), sanadnya tidak sahih. Dan tidak seorang pun di antara para sahabat yang mengakuinya.

Begitu juga dengan riwayat-riwayat tentang membaca Surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas, at-Takatsur, al-Kafiruun, dan menghadiahkannya kepada ahli kubur adalah palsu. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan perkataan-perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan perbuatan para sahabatnya. (Rujuk: Muhammad B. Ahmad Abdus Salam, Hukumul Qiraati lil Amwati Hal Yashilu Tsawabuha Ilaihim (Edisi Terjemahan: Hukum Membaca al-Qur'an Untuk Orang Mati Sampaikah Pahalanya Kepada Mereka?) Tahqiq Syaikh Mahmud Mahdi al-Istabuli, m/s. 43, Media Da'wah)

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menjelaskan:

Berkenaan perbuatan membaca al-Qur'an ketika menziarahi perkuburan, sama sekali tidak memiliki asas hukum daripada as-Sunnah, malah hadis-hadis yang disebutkan pada perbahasan terdahulu menunjukkan tidak adanya pensyari'atan perkara tersebut. Oleh sebab itu, jika bacaan al-Qur'an di perkuburan itu sememangnya disyari'atkan, sudah tentu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi kuburan untuk mengamalkannya dan mengajarkan kepada para sahabatnya. Lebih-lebih lagi, beliau pernah ditanya oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anha mengenai apa yang perlu diucapkan di ketika menziarahi kubur. Kemudian beliau (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) mengajarkan kepadanya ('Aisyah) salam dan doa, dan tidak pula mengajarkan supaya membaca al-Fatihah atau surah-surah lain dari al-Qur'an. Sekiranya bacaan al-Qur'an di kubur itu disyari'atkan, sudah tentu beliau tidak akan pernah menyembunyikan perkara tersebut dari 'Aisyah. Tidak mungkin perkara tersebut berlaku, di mana Rasulullah tidak mungkin menyembunyikan ilmu. Dan perbuatan menangguhkan sesebuah penjelasan dari waktu yang diperlukan adalah suatu yang tidak diperbolehkan berdasarkan kaedah ilmu Ushul Fiqh. Sekiranya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengajarkan perkara tersebut (membaca al-Qur'an di kubur), nescaya ianya akan sampai kepada kita riwayatnya. Jika tidak ada sebarang nukilan kepada kita dengan sanad yang benar dan pasti, bererti di sini menunjukkan bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 191)

Dari Ibnu 'Umar (radhiyallahu 'anhu): Laksanakanlah solat-solat kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya seperti perkuburan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/210, no. 414)

Dibencinya solat di perkuburan.

Dari Abi Sa'id (al-Khudri): Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Bumi ini seluruhnya adalah masjid, melainkan perkuburan dan tempat mandi (bilik air/tandas). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad. Tahqiq Syaikh Shu'aib al-Arnauth, no. 11784: Hadis ini Sahih)

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha beliau berkata: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau dalam keadaan sakit sambil berbaring: Semoga laknat Allah ke atas orang-orang Yahudi dan Nashrani yang menjadikan perkuburan para Nabi mereka sebagai tempat beribadah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/99, no. 1244. Juga: 5/190, no. 1310)

Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya jika salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api sehingga terbakar pakaiannya lalu membusi kulitnya, sebenarnya itu adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur. (Hadis Riwayat Muslim, 5/93, no. 1612)

Dan tidak ada daripada asy-Syafi’i sendiri perkataan beliau berkenaan masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (membaca al-Qur'an di perkuburan) menurut beliau adalah bid'ah. Imam Malik berkata: Tidak aku dapati seorang pun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan perkara tersebut. (Rujuk: Ibnu Taimiyah, Iqtidhaa ash-Shiratil Mustaqim Mukhaalafata ashabil Jahiim, m/s. 182)

Berkata Ibnu 'Abdil Barr: al-Watsan itu maknanya patung. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai patung/berhala yang menjadi kiblat solat, tempat bersujud, juga tempat beribadah”. Dan Allah sangat murka kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah memperingatkan para sahabat dan seluruh umatnya tentang perbuatan buruk umat-umat terdahulu, kerana mereka solat menghadap perkuburan para Nabi mereka serta menjadikannya sebagai kiblat dan masjid. Sebagaimana penyembah berhala yang menjadikan berhala sebagai objek sembahan yang diagungkan. Perbuatan tersebut merupakan syirik akhbar (besar). Dan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberitahu bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah Ta’ala dan Dia tidak akan pernah meredhainya. Perkara tersebut disampaikan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam disebabkan beliau bimbiang umatnya akan meniru perbuatan mereka. Dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa memperingatkan umatnya agar tidak menyerupai Ahli Kitab dan orang-orang kafir. Dan beliau juga bimbang jika umatnya akan mengikuti jejak mereka. Tidakkah engkau mengetahui sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengungkapkan celaan dan kemarahan: “Sungguh kamu akan mengikuti jejak-jejak orang sebelum kamu selangkah demi selangkah; sehingga salah seorang daripada mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan mengikutinya.” (Rujuk: Ibnu Rejab al-Hanbali, Fathul Bari, 2/441)

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan dengan tegas bahawa al-Qur’an ini menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup, dan ayat ini terdapat di dalam surah Yasin. Tetapi masih terdapat saudara-saudara kita membacakan surah Yasin ini di hadapan orang-orang yang mati. Subhanallah! Kejahilan apakah ini namanya? (Rujuk: Abdul Hakim B. Amir Abdat, al-Masaa-il: Masalah-Masalah Agama, jilid 1, m/s. 302)

Memahami tujuan sebenar ziarah Ke Kubur:
1.Mengingati akhirat,

2.Didalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran), dan

3.Dapat melembutkan hati.

4.Memberikan manfaat kepada si jenazah (si mati) sekaligus sebagai bentuk perbuatan baik kepadanya dengan memberi salam, mendoakannya, dan memohon keampunan baginya. Yang demikian itu khusus bagi Muslim sahaja. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 189, Maktabah Syamilah)

Demikianlah tujuan ziarah ke perkuburan. Bukannya untuk beribadah seperti solat, mengambil berkah, atau membacakan al-Qur'an.

Wallahu a'lam...

No comments: