Thursday, July 8, 2010

World cup 2010 La Furia Roja




Asalamualaikum..

Demam piala dunia 2010 hampir sampai ke kemuncaknya.Pasukan terbaik dari seluruh benua yang bertandang ke benua Afrika untuk menguji skill dan kemampuan banyak yang dah pulang kenegara masing-masing.Antaranya beberapa pasukan pilihan aku separti Argentina,brazil,Italy dan Uruguay.

Semua pasukan pilihan aku gulung tikar tinggal satu sahaja iaitu Spain,nasib baik tak bungkus masa lawan German haritu.Mulanya aku dah malas nak bersengkang mata menyaksikan Spain vs Germany,tapi sebab aku follow Spain sejak dari awal pusingan..kutabahkan jua..menang pulaktu...berbaloi jugak Spain dapat ke final.Bukan pasal negara Spanyol tu aku minat tapi beberapa pemainnya yang mempamerkan skill pemain pro.Antaranya pemain jersi no 9 bermain untuk kelab Liverpoo,Fernando Torres.

Bermain di posisi FW merupakan pemain kegemaran aku.
Selain Torres,pemain dari kelab Real Madrid yang memakai jersi 15 dan bermain diposisi DF juga mempamer aksi cemerlang pada FIFA 2010 di africa.Sergio Ramos adalah pemain yang baru berusia 24 tahun dan beliau merupakan antara kesebelasan utama Spain yang bakal mengegar Belanda Ahad ni.

Selain Pedro dari kelab Barcelona,David Silva dari kelab Valencia juga merupakan jentera penggerak terbaik spain dalam world cup kali ni.Silva bermain diposisi MF tetapi seorang pemain yang rajin dan selalu berada dimana-mana terutama dihadapan gol lawan.Aku agak teruja bila Carles Puyol yang bermain di bahagian DF mampu membawa Spain ke final atas jaringan tunggalnya.

Bermain untuk kelab Barcelona dan sudahpun mencecah umur 32 tahun pada 13 April semalam.Setakat ni penjaring terbanyak untuk skuad span di pegang oleh pemain bernombor 7 dari posisi FW,David Villa.

Bermain untuk kelab Barcelona dan setakat ni memegang rekod jaringan sebanyak 37 goal diikuti oleh Fernando Torres dengan 23 goal.
Congak-congak Spain boleh merangkul juara atau tidak terpulang kepada corak permainan mereka ketika mementang Belanda Ahad nanti.Dari segi statistik dan kemampuan,pasukan Spain sebenarnya telah berpengalaman 12 kali (Pertama pada 1934) dalam Piala Dunia.

Skuad bimbingan Vincente Del Bosque dan terkenal dengan panggilan skuad La Furia Roja (The Red Fury), La Roja (The Red) ni diharap dapat mempamerkan skill luarbiasa bagi meledakkan gol agar kemarau Juara dapat dirangkul waktu menentang Belanda.Aku malas nak ulas mengalahkan Hasbullah Awang kang dia sound aku plak..apa-apa pun tunggu jelah perlawanan tu nanti.

No comments: