Sunday, July 11, 2010

German menang tipis 3-2 dengan Uruguay.




Assalamualaikum..

Aku rasa berbaloi jugalah tengok permainan antara Ger Vs Uru pagi tadi,so far aku puashati dengan jaringan antara kedua-dua pasukan cuma corak permainan Uruguay yang lebih gopoh berbanding German membuatkan aku bosan.Banyak hantaran dari Uruguay yang kurang kemas dan selalu terlepas kepihak German.
Dari segi jaringan memang seimbang sebenarnya sebab German membuka jaringan melalui Thomas MUELLER pada minit ke 19 perlawanan.Pada minit ke 28 pula uruguay melancarkan serangan balas melalui Edinson CAVANI dengan gol penyamaan.Diego FORLAN meletupkan gawang German dengan rembatan bergayanya pada minit ke 56 seterusnya membuatkan german sedikit tertekan.Tapi semangat juang skuad german berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 56 melalui Marcell JANSEN.
Pada separuh masa kedua pula Sami KHEDIRA melengkapkan kemenangan German walaupun sebenarnya Uruguay hampir menyamakan kedudukan dengan sepakkan percuma yang hanya beberapa meter sahaja,tetapi menganai palang gol.Nasib tidak menyebelahi Diego FORLAN untuk membantu skuadnya menyamakan kedudukan.
Secara keseluruhannya dua skuad ni bermain secara tenang tanpa tekanan berbanding perlawanan Final yang akan berlangsung awal pagi nanti.Apa-apa pun aku harapkan Uruguay menang pagi tadi sebab German tu bukan bagus sangat pun cuma corag permainan pantasnya je orang suka kot,tapi skill dan pertahanan tetap goyah..oklah itu semua pendapat aku je bukan nak cari gaduh dengan mana-mana pihak..
Wassalam.

No comments: