Friday, July 30, 2010

Keris Taming Sari


Asalamualaikum..

Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan... Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.

Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka.
Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Keseluruhan sarung keris ini diselaputi oleh dedaun emas.

Persoalan yang aku nak timbulkan dari keratan artikel diatas ialah,sebenarnya kenapa Hang Tuah tu berkait rapat dengan senjata powernya tu.Aku ambil sastera juga masa STPM dulu tapi masa tu hikayat Hang Tuah tu satu hikayat yang memeningkan kepala aku.
Jadi tak banyak persoalan aku timbulkan.Kenapa Keris Taming Sari dianggap sakti pada pembuatnya dan juga kepada orang yang merampasnya?Kalau benar Taming Sari berada dalam genggaman Sultan Perak,apakah Baginda tu kebal juga?Apa cerita pula dengan mitos mengatakan Hang Tuah mencampakkan keris tu dalam sungai melaka?Aku rasa mitos ni dah jadi rojak kot..entah mana satu betul.Apa-apa pun aku terpanggil tulis N3 ni sebab ada orang cerita pasal keris masa aku serapan kat warung pagi tadi..ceritanya setelah diringkaskan berbunyi begini.."sesiapa dapat mencampurkan 23 jenis keluli menjadi satu batang besi,maka besi tu layak bergelar raja besi macam keris Taming Sari,Tapi kena campur dengan satu benda waktu gilapan kali terakhir sebelum keris tu siap.."
Nak tahu apa benda campuran tu...sekali ada satu lori lalu kat depan warung,ngam-ngam tayar belakang pecah...apa lagi..si tukang karut tak sempat nak habiskan cerita terus je meluru ke tempat kejadian..macam ambulan pulak aku tengok...aku dengan sorang lagi brader terpinga-pinga....macamana ni..cerita tadi apa cerita..?brader tu selamba rock je jawab,kasi campur semua dia makan ngan semua dia minum pastu ko pegi bayar...huhuhu...zakat pagi Jemaat..!

No comments: