Thursday, February 25, 2010

Jumaat 12 Rabiul Awal 1431H.


Assalamualaikum..
Hari ni merupakan hari kelahiran Junjungan Besar Nabi dan Rasul kita.Sempena Maulid ni perbanyakkanlah istighfar dan Selawat semoga memberi manfaat dihari akhirat...
Dan ingatlah pesan atau hadith Nabi ini untuk dikongsi sempena Maulid ni..Ketawa para Nabi itu adalah senyum..ketawa syaitan dan Iblis itu ialah terbahak-bahak..ikuti artikel ini sampai selesai..

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjala nan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak dan terbahak-bahak..sama-sama kita renungkan..

Kesana,kesini,warna-warna dunia.



Assalamualaikum,
Aku baru balik dari KL siang tadi,sambil tu jalan-jalan sekali sekeluarga.Selasa 23 feb tu aku start ke Kl untuk sampai di setiawangsa dan beberapa tempat lagi.Biasalahlah kalau namanya Kl..orang pro pun sesat..aku lagilah...malam baru sampai Chow kit dan berehat di sebuah hotel.Esok paginya terus bergerak ke puchong dan lepak satu malam disana.Takde yag menarik trip ke Kl ni sebab cuaca sungguh panas dan meletihkan.Hari khamis on the way balik Batu Pahat aku nyinggah ke taman haiwan Melaka atau zoo je lah senang sebab nak kenalkan anak aku ngan apa namanya zirafah..selalu sangat dok menghafal nama binatang tu..akhirnya jumpa gak ngan binatang tu...

Ini namanya jus Jambu batu yang aku beli di Melaka...rasanya sungguh lazat dan best.Ditambah dengan madu dan beberapa ketul ais...kat Kl banyak betul orang jual minuman ni..memang popular kat sana...kat BP ni orang tak nampak lagi..balik-balik air katira,kelapa..pastu katira balik...hahahaha....aku pun heran.



Saturday, February 20, 2010

Makan berdamai part 2010


Assalamualaikum,
Macam biasa aktiviti hujung minggu aku memang ada kaitan dengan culinary arts.Kali ni aku bertandang ke rumah pengantin di Peserai Batu Pahat.Kebetulan isteri aku dapat cuti minggu ni so dapatlah temankan aku ke majlis tersebut dan sekali gus membantu dalam mengendalikan projek aku ni.Alhamdulilah walaupun tuan rumah meminta agar dapat dipelbagaikan resipi masakan dengan kadar paling minimum,namun hasilnya agak memuaskan kerana sentuhan Gaban'Z'aku masih diberi perhatian.Biasanya aku cuma siapkan set makan damai ni untuk 15 hingga 20 orang tetamu,pernah sekali tu aku perlu sediakan set untuk 100 pax..boleh tahan terseliuh juga nak siapkan.
Tetamu kak Zaitun ni agak sederhana dengan set sayur,udang,ikan,buah dan seekor ayam panggang.Cuaca yang best membuatkan tetamu yang hadir nampak santai,so aku siapkan makan damai pun secara santai jugalah.Slow-slow,tenguk jam dah pukul 2pm..aku belum solah zohor,lepastu nak pegi ke parit raja pulak sebab ada lagi satu jemputan..tapi yang ni tak de buat apalah,just kasi isi perut lagi.

Ayam panggang black papper sauce ni kalau nak sedap siap panggang terus makan,kalau dah kenyang tak payah makan..ambil bau je.Sayur pulak aku taruk situ broccoli cauliflower and black mushroom je..memang itu jelah sayur yang sesuai kalau nak display kat atas meja damai ni,lain sayur boleh juga bergantung pada tuan rumahlah..nak sayur pucuk ubi pun aku boleh buatkan..Siakap goreng macam biasa dengan sos asam serai bercili.Aku tak upload gambo ikan tu pasal sekali aku check dalam camera...boleh pulak terlupa nak shoot....boleh..?sayur pulak dah biasa aku load dalam pos aku yang sudah..Ada kek ihsan tajaan kerajaan negeri selat aku kasi upload tu...cantik dan menawan...rasa sama je macam kek...
Sang udang pulak aku kasi mandi minyak panas bersos cili kunyit,boleh test kat rumah kalau nak sesuatu yang berbeza,..risipi..?nanti kalau ada masa aku taruk dalam ini blog...senang je tu...kos pun tak tinggi.
Ok,aku rasa display buah tu korang boleh kasi test untuk sambut hari ulang tahun perkahwinan ke...sambut hari lahir ke...kalau tak pandai nak gayakan...panggil aku datang...ok.

Wednesday, February 17, 2010

Kambing Gurun buat Aqiqah.


Assalamualaikum,
Majlis kenduri Aqiqah anak perempuan sepupu rapat aku hari tu dapat dilangsungkan dengan jayanya.Cuaca siang sampai malam tak de hujan walau setitis pun,Alhamdulilah..cuma panas siang tu memeritkan urat belikat..
Seronok juga dapat lepak dengan sanak saudara walaupun cuma sekejap sebab aku terpaksa beransur jam 6 petang atas urusan yang tak dapat dielakkan.Kalau dapat datang balik malam tu tentu ramai yang aku jumpa.Saudagar"Mambera"tak nampak batang hidung siang rewang tu...'binawea' tol...ada ke patut...patut-patut lah...tapi malam dia ada kot..
Aku masih ingat lagi kawasan rumah penuh sejarah ni,banyak memori lama terungkap kembali masa zaman kecik-kecik dulu,tapi rumah ni dah banyak berubah,original foto Saudagar Esmit Ulam Saip ada simpan kot...kasi upload la kalau ada...

Anak aku sorang ni bukan main busy lagi..ramai member
katakan..kedepan,kebelakang...naik atas,turun bawah...rumah Mbah dia macam rumah dia pulak dibuatnya.

Inilah daging kambing gurun yang telah siap dimasak dalam periuk..aku tak sempat nak shoot gambar time kambing ni hidup...maaf ye kambing..kalau tak dapat ko possing kat blog aku..dalam periuk tu ada plastik merah tu bukannya sampah atau bendasing yang termasuk semasa masak,tapi otak kambing tu perlu dibungkus dengan plastik agar tidak bersepai sewaktu dimasak...satu ilmu tu kepada sesiapa yang tak tahu cara macamana nak masak otak kambing atau lembu...aaa..otak ayam atau otak-otak tak payah buat macamtu..

Sedang melepak kat sebelah rumah sambil borak panjang dengan sepupu dan pak cik sebelah Mbah.Dapat jumpa dan borak panjang cuma time raya je...kalau hari biasa dan bukan diadakan majlis macamni...susahlah nak jumpa..mamat baju merah tu kata dah tunang...jap lagi tabur surat saman la ko yek...!

Aku sambil kehulu kehilir ambik gamba...sempat gak tunggu ayam kat kuali ni...nasib baik tak de hangus..banyak tu...last-last pukul 6 tu masih ada satu kali lagi yang belum goreng...pukul berapa ntah diorang masak ayam tu..hehehe..

Oklah...ni aku kasi upload sekali Saudagar Esmit Ulam Saip,merangkap bapak kepada sibudak kecik yang di Aqiqahkan tu..mukanya kepenatan sebab baru bangun tido..tu turun sekejap ambik gamba lepastu nak sambung tido lagi sebab ada racun dalam perut dia yang dimakannya semalam sebab takut sembelit...dia berjaya mengatasi masalah sembelitnya selang sehari kemudian..

Monday, February 15, 2010

Taman rekreasi air terjun Bekok.


Assalamualaikum,
Cuti CNY semalam aku ingat nak dok umah 'Bertapa'tapi lain pula jadinya apabila lembaga mesyuarat memutuskan untuk 'berpicnic'dikawasan air terjun bekok,yang hampir 40 km perjalanan menaiki kereta.Kami bertolak lebih kurang jam 8.30 am dan tiba dilokasi penggambaran jam 9.40 am.Kawasan parking dah mula sesak tak sama macam waktu biasa yang lengang.Al maklumlah waktu cuti macamni memang jadi tumpuan untuk taman rekriasi berstatus air terjun.Kita orang buat kemah tak jauh dari kawasan surau agar senang nak solah dah senang nak balik.Aku tak mandi pun sebab wakil aku dah mandi sampai naik biru..pengunjung memang ramai,dah macam ada fun fair kawasan tu.Sampai je dilokasi yang dimesyuaratkan,upacara mendirikan kemah dan makan pagi dimulakan.Lepastu dok mandi reramai lepastu makan lagi,pastu mandi lagi ntah berapa kali mandi bebudak ni...gasak korang..! aku pulak layan siulan cengkerik hutan yang seakan memekik-mekik menyambut kedatangan kami.
Lewat jam 1.30 pm kita orang berkemas untuk balik Batu Pahat.Apa...???!!!...ada informer memberitahu jalan 'Jem'pasal pengunjung masuk dan pengunjung yang nak balik berasak-asak menggunakan jalan yang sempit kerana kenderaan 'diparking'pada kanan kiri bahu jalan....fuhhh...!dekat 1 jam gak merangkak macam kura-kura..Ayam Panggang black pappernasib baik aku dh nak balik...lega juga..kalau baru nak masuk...alamat balik semula dan makan segala bekalan dalam kereta jelah jawabnya..satu pengajaran untuk semua,time cuti cenggini adalah lebih baik kita dok umah je layan bantal..
Kalau nak picnic pun tunggu hari biasa..baru best sebab tak terlalu ramai orang dan segala urusan menjadi lebih mudah.com...Panggang otak-otak harus guna otakoklah aku nak pergi balik kampung pulak ni sebab ada rewang kat umah sepu sepapat siku lipat aku.Haa...nanti kita tengok suasana kat sana pulak macamana...khabarnya mamat ni nak akikah seekor kambing Gurun yang ditangkap menggunakan jerat diladang nenasnya...nanti kita story dalam update aku akan datang...
Wassalam..Jem jalan nak balik

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Chai 2010(Tiger Year)



Salam hormat kepada semua pengunjung Zon July yang berbangsa Cina,dan selamat bercuti kepada yang bukan berketurunan cina.Selamat menyambut Tahun Baru dan selamat bercuti semoga tahun Harimau 2010 ni membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada semua.Sepanjang cuti tahun baru ni semoga aspek keselamatan dan kesihatan lebih diutamakan.Rumah yang bakal anda kosongkan untuk pulang bercuti harus dipastikan dalam keadaan selamat.Beritahu jiran anda yang anda tiada dirumah selama beberapa hari.Tinggalkan kunci atau no telefon anda pada jiran sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian seperti kebakaran atau kecurian supaya anda dapat menerima info dengan segera.Pastikan juga segala kelengkapan elektrik anda berada dalam keadaan selamat sekiranya berlaku litar pintas atau... berlaku banjir.Suis harus dimatikan dan ditanggalkan dari soket plak.
Kepada para pengguna lebuh raya Utara Selatan,pastikan perjalanan anda dirancang dengan teratur,keadaan kenderaan anda harus diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan seperti servis kereta,keadaan angin tayar,lampu brak berfungsi atau tidak dan paling utama anda sebagai pemandu harus mengambil rehat secukupnya agar pemanduan anda lebih selesa.Elakkan memandu secara melulu atau tergesa-gesa kerana cara pemanduan sebegini biasanya mengundang padah kepada anda dan keluarga.
Berhenti untuk rehat sebentar di setiap hentian R&R jika anda letih sambil mengembalikan stamina anda.
Semoga anda selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta dan Selamat menyambut Tahun Baru Cina.

Thursday, February 11, 2010

No matter how busy you are,Shere some time with parents..


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (QS: Luqman:31:14)


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata": "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (QS:al-ahqaf:46:15)

Wednesday, February 10, 2010

Touch PDA from HTC


Assalamualaikum,
Memandangkan cuaca diluar sana agak mendamaikan sebab hari kedua bumi seri medan dibasahi hujan walaupun cuma sekejap,cukuplah untuk menghilangkan debu-debu liar yang beterbangan.Cuaca pun ada sikit sejuklah..hari ni aku nak shere pasal pda yang masih belum aku miliki,walaupun o2 xda aku dah jadi aruah..sampai jemu aku guna 02 ni baru dia mengundur diri..aku nak cari lain brand pulak kalu sampai rezki.Melalui pengintaian aku sejak kebelakangan ni ada beberapa pilihan PDA yang menganggu mata aku.Salah satunya yang ini...,

Prosesor memang dah mantap lah tu dengan keupayaan Qualcomm MSM 7201A 528MHz yang mampu capai 530MHz dalam Ram 288Mb.HTC Touch HD ni nampak slim riverlah kalau pegang guna tangan kanan,ringan dan selesa.Aku dok membelek masa kat JJ teberau haritu..
Tang camera 5Mp tu aku kisah sangat lah sebab camera aku pun lebih jauh dari 5mp tu,yang aku kisah ni EDGE Class 10, 236.8 kbps dan 3G HSDPA, 3.6 Mbps tu..kalau load dalam keadaan biasa atau coverage tak elok pun masih dalam lingkungan bawah 3.6 Mbps.Ada lagi pantas lah berbanding dengan nokia baru yang aku baru beli semalam...
Yang ni pulak ialah,

HTC Diamond 2,prosesor lebih kurang sama cuma up link speed dia ada lebih bagus sikit dari HTC HD kat atas tadi.Tang harga pulak yang ni lebih mahal 300 dari yan atas tadi.ROM dan RAM pun sama.Display skrin tu ada lebih lebar dan nampak gagah lah lalau Diamond 2 ni bersepah atas meja makan..!

HTC HERO ni lah yang selalu memeningkan kepala dan menyilaukan mata aku sampai seminggu...!selain lengkap dengan G-sensor HERO ni juga mesra tangan dan agak ringan berbanding dua model kat atas tadi tu.Hero ni juga sedia dengan kekuatan 528Mhz prosesor dan 288Mb of Ram.Memang pantas kalu main menda ni,aspek lain tu sama je ngan PDA jenama lain macam ASUS dan Toshiba.Dalam bebanyak PDA ni aku lebih minat pulak dengan HTC sebab semua utilitinya memenuhi citarasa aku sebagai penggemar PDA.Kepada penggemar PDA diluar sana carilah Ram yang agak besar agar PDA tu tak selalu HANG OUT..!lagi satu kalau nak sumbat apa jua softwere pun masih dalam keadaan yang waras prosesornya.Macam pengalaman aku yang sudah..O2 xda aku tu aku upgrade sendiri dari window mobile 5.1 kepada WM 6,dan beberapa softwere yang aku selalu guna seperti clean Ram,beberapa player,sis GPS..tapi memandangkan 64Mb of Ram...aku terpaksa guna satu softwere dalam satu masa..kalau lebih dari itu maka 'Hang' lah jawabnya...Tapi walaupun ram kecil prosesor Intelnya boleh tahan gak..!dengan kemampuan Intel PXA270M 520 MHz..o2 aku tu dah banyak berbakti pada nusa,bangsa dan business aku..Thank's o2...jasamu dikenang..

Tuesday, February 9, 2010

Hati-hati umat akhir zaman..


Assalamualaikum..

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat.. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-bermaksud : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah... antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

* Beraqal
* Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

* Beraqal
* Baligh
* Islam
* Merdeka diri
* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt dengan maksudnya;-
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata,Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah. ) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

Sekian

Sumber asal;Zaharuddin Abd Rahman
29 Jun 2008

DIHIGHLIGHT KEMBALI ARTIKEL ALAM INI DISEBABKAN KEHNAGATAN ISU INI DI KETIKA INI.

Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Saturday, February 6, 2010

Sotong 'Ganu"sambal paprik tomyam



Assalamualaikum..
Hari ini aku lunch dengan sotong dari Terengganu dimasak sambal paprik tomyam.Semalam masak ketam lemak cili api tapi tak sempat shoot gambar..dah habis makan baru ingat nak amik gambar..maaf lah ketam sebab tak sempat amik gambo ko..
Macamana nak masak..?kalau ada sesapa nak cuba risipi ni aku shere kat sini.
Kalau untuk hidangan 3-4 orang makan cuma perlukan kira-kira 400gm sotong segar siap siang(kalau nak result yg best elok guna sotong besar) dan toskan airnya.Bahan asas untuk paprik ialah:..

Cili padi,(hiris kecil)
Bunga kantan sebiji,(Hiris kecil)
Bawang besar sebiji,(potong wadges)
Bawang putih 4 butir,(cincang halus)
Daun limau purut 2 helai,
Serai dua batang,(hiris nipis)
Cili Boh,Oyster sos,Cili sos,Tomato sos,(2:1:1:1)
Asam jawa(Pes lagi bagus)bubuh hujung sudu je..


Ok..panaskan minyak dan mula dengan tumis bawang putih,daun limau,cili padi dan serai hingga wangi.Masukkan pula cili boh dan tumis dengan api sederhana hingga naik minyak(masak).Baru masukkan oyster,cili sos,tomato sos,sedikit air dan pes asam tadi.Didihkan hingga kuah agak pekat.Bolehlah season
dengan garam dan gula..
tak payah aji lagi baik..

tapi kalau kaki aji bubuh jelah...takut tak lalu makan pulak tak letak aji..Dah siap Sos paprik kita.Nak jadikan nama dia paprik tomyam..masukkan sebungkus pes tomyam adabi dalam sos tadi reneh hingga sebati..
Sekarang bolehlah kita masukkan sotong yang dah siap tos tadi,jangan guna api besar..reneh dalam 2-3 minit dah cukup sampai masak dan sotong mula bergulung...
Sos ni sesuai juga kalau nak gantikan ngan masakan lain seperti ayam atau ikan..kalau ayam ambil isi atau potong kecil dan gureng terlebih dulu..sama macam ikan pun elok goreng dulu.Selamat mencuba ..!

Friday, February 5, 2010

Khasiat dan keajaiban susu Ibu.




Assalamualaikum..,
Satu keajaiban susu Ibu buatan Allah yang aku nak shere..Thank's "samax"atas info ni..
Kenneth Hampson sedang memandu disebuah kawasan belukar di Bulawayo,Zimbabwe, pada 2 November 1982,apabila keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan.Lelaki itu turun lalumembuka bonet keretanya untuk mencari punca kerosakan.Tetapi sebaikpenutup bonet terbuka,dia terkejut apabila seekor ular tedung selarmuncul dari celah-celah engin kenderaannya.
Ulartersebut tidak memagut Kenneth, sebaliknya menyemburkan bisanya ke muka lelaki itu. Kenneth bergegas menyelamatkan diri sambil menekup mukanya yang terasa pedih dan panas.Penglihatanya juga menjadi kabur.
Kennethbernasib baik kerana tidak berapa lama kemudian sebuah lori melaluikawasan berkenaan dan pemandunya turun menghulurkan bantuan.Lelaki kulit hitam itu seterusnya menolak Keneth ke arah isterinya yang ketika itu sedang menyusukan bayi. Kemudian, Kenneth diminta berbaring manakala wanita berkenaan menyemburkan susunya ke dalam kedua-dua belah mata lelaki itu.
Kenneth digegaskan ke Hospital Besar Bulawayo dan selepas diberikan rawatan,doktor mberitahu sesuatu yang amat mengejutkannya.Kata doktor,tindakan wanita berkenaan telah menyelamatkan Kenneth daripada menjadibuta.Menurut doktor tersebut, semburan bisa dari ular tedung amat berbahaya.Ia boleh membunuh haiwan lain dan mampu membutakan mata manusia.
Bagaimanakah susu ibu boleh menawar bisa ular?
Jelas doktor,ini terjadi kerana susu ibu boleh meneutralkan neurotoxin, mencairkan racun serta melegakan kesakitan.
sungguh mujarab susu ibu ni rupanya...

Sumber dan artikel asal:samax Hantar pada 19-11-2009 07:53

Wednesday, February 3, 2010

Botani Part 2



Assalamualaikum..
Taman Tasik Botani Negeri Johor yang aku dok lepak selalu ni memang best lah bagi orang luar,kalau aku pulak dah jemu pun terpaksa juga lepak kat sini tenangkan fikiran..tambahan lagi dekat dengan rumah aku,ke duanya free tak payah bayar,ke tiganya anak aku dengan isteri aku pun suka lepak sini petang-petang..dulunya masa aku zaman sekolah..kawasan ni memang tak terurus mungkin sebab kawasan tu tak ada potensi untuk diketengahkan,sehinggalah pada tahun 2008 kawasan yang asalnya bekas lombong bijih besi ini diambil alih dan dikawal selia oleh pihak kerajaan Negeri sebagai taman rekriasi merangkap tapak semaian lanskap bagi seluruh negeri Johor.Ada masa kalau turun Batu Pahat marilah singgah ke sini sapa tahu dapat memberi anda satu ketenangan yang tidak terdapat di tempat lain..
Taman tasik Botani ni terbahagi kepada dua buah tasik,satu tasik dibahagian bawah dan satu lagi tasik terletak di bahagian atas sekali tetapi jarak antara kedua tasik ini hanyalah kira-kira 70 meter sahaja.Bahagian tasik paling atas diberi gelaran tasik Biru oleh penduduk setempat kerana kedalaman tasik ini mencecah sehingga 300 meter dari aras laut.Menurut sumber,kawasan seri medan terkenal dengan pengeluaran bijih besi berkualiti tinggi seatu masa dahulu selain terkenal terkenal dengan panggilan pekan terapung...(sebab selalu kena banjir daaa..)sekarang tak lagi..
Gambar ni aku shoot dikawasan tasik biru..oklah jangan lupa turun tasik petang ni...