Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Chai 2010(Tiger Year)



Salam hormat kepada semua pengunjung Zon July yang berbangsa Cina,dan selamat bercuti kepada yang bukan berketurunan cina.Selamat menyambut Tahun Baru dan selamat bercuti semoga tahun Harimau 2010 ni membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada semua.Sepanjang cuti tahun baru ni semoga aspek keselamatan dan kesihatan lebih diutamakan.Rumah yang bakal anda kosongkan untuk pulang bercuti harus dipastikan dalam keadaan selamat.Beritahu jiran anda yang anda tiada dirumah selama beberapa hari.Tinggalkan kunci atau no telefon anda pada jiran sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian seperti kebakaran atau kecurian supaya anda dapat menerima info dengan segera.Pastikan juga segala kelengkapan elektrik anda berada dalam keadaan selamat sekiranya berlaku litar pintas atau... berlaku banjir.Suis harus dimatikan dan ditanggalkan dari soket plak.
Kepada para pengguna lebuh raya Utara Selatan,pastikan perjalanan anda dirancang dengan teratur,keadaan kenderaan anda harus diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan seperti servis kereta,keadaan angin tayar,lampu brak berfungsi atau tidak dan paling utama anda sebagai pemandu harus mengambil rehat secukupnya agar pemanduan anda lebih selesa.Elakkan memandu secara melulu atau tergesa-gesa kerana cara pemanduan sebegini biasanya mengundang padah kepada anda dan keluarga.
Berhenti untuk rehat sebentar di setiap hentian R&R jika anda letih sambil mengembalikan stamina anda.
Semoga anda selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta dan Selamat menyambut Tahun Baru Cina.

No comments: