Monday, February 15, 2010

Taman rekreasi air terjun Bekok.


Assalamualaikum,
Cuti CNY semalam aku ingat nak dok umah 'Bertapa'tapi lain pula jadinya apabila lembaga mesyuarat memutuskan untuk 'berpicnic'dikawasan air terjun bekok,yang hampir 40 km perjalanan menaiki kereta.Kami bertolak lebih kurang jam 8.30 am dan tiba dilokasi penggambaran jam 9.40 am.Kawasan parking dah mula sesak tak sama macam waktu biasa yang lengang.Al maklumlah waktu cuti macamni memang jadi tumpuan untuk taman rekriasi berstatus air terjun.Kita orang buat kemah tak jauh dari kawasan surau agar senang nak solah dah senang nak balik.Aku tak mandi pun sebab wakil aku dah mandi sampai naik biru..pengunjung memang ramai,dah macam ada fun fair kawasan tu.Sampai je dilokasi yang dimesyuaratkan,upacara mendirikan kemah dan makan pagi dimulakan.Lepastu dok mandi reramai lepastu makan lagi,pastu mandi lagi ntah berapa kali mandi bebudak ni...gasak korang..! aku pulak layan siulan cengkerik hutan yang seakan memekik-mekik menyambut kedatangan kami.
Lewat jam 1.30 pm kita orang berkemas untuk balik Batu Pahat.Apa...???!!!...ada informer memberitahu jalan 'Jem'pasal pengunjung masuk dan pengunjung yang nak balik berasak-asak menggunakan jalan yang sempit kerana kenderaan 'diparking'pada kanan kiri bahu jalan....fuhhh...!dekat 1 jam gak merangkak macam kura-kura..Ayam Panggang black pappernasib baik aku dh nak balik...lega juga..kalau baru nak masuk...alamat balik semula dan makan segala bekalan dalam kereta jelah jawabnya..satu pengajaran untuk semua,time cuti cenggini adalah lebih baik kita dok umah je layan bantal..
Kalau nak picnic pun tunggu hari biasa..baru best sebab tak terlalu ramai orang dan segala urusan menjadi lebih mudah.com...Panggang otak-otak harus guna otakoklah aku nak pergi balik kampung pulak ni sebab ada rewang kat umah sepu sepapat siku lipat aku.Haa...nanti kita tengok suasana kat sana pulak macamana...khabarnya mamat ni nak akikah seekor kambing Gurun yang ditangkap menggunakan jerat diladang nenasnya...nanti kita story dalam update aku akan datang...
Wassalam..Jem jalan nak balik

No comments: