Friday, February 5, 2010

Khasiat dan keajaiban susu Ibu.




Assalamualaikum..,
Satu keajaiban susu Ibu buatan Allah yang aku nak shere..Thank's "samax"atas info ni..
Kenneth Hampson sedang memandu disebuah kawasan belukar di Bulawayo,Zimbabwe, pada 2 November 1982,apabila keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan.Lelaki itu turun lalumembuka bonet keretanya untuk mencari punca kerosakan.Tetapi sebaikpenutup bonet terbuka,dia terkejut apabila seekor ular tedung selarmuncul dari celah-celah engin kenderaannya.
Ulartersebut tidak memagut Kenneth, sebaliknya menyemburkan bisanya ke muka lelaki itu. Kenneth bergegas menyelamatkan diri sambil menekup mukanya yang terasa pedih dan panas.Penglihatanya juga menjadi kabur.
Kennethbernasib baik kerana tidak berapa lama kemudian sebuah lori melaluikawasan berkenaan dan pemandunya turun menghulurkan bantuan.Lelaki kulit hitam itu seterusnya menolak Keneth ke arah isterinya yang ketika itu sedang menyusukan bayi. Kemudian, Kenneth diminta berbaring manakala wanita berkenaan menyemburkan susunya ke dalam kedua-dua belah mata lelaki itu.
Kenneth digegaskan ke Hospital Besar Bulawayo dan selepas diberikan rawatan,doktor mberitahu sesuatu yang amat mengejutkannya.Kata doktor,tindakan wanita berkenaan telah menyelamatkan Kenneth daripada menjadibuta.Menurut doktor tersebut, semburan bisa dari ular tedung amat berbahaya.Ia boleh membunuh haiwan lain dan mampu membutakan mata manusia.
Bagaimanakah susu ibu boleh menawar bisa ular?
Jelas doktor,ini terjadi kerana susu ibu boleh meneutralkan neurotoxin, mencairkan racun serta melegakan kesakitan.
sungguh mujarab susu ibu ni rupanya...

Sumber dan artikel asal:samax Hantar pada 19-11-2009 07:53

2 comments:

Empayar Digital said...

nek koyo ngono ayuk kito nyusu jugak..

Panglima Khalid Al-Walid said...

Wak parinah ngomong kuwe mbiyen nyusu sampek umurmu pitong tahun...baru sapih..