Friday, May 25, 2012

Zong Da day 3

Hari ketiga ni memang satu hari penuh kami habiskan masa untuk beli barang CEMILAN STATION,nak ikutkan rasa memang nak termuntah tengok seluas kawasan tu penuh dengan barang yang sama cuma berbeza harga dan ramah tamah penjualnya.Naik ringan kaki bila teringat jelajah kawasan ni..

Kedai ni nampak je comel dan kecik..tapi sebenarnya,pemilik kedai ni ada beberapa buah kilang yang terletak beberapa KM dari sini..so kalau order barang tu kena tunggu dalam satu jam untuk kita dapat lihat pesanan tadi.


Ini baru satu lorong,sedangkan kanan dan kiri ada lima-enam lorong lagi sejauh 300 meter..Malas nak kira ada berapa kedai sebab sambil jalan kami fokus pada barang yang kami nak beli sahaja,kalau tak alamat sampai esok la kami kat situ..

Kedai yang puan singgan ni agak selesa untuk kami merehatkan kaki..Kat sini je berapa banyak duit tokeh tu dah sapu..ekekeke..barang masih atas kapal kot..sampai sekarang lom sampai..
Tempat ni memboringkan aku sebab satu tingkat ke satu tingkat agak jauh kena menapak..malas nak pegi sini lagi...ini kira satu kompleks juga..tapi segala macam kenderaan ada kat dalam sini..beskal,beca,motor elektrik..memacam lagilah..sebab itu kenderaan paling fleksible boleh hangkut barang yang berat.
Ini kenderaan nama dia aku tak sempat tanya,macam beca tapi guna dynamo elektrik untuk mengangkut kain.
Kat sini jangan harap kalau nak dapat ais kacang atau cendol mamak..ekeke..
Tak jadi beli sebab lari tajuk,bila dah balik sini menyesal tak beli sebab baru dapat idea nak boh kat mana..adehh..
Belah petang dekat nak maghrib singgah kat sini beli bunga palsu.Ujan la plak masani,sib baik apek tu layan borak sementara tubggu puan pilih memilih..

Siap packing tunggu lori sampai malam esok..

No comments: