lebih kurang jam 1 pm aku singgah kawasan pasar jumaat untuk makan tengahari.Sampai je kawasan nampak lengang dengan pengunjung sebab ramai yang dah kekawasan masjid tertua di Guangzhou,aku pulak sebab musafir lalu ambil kesempatan makan dulu makanan kegemaran masyarakat sana..tu dia satay kambing terbaik pernah masuk tekak aku..order 5 batang starting takut tak boleh layan rempah orang sana,..rupanya tambah lagi lima batang sebab rasa yang sungguh hebat..ekekek..
Suasana sekitar pasar jumaat..tak ramai orang sangat,apa yang best kat pasar ni..semuanya jual makanan halah/muslim food sebab penghujung pasar ni jalan menuju masjid.
Nak cari Tempe tak jumpa plak..pak Mat tempe pun tak jumpa.
Inilah kambing bakar atau satey kambing yang aku huru harakan tadi..datang china tak makan menda ni dan minum teh dia..tak cukup syarat namanya..
Jalan masuk menuju Masji Abi Waqas masih lengang masa aku naik,kena cepat sebab bila jemaah turun nanti,lorong sempit ni jadi sesak.
Jemaah selesai solah aku dah get ready berdiri atas tebing nak beri laluan sementara tunggu perkarangan masjid kosong.Turn aku dan Puan nak solah pulak sambil melepakkan diri dalam masjid.
Masjid Assahabi Abi Waqas
Hasil senibena tamadun lampau yang masih terpelihara sampai sekarang dan masih gah.
Pintu masuk masjid
Masjid dari pandangan hadapan.
Ini tulisan macamana baca pun aku tak dapat nak nolong tapi lebih kurang macam jangan buang sampah merata rata kot sebab kawasan ni bersih...bunga ayat je panjang,tapi maksud pendek je..
Model utama dalam ini gambar ialah isteri aku yang sentiasa ada dengan aku,walaupun sakit kaki kepenatan.Next,aku sambung kembara aku kat area branded watch tapi masatu hujan,tambahan dah penat sebab tak cukup rest dari malam tadi,tak de mood nak jalan lagi dah..kepala dah ingat bantal kat hotel jek.Lagipun barang yang aku nak beli tak ade kat area tu..
Tahan Tut tut dan tunjuk kad hotel,dengan pantas driver tu bawak kitaorg balik hotel dengan bayaran 10 hengget duit kita.
Inilah wajah tukang gambar dalam ini trip dan diambil semasa naik kenderaan roda tiga dipanggil tut tut yang aku cerita tadi.Selamat sampai hotel terus terbongkang sampai kul 6,dan siap salin kitaorg turun bilik untuk makan malam jam 6.30 pm kat restoran Pak Abu.
Ini lempeng atau roti prata minah arab makan aku tumpang snap jek.
Selesai hari pertama kembara mencari harta karun di bumi Guangzhou.Esok paginya aku start jalankan misi aku mencari barang dagangan yang bakal aku bawa pulang ketanah air,so next update ya..for second day..
No comments:
Post a Comment