Wednesday, November 17, 2010

Pengorbanan dan korban


Assalamualaikum..

Hari ni merupakan hari tashrik kepada para umat islam seluruh dunia yang mana pada hari ini,esok dan lusa,Allah mengharamkan kita semua berpuasa.Allah menurunkan hukum tersebut kerana menghormati para jemaah yang sedang menunaikan rukun haji wajib di kota Makkah.Kita disunatkan mengadakan ibadah korban sepanjang hari tashrik.Korban dan pengorbanan merupakan dua ertikata berbeza,ibadah dan sesuatu yang perlu kita lepaskan.Alhamdulillah kerana aku dilahirkan dan dipilih Allah untuk Agama Islam.Semoga sidang pembaca diluar sana mampu menuntut kemahuan agar selalu rela bekorban pada jalan Allah.perbanyakkanlah takbir sepanjang hari tashrik agar Allah redha dengan apa yang bakal kita lakukan utk jalannya.Selamat hari Raya AidilAdaha.

Saturday, November 13, 2010

!!!!.........NASOB


Assalamualaikum..

Sepanjang hari ni streamyx buat hal..takde apa respon bila aku connect internet..error 678..apasal 678..itu yg satu pc aku hongges,masuk CD,klua CD,main game..semua tak kena.Kalau kita tak bayar kat TM tu cecepat je diaorang potong line..tapi kalau kita penting nak guna,tu jam pulak dia sesuka cut line..apa punya syarikat daaa..Dahlah raya semalam bil celcom aku kena ragut pepagi raya kedua..cemana lak internet telefon aku leh update sampai kena 100...dah buat laporan kat celcom cantre,huuuuhhh...kena bayar gak..katanya banyak virus sekarang ni yang disebarkan oleh para penggodem kat luar sana..abis bil aku ni pa cerita..takkan aku plak kena bayar bagi pihak dia..??dulu isteri aku kena dua bulan berturut-turut...pergghhh...cemana nak mengatasi masalah ni..last-last aku delete internet setting kat HP aku..3G ke..hapa ke semua aku delete,yg tinggal cuma mms setting je..kasi susah orang tol lah..tajuk aku kat atas tu kena terbalikkan ejaannya baru ko tahu perasaan aku..!

Wednesday, November 10, 2010

PSP



Assalamualaikum..

Dah dua tiga hari ni aku dok study pasal psp nih..banyak benda nak study sebab aku nak install game for the new version.Banyak forum gak aku jelajah dan akhirnya tapak forum mat salleh gak banyak bagi info..kalau yg kat mesia(yg aku jumpa je..)kurang bagi info,takat cerita kosong tu ada la..
Jepun ni buat barang memangmemeningkan kepala sikit,setiap version dilengkapi satu firmwere dan motherboard berbeza..sesapa nak hack psp ni perlukan masa gaklah utk cukupkan semua aspek.yang menariknya utk setting atau utk run satu-satu prog tak sama ngan smartfon,lebih complicated malah hampir sama dengan pda yang aku dah godeh habis.Sistem sony ni agak mementingkan keselamatan dan penuh tipu muslihat..salah tekan kelain jadinya.Sesapa nak try n error pasal gadget ni,study dulu takut nanti salah pilih yg nonhackable..wat habis duit je..

Wednesday, November 3, 2010

Hilangkan rasa lesu dan lemah badan.



Assalamualaikum...

Aku sampai depan pc ni hampir pukul 11 mlm,malas nak merayap kat fb hari ni tapi tengok keadaan juga sebab org kata fb tu ada hantu kat sana.Update aku kali ni nak shere kat korang kalau ada masalah lesu atau lemah badan akibat terlalu letih bekerja.Lesu akibat bangun tidur siang pun sama gak boleh guna idea aku ni.Pernah tengok pemain tennis terkemuka dunia bila break time je terus capai pisang,makan dalam segigit dua..haa...itulah yg aku nak shere kat sini.Kalau badan lesu atau tak bermaya,makanlah sebiji pisang dan anda akan dapat rasakan perubahannya dengan begitu drastik skali.Sebenarnya buah pisang seperti pisang masak hijau atau pisang berangan mengandungi banyak enzim mudah larut dan paras glukosa yang tinggi untuk memulihkan tenaga.Kalau ada diabetis,tolong elakkan dari memakan buah ni.
Pisang paling aku suka sememangnya pisang berangan dan pisang masak muda.Kalau pisang masa aku kecik dulu,pisang lemak manis..ntah ada lagi ntah tidak sekarang.Kalau pisang lemak manis tu aku boleh makan habis dua tandan...percaya atau tidak terpilang...sebiji pisang masak hijau atau berangan bersamaan 10 biji pisang lemak manis...logik la..
Pisang emas pula aku tak minat sangat sebab pisang tu biasanya dimakan oleh para pelayar,atau dibawa belayar dan masak sebiji je kat atas peti pilak tu....tak nak aku kalau cuma masak sebiji je kat atas peti...
ok,selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

P/s;gambar Angelina Jolie tu tak de kena mengena dengan N3 aku hari ni tapi dari pandangan sisi nampak macam pisang kot..

Monday, November 1, 2010

Antara Masjid-masjid yang aku teringin nak Solah didalamnya.


Assalamualaikum..

Sesiapa pun ada impian yang mungkin tinggal impian kalau kita tak berusaha ke arah impian tu.Aku ada impian dan cita-cita untuk solah dalam masjid Al-haram di Makkah.Mungkin ketika tiba saat tu keadaan dan struktur binaannya dah berubah,Clock Tower yang sedang dalam pembinaan ni mungkin dah siap sepenuhnya.Semoga satu masa nanti bila aku cukup bekalan,Allah akan hantar aku kesana.

Masjid seterusnya ialah masjid dimana Rasullullah dimakamkan didalamnya di madinah.Dua masjid ni merupakan dua tempat yang Allah haramkan Al-Masih Ad'Dajjal memijakkan kakinya.Sungguh Istimewa tempat ni kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat istimewa seantero dunia.

Seterusnya,kalau diizinkan Allah,aku teringin nak masuk dan solah dalam masjid Al-Aqsa di palestin.Nampak macam mustahil,tapi Allah maha berkuasa dan sapa tahu satu masa nanti Allah hantar aku kesana.Al-Aqsa merupakan masjid dimana nabi Muhammad di Israkkan kelangit.Masjid ini juga merupakan masjid yang masih jadi perebutan antara umat Islam dam kaum Yahudi.Sampai bilakah masalah ini akan selesai,aku pun tak tahu.

Masjid yang menjadi impian aku seterusnya ialah sebuah masjid yang terletak di Turki dan dibina oleh Sultan Sulaiman pada zaman kerajaan Othmaniah.Usia dan reka bentuk masjid yang melintasi zaman ni merupakan sebuah masjid yang banyak mempamirkan kehalusan seni bina Tamadun Islam pada zaman empayar Othmaniah.Menurut satu sumber yang aku pun belum membuat sebarang kajian,sistem suara dalam masjid ini tidak menggunakan sebarang alat pembesar suara atau corong suara.Semuanya dihasilkan melalui kaeadah matematik.Setiap sudut dalam masjid direka khas oleh arkiteknya bagi tujuan menghasilkan bunyi "Surround sound system".Aku pun tak dapat nak bayangkan,sebab setiap kali aku bayangkan hanya timbul bayang-bayang...
Semoga Allah hantar aku kesana satu masa nanti...AAAAmmmmmiiinnnn...