Friday, May 25, 2012

Last day at Tea market

 Hari ke 4 ni aku ada masa kitra-kira 5 jam sebelum ke airport,seawal pagi aku dan puan jelajah satu kawasan yang semuanya jual teh.Nak sampai sini pun mau separuh nyawa gak,sib baik semangat kental..ini papan tanda kena ingat sebab kat sini aku keluar train ,nak balik kena cari benda ni semula..ekeke..macam dalam hutan pulak kena ingat semua jalan yg kita lalu utk kembali ke pangkal jalan.


 Satu lagi sign board kaler cekelat tu pun kena ingat,senang nak tunjuk kat driver teksi atau tut-tut..tapi nampaknya driver teksi dapat rezeki haritu..
 Inilah wilayah teh yang kitaorg sampai lebih kurang pukul 11 pagi,Ronda sana sini tak de benda lain selain teh.

 Last sekali aku sampai satu kedai yg mana inilah rupa teh berkualiti tinggi dan harganya mencecah ribuan yuen sekilogram..dapat beli beberapa gram sahaja sebab mahal sangat.Mulanya tak jadi nak beli,tapi sebab tokeh tu dah belanja minum dan dia sendiri yang bancuh teh tu depan kitaorg..memang terbaik teh ni..hilang sengal dan letih badan akibat menapak tadi.Cara dia hidang teh dan cara membancuh teh ditunjukkan secara live depan kitaorg..rupanya mcmtu bancuh teh..bukan macam yg biasa kita buat kat rumah tu..ekekeke..jakun betul..
 Baju first day pakai balik..ok apa ..
 Aku tinggal beskal ni kat Guangzhou sebab beskal ni bukan aku yg punya.
 My best pren,..Tuan Haji Laluan Sutera..semoga muka aku akan diabadikan dalam karya beliau yang seterusnya..
Aku nak membuta time nih..puan sebuk layan sms dengan member yang tak dapat barang sampai balik...sian dia..kami ni pun nasib baik Allah tunjukkan jalan,kalau tak,nasib kami pun sama agaknya..Ok tu je update Benua China sampai kehari terakhir.Next trip mungkin sebelum Ramadhan kalau Allah izin untuk dagangan sebelum raya..wassalam.

Zong Da day 3

Hari ketiga ni memang satu hari penuh kami habiskan masa untuk beli barang CEMILAN STATION,nak ikutkan rasa memang nak termuntah tengok seluas kawasan tu penuh dengan barang yang sama cuma berbeza harga dan ramah tamah penjualnya.Naik ringan kaki bila teringat jelajah kawasan ni..

Kedai ni nampak je comel dan kecik..tapi sebenarnya,pemilik kedai ni ada beberapa buah kilang yang terletak beberapa KM dari sini..so kalau order barang tu kena tunggu dalam satu jam untuk kita dapat lihat pesanan tadi.


Ini baru satu lorong,sedangkan kanan dan kiri ada lima-enam lorong lagi sejauh 300 meter..Malas nak kira ada berapa kedai sebab sambil jalan kami fokus pada barang yang kami nak beli sahaja,kalau tak alamat sampai esok la kami kat situ..

Kedai yang puan singgan ni agak selesa untuk kami merehatkan kaki..Kat sini je berapa banyak duit tokeh tu dah sapu..ekekeke..barang masih atas kapal kot..sampai sekarang lom sampai..
Tempat ni memboringkan aku sebab satu tingkat ke satu tingkat agak jauh kena menapak..malas nak pegi sini lagi...ini kira satu kompleks juga..tapi segala macam kenderaan ada kat dalam sini..beskal,beca,motor elektrik..memacam lagilah..sebab itu kenderaan paling fleksible boleh hangkut barang yang berat.
Ini kenderaan nama dia aku tak sempat tanya,macam beca tapi guna dynamo elektrik untuk mengangkut kain.
Kat sini jangan harap kalau nak dapat ais kacang atau cendol mamak..ekeke..
Tak jadi beli sebab lari tajuk,bila dah balik sini menyesal tak beli sebab baru dapat idea nak boh kat mana..adehh..
Belah petang dekat nak maghrib singgah kat sini beli bunga palsu.Ujan la plak masani,sib baik apek tu layan borak sementara tubggu puan pilih memilih..

Siap packing tunggu lori sampai malam esok..

Wednesday, May 23, 2012

Ahdan - Permaisuriku Instrumental



Iklan ni memang mengasyikkan,thanks bro atas sumbangan lu..walaupun lu gasak je..tapi bole la masuk telinga time time mcmni..

China 2nd day

 Pagi tu macam biasa,no breakfast,tapi makan Korma Mariyami sebelum bergegas ke area One link sekali lagi untuk dapatkan beberapa barang CEMILAN STATION.Hari kedua ni kami lebih detail jelajah kawasan yang lebih jauh dan sambil tu memacam drama aku dapat lihat tentang keadaan masyarakat kat sana,ada yang kena maki hamun sebab cross parking..tapi pesalah buat tak tahu je sebab dia memang salah dan benda tu sattle macam tu jek..budaya maki hamun tu agak biasa kot kat sana,yang bagusnya pesalah tak la bertekak sama macam kat sini sambil menegakkan benang basah....ekekeke..Kami jadi trainer pagi tu sebab guide dua coupple ngan anak dia 6 bulan utk ke one link cari soft toys utk kedainya..sampai one link kami berpecah dan aku nak ke area sebelah selatan.
 Ini satu kawasan barangan kering dan keadaannya agak lengang sebab masa aku lalu area ni suasana masih pagi,ada yang baru nak buka kedai.

 Cili padi kering ni kot salah satu herbs yang tak dapat kalau kita cari kat malaysia.
 Sample kotak memang banyak berlambak tapi Puan tak berkenan design,aku pula tak berkenan harga,so kita lalu jek sambil teruskan mencari.
 Ini udang kering gread supper AAA kot..sebesat ibu jari kaki..!!
 Jus limau fresh ni paling terbaik kalau kita minum time haus..aku tak beli yg botol kecik dalam gambar tu,tapi minta tokey tu buatkan aku utk 500ml,harga kalau duit dia memang mahal kot,lau duit kita bole kata ada sket murahlah dalam 10 hengget duit kita utk 500ml,ok apa..segelas presh oren kat warung dah 3 hengget,pakai sebiji setengah je..campur air lagi..ais lagi...yang ni utk dapat 1/2 liter gunakan hampir 20 biji limau dan tak dicampur air langsung...memang best..!
 Dalam tengahari kitaorg berdua gerak ke New Asia utk tinjau tempat Gedjet dan iphone..perghh..naik juling biji mata tengok barangan kat sini..Puan sedang cross jalan melalui pagar besi yang sengaja direnggangkan utk ke area sebelah sana..nampak memang berjaya melepasinya..aku yang tak lepas terpaksa pusing dekat 400 meter nak ke seberang..perut lepas..bumper blakang plak spoil..!adehh..

 Ni dia tempat gedjet yg aku cerita tadi..ini cuma salah satu je..ada berpuluh lagi tempat mcmni kat Guangzhou..
 Balik hotel naik kenderaan rasmi..dan gambar ni diambil dari arah angkasa lepas..!!penumpang dia tak bagi helmet..yg dia pulak pakai helmet pink colour..!!

 Mkn malam kat restoran Abdullah.Cina muslim punya tempat dan dapat jamah nasi malam tu..legaa..
 Marang Kerapu masak chinese style..
 Ini kambing bakar tak boleh tinggal,sebab masih terasa-rasa kat tekak aku sampai sekarang..!!next trip ni kalau sempat memang aku nak gasak lagi,,

 Lepas dinner kitaorg berpecah group lagi sekali utk tinjau Baijing lu..tak banyak beza macam Petaling street..cuma kiri kanan jalan ni sebenarnya banyak butik-butik ekslusif..khas utk trap tourist..be ware..!!
 Replika kawasan kerajaan Dinasti Ming yg mana ditembok keliling dengan gelaran kerajaan tembok besar.
 Benda ni kedudukannya terletak 7 kaki kat bawah tanah dan ditutup dengan kepingan kaca seluas 10 x 20 meter persegi.Merupakan laluan atau jalan yang dibena oleh kerajaan dinasti Ming.Artifak bersejarah ni masih elok terpelihara walaupun dah menjangkau 644 tahun..
Selesai memborong ismon kami balik hotel segera sebab esok pagi nak pegi area Zong Da pula..hari ketiga next update lah..

Sunday, May 20, 2012

Friday market day 1

 lebih kurang jam 1 pm aku singgah kawasan pasar jumaat untuk makan tengahari.Sampai je kawasan nampak lengang dengan pengunjung sebab ramai yang dah kekawasan masjid tertua di Guangzhou,aku pulak sebab musafir lalu ambil kesempatan makan dulu makanan kegemaran masyarakat sana..tu dia satay kambing terbaik pernah masuk tekak aku..order 5 batang starting takut tak boleh layan rempah orang sana,..rupanya tambah lagi lima batang sebab rasa yang sungguh hebat..ekekek..
 Suasana sekitar pasar jumaat..tak ramai orang sangat,apa yang best kat pasar ni..semuanya jual makanan halah/muslim food sebab penghujung pasar ni jalan menuju masjid.
Nak cari Tempe tak jumpa plak..pak Mat tempe pun tak jumpa.
 Inilah kambing bakar atau satey kambing yang aku huru harakan tadi..datang china tak makan menda ni dan minum teh dia..tak cukup syarat namanya..

 Jalan masuk menuju Masji Abi Waqas masih lengang masa aku naik,kena cepat sebab bila jemaah turun nanti,lorong sempit ni jadi sesak.

 Jemaah selesai solah aku dah get ready berdiri atas tebing nak beri laluan sementara tunggu perkarangan masjid kosong.Turn aku dan Puan nak solah pulak sambil melepakkan diri dalam masjid.
Masjid Assahabi Abi Waqas

 Hasil senibena tamadun lampau yang masih terpelihara sampai sekarang dan masih gah.
Pintu masuk masjid

                                                   Masjid dari pandangan hadapan.


Ini tulisan macamana baca pun aku tak dapat nak nolong tapi lebih kurang macam jangan buang sampah merata rata kot sebab kawasan ni bersih...bunga ayat je panjang,tapi maksud pendek je..


Model utama dalam ini gambar ialah isteri aku yang sentiasa ada dengan aku,walaupun sakit kaki                             kepenatan.Next,aku sambung kembara aku kat area branded watch tapi masatu hujan,tambahan dah penat sebab tak cukup rest dari malam tadi,tak de mood nak jalan lagi dah..kepala dah ingat bantal kat hotel jek.Lagipun barang yang aku nak beli tak ade kat area tu..

Tahan Tut tut dan tunjuk kad hotel,dengan pantas driver tu bawak kitaorg balik hotel dengan bayaran 10 hengget duit kita.
Inilah wajah tukang gambar dalam ini trip dan diambil semasa naik kenderaan roda tiga dipanggil tut tut yang aku cerita tadi.Selamat sampai hotel terus terbongkang sampai kul 6,dan siap salin kitaorg turun bilik untuk makan malam jam 6.30 pm kat restoran Pak Abu.
Ini lempeng atau roti prata minah arab makan aku tumpang snap jek.
Selesai hari pertama kembara mencari harta karun di bumi Guangzhou.Esok paginya aku start jalankan misi aku mencari barang dagangan yang bakal aku bawa pulang ketanah air,so next update ya..for second day..