Wednesday, November 2, 2011

Teknik baru merampas traffik



Aku macam terpanggil nak share maklumat ni kepada para marketer atau para peniaga online.Sekarangni memang orang berlumba-lumba nak buat promosi terbaik bagi menaikkan trafik dalam iklan atau website mereka,apa pun teknik ini memang sah dan aku pun dah buat kajian teperinci.Aku tak nak highlight nama teknik ni sebab aku bukan affiliate nak promote hasil kerja orang,so korang carilah kat google dengan namanya yang ganas padahal benda ni boleh dapat secara percuma dari laman laman hacker,si mamat india ni pula mengambil kesempatan buat jualan pula..sapa jumpa peluang dan nampak jadi duit,maka itulah peluang keemasan dalam perniagaan online.Aku dah serik kalau suruh membeli system atau apa jua produk berasaskan hasil rampasan utk diniagakan..memang jawabnya tak boleh bertahan lama.Sampai bila teknik ni berkesan berbanding teknik kuno yang nampaknya mampu bertahan sampai sekarang,aku pun tak pasti.Sepatutnya para hacker yang kat luar sana tu,berhati-hatilah dengan hasil kerja korang yang korang share..sebab kat dunia online sekarangni ramai orang yang rakus dan tamak mengejar kebendaan semata berbanding perkongsian ilmu.Paling penting dalam hal ini,kita berusaha sebaik mungkin menarik pengunjung ke laman sasaran bagi meningkatkan jualan,kalau dapat biarlah cara berhemah,tak menyusahkan orang lain,tak memaksa orang lain dan bukan hasil kerja orang lain.semoga bermanfaat.

No comments: