Wednesday, March 16, 2011

Matawang Dinnar Iraq.



Assalamualaikum...

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit mungkin fakta penting kepada anda diluar sana mengenai isu matawang Dinnar Iraq yang kononya buat masa ini sedang diapungkan dan menunggu masa yang sesuai untuk diletakkan dalam nilai matawang dunia pada bulan April nanti.

Semalam seorang sahabat menawarkan untuk menjual IQD 25,000 kepada aku dengan nilai rm 300.00.Nampak teruja juga bila ditawarkan harga tersebut dan akan dijual dengan nilai hampir rm 20 000 pada bulan april nanti berasaskan tukaran matawang USD,tapi apa yang membuatkan aku agak sangsi ialah dalam masa yang sama aku juga menerima tawaran IQD 25,000 dengan nilai Rm 150 sahaja..!nampaknya nilai IQD ni tak payah tunggu bulan April pun dah ada naik turun nilainya dipasaran gelap Malaysia..

Apa yang aku risau akan berlaku lambakkan matawang ni diseluruh dunia dan akhirnya nilainya hanya ditentukan berdasarkan jualan kepada sesama kita di Malaysia,bukannya dengan tukaran USD...lawak betul bila aku kaji balik business yang boleh aku kategerikan sebagai business berkonsep perjudian ini.


Kepada anda diluar sana bila anda dapat sumber sama seperti apa yang aku tulis dalam blog aku ni..batter be careful..!buat dulu kajian dan selidik dahulu sebelum buat pelaburan ok.

Kalau ditakdirkan rakan anda akan jadi jutawan pada bulan April nanti..itu rezeki yang Allah beri..anda mungkin tak bernasib baik...tapi sekiranya rakan anda pula yang melayang rm 1500 atau lebih bulan April nanti...itu tandanya Allah selamatkan anda dari unsur penipuan dalam perniagaan...

Renung-renungkan...

No comments: