Saturday, July 31, 2010

HPI Baja 5B Buggy - How to Tune

HPI 1/5 Baja 5B RTR RC Buggy






Assalamualaikum..

Aku sesaja je minat kat mainan ni,kalau anda ada kemampuan bolehlah beli satu sebagai koleksi peribadi.Harganya mencecah Rm 4000 satu unit..memang tinggi kos kepada sesiapa minat hobi ni.Jom kita semak spesifikasinya.


Baja Style Roll Cage
HPI Dirt Buster Tires For Guaranteed High Traction On All Surfaces
4 mm Aluminum Chassis
Massive 23 cc Gasoline Engine
35 Minute Run Time
Pull Start
Ready to Run
FM Radio Included

Chassis:
Over all Length 817mm
Height: 255mm 1G (280mm with 0G)
Width: Front 460mm / Rear 480mm
Tyre Track: Front 395mm / Rear 400mm
Wheelbase: 570mm
Right height: 76mm
Suspension travel: Front 95mm / Rear 100mm
Weight: 9.6kg (21.3lb)
Camber: adjustable front with shims rear with screw
Front caster: adjustable with shim 22 / 25.5* / 29 degrees (* stock)
Toe-in: adjustable front with tie rod rear with shims 2 / 3* / 4 degree each side(* stock).
Air craft aluminium 6061 T6 monocoque chassis
Double wish bone suspension with adjustable roll center F/R
Twin plate ventilated disk brake
Drive system: HD metal gears with sealed gear box (8.382:1 gear ratio)
Diff: torque control viscous with 4 pinon gears sealed diff case with silicone oil.
Shock absorber: 5 adjustable dampening and fully adjustable coil over spring
Wheel type: 3 pcs with high impact nylon material.
Engine:

2 cycle piston valve gasoline engine
Cooling system: air cooled
Displacement: 23cc
Maximum output: 2.4ps
Fuel: pre-mixed fuel, 25 (Gasoline) : 1 (High grade 2 cycle engine oil)
700cc capacity fuel tank
Starter Recoil: starter

Radio:

FM radio system with fail safe system
Steering servo: Hi torque water resistant 25kg.cm with Speed 0.16sec/60 degree
Throttle servo: Hi torque water resistant 6kg.cm with Speed 0.16sec/60 degree
Recovery battery: 6V rechargeable NiCad battery

Specifications:

Length: 32.2 in (817mm)
Front Width: 18.1 in (460mm)
Rear Width: 18.9 in (480mm)
Height: 10 in (255mm) with 1G, 11 in (280mm) with 0G Requires: Unleaded Gasoline and oil
Ride Height: 3 in (76mm)
Suspension Travel: Front 3.7 in (95mm), Rear 3.9 in (100mm)
Weight: 21.3 lbs (9.6kg)(approx.)

Mutiara

Ladang mutiara di Indonesia
Assalamualaikum..

Mutiara adalah objek bulat, keras yang dihasilkan oleh sesetengah haiwan, terutamanya moluska seperti tiram. Mutiara digunakan sebagai perhiasan dan juga dihancurkan dalam penghasilan cat atau barangan komestik. Mutiara dihargai sebagai batu perhiasan dan dituai atau diternak sabagai barang kemas.

Mutiara terhasil dalam cangkerang sesetengah moluska dwicangkerang. Sebagai tindak balas kepada bahan asing dalam cangkerangnya, moluska tersebut akan menyalut lapisan kalsium karbonat (CaCO3) dalam bentuk galian aragonite atau kalsite (keduanya membentuk kristal dalam bentuk kalsium karbonat) yang digam oleh sebatian seperti tanduk organik yang dikenali sebagai conchiolin. Sebatian kalsium karbonat dan conchiolin dikenali sebagai nakre, atau sebagaimana yang lebih dikenali, ibu mutiara (mother-of-pearl). Kepercayaan umum bahawa sebutir pasir bertindak sebagai pencetus sebenarnya jarang berlaku. Rangsangan yang biasa termasuklah bahan organik, parasit, atau kerosakan yang menggantikan tisu kerang ke bahagian lain haiwan tersebut. Serpihan kecil atau organisma ini masuk kedalam cangkerang ketika kulit tiram terbuka semasa,... makan atau respirasi. Dalam tiram ternak, pencetus biasanya ialah potongan serpihan kulit, bersama dengan manik cangkerang diproses, gabungan yang mana diterima oleh tiram dalam kulitnya.

Mutiara digunakan oleh kaum wanita sebagai perhiasan diri. Ia melengkapi aksesori seperti cincin, rantai, mahkota, serta gelang.

Mutiara didapati dari dalam spesies hidupan laut iaitu tiram. Adakah tiram menggunakan mutiara untuk menarik minat tiram lain? Jawapannya ialah tidak. Mutiara sebenarnya bertindak sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Jika ada benda asing yang cuba menghampirinya, tiram akan melindungi diri dengan satu lapisan yang ia keluarkan. Lapisan itu bersatu membentuk objek sfera iaitu mutiara. Jadi, haiwan-haiwan yang mengancam keselamatan tiram akan takut dengan kewujudan mutiara!

Walau bagaimanapun, bagi manusia, ia menjadi objek buruan. Ini kerana mutiara sangat cantik dan mempunyai nilai harga yang tinggi. Orang Jepun misalnya, memasukkan sejenis bahan asing ke dalam tiram. Mereka mahu tiram membiak dengan menghasilkan banyak mutiara di sekelilingnya.

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Mutiara#cite_note-1

Friday, July 30, 2010

Antara Kelebihan bulan Sya`ban.

Assalamualaikum..

Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit,...itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:

Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.

Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:

Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan.


FADHILAT SYA'BAN

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina 'Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya'ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahu kami Sufian bin 'Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina 'Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab : Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata : Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda s.A.W berbuka sehingga kami mengatakan : Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya'ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya'ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya.

(Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)

4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina 'Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya'ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)

5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kau telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W : Bulan apa? Aku telah berkata: Sya'ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya(diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Maka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W : Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa.

( Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi )

Semoga sedikit sebanyak mampu menambah ilmu untuk kita gunakan menuju jalan yang diredhai...Aaaminn..Wassalam.

sumber: http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH2,http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic41_2003.htm

Keris Taming Sari


Asalamualaikum..

Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan... Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.

Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka.
Ketika Sultan Mahmud meninggalkan Melaka, baginda membawa keris ini bersama ke Kampar, Sumatera. Baginda kemudiannya telah mengurniakan Keris Taming Sari ini kepada anakanda baginda, Raja Mudzaffar, yang kemudiannya berangkat ke Perak. Keris Taming Sari inilah yang telah digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Keseluruhan sarung keris ini diselaputi oleh dedaun emas.

Persoalan yang aku nak timbulkan dari keratan artikel diatas ialah,sebenarnya kenapa Hang Tuah tu berkait rapat dengan senjata powernya tu.Aku ambil sastera juga masa STPM dulu tapi masa tu hikayat Hang Tuah tu satu hikayat yang memeningkan kepala aku.
Jadi tak banyak persoalan aku timbulkan.Kenapa Keris Taming Sari dianggap sakti pada pembuatnya dan juga kepada orang yang merampasnya?Kalau benar Taming Sari berada dalam genggaman Sultan Perak,apakah Baginda tu kebal juga?Apa cerita pula dengan mitos mengatakan Hang Tuah mencampakkan keris tu dalam sungai melaka?Aku rasa mitos ni dah jadi rojak kot..entah mana satu betul.Apa-apa pun aku terpanggil tulis N3 ni sebab ada orang cerita pasal keris masa aku serapan kat warung pagi tadi..ceritanya setelah diringkaskan berbunyi begini.."sesiapa dapat mencampurkan 23 jenis keluli menjadi satu batang besi,maka besi tu layak bergelar raja besi macam keris Taming Sari,Tapi kena campur dengan satu benda waktu gilapan kali terakhir sebelum keris tu siap.."
Nak tahu apa benda campuran tu...sekali ada satu lori lalu kat depan warung,ngam-ngam tayar belakang pecah...apa lagi..si tukang karut tak sempat nak habiskan cerita terus je meluru ke tempat kejadian..macam ambulan pulak aku tengok...aku dengan sorang lagi brader terpinga-pinga....macamana ni..cerita tadi apa cerita..?brader tu selamba rock je jawab,kasi campur semua dia makan ngan semua dia minum pastu ko pegi bayar...huhuhu...zakat pagi Jemaat..!

Tuesday, July 27, 2010

Konvo Cik Ayup..





Assalamualaikum..

Majlis konvokesyen Adah@Ayup berjalan ngan lancar walaupun belah petang.Apa-apa ni sebahagian gambo-gambo yang masuk dalam lens aku,dan tahniah dari Abang dan kakak..!

Rhu muda


Pulau tulah pulau Kapas...agaknya ada banyak pokok kapas kat sana kot..?








Assalamualaikum..

Aku sampai lagi ke Terengganu.Kalau haritu kat Pantai Menggabang,kali ni aku stay kat Anees Challet dan Rhu Muda Beach Resort.Tak banyak beza dua tempat ni sebab jarak antara keduanya lebih kurang 25 km namun masih pantai yang sama menghadap laut Cina selatan.Ombak memang kuat dan tak sesuai untuk mandi.
Masa menginap kat Anees aku tak dapat nak shoot matahari naik waktu pagi sebab laut masa tu berkabus,tapi kat Rhu Muda agak ok jugalah walaupun ada kabus sikit.Kalau musim panas baru dapat panorama menarik bila waktu pagi.
Seronoknya musim tengkujuh ni,cuaca tak berapa panas dan sebelah petang agak redup,bolehlah nampak kawasan laut.Pantai Ketapang sekarang dah tak sama macam yang pernah aku dengar dulu,dah tak cantik sebab pantainya makin terhakis.Sampah pun banyak kat situ.
Kat Anees aku serapan nasi nemak lauk ikan.Kat Terengganu memang trend kalau nasi lemaknya begitu rupa.Aku bedal je walaupun tak direkmend oleh tekak.
Ada masa "jalang-jalang Ghanu".Aku tak habis jelajah lagi..sapa tahu ada rezeki dapat ke seberang pulau tu.Masa aku tengok matahari naik..kat sebelah sana tu ialah pulau kapas.Sebelah pulau Kapas tu pula Pulau Gemia.Tapi tak sempat nak shoot pulau kecil tu tapi mahal-mahal belaka resort kat sana...

Friday, July 23, 2010

Russian Hidden Camera

Tak balik modal..

Illution..

Now stand up and take several steps back, roughly 15 feet away,

It will become... Marilyn Monroe.





Assalamualaikum..

Tenangkan minda sambil tengok gambar-gambar ni.Click pada gambar untuk zoom image..enjoy it..

Increase your firefox speed



Assalamualaikum..

Sedikit fakta untuk tingkatkan kelajuan firefox anda.Aku mulanya kurang yakin,namun selepas ujian yang aku jalankan pada firefox aku..hasilnya menakjubkan.Jom shere..
Sebagai peringatan,anda haruslah mengikut langkah demi langkah,kalau tersilap satu step..anda akan gagal mendapat had laju sebenar,selamat mencuba.

Firefox is in my opinion the best browser ever made until now. It includes:
-improved tabbed browsing
-pop up blocking
-integrated Goggle search
-enhanced privacy controls
-built-in phishing protection
-online spell checking
-lots of themes, interfaces, and extensions/addons

Mozilla Firefox officially supports:
-Microsoft Windows
-Linux
-Mac OS X

Unofficial Support:
-Free BSD
-OS/2
-Solaris
-SkyOS
-BeOS
-XP Professional x64 Edition

Now here are some Tips&Tricks that can help you double the speed of Firefox.

1. Type about:config in the address bar and then press Enter.

2. In the filter search bar type network.http.pipelining. Be sure the value field is set true,if not double-click to set true. HTTP is the application-layer protocol that most web pages are transferred with. In HTTP 1.1, multiple requests can be sent before any responses are received. This is known as pipelining. Pipelining reduces page loading times, but not all servers support it.

3. Go back to the filter search bar and type network.http.pipelining.maxrequests. Double-click this option and set its value to 8.

4. In the filter search bar and type network.http.proxy.pipelining. Once opened doubleclick on it and set it to true.

5. In IPv6-capable DNS servers, an IPv4 address may be returned when an IPv6 address is requested. It is possible for Mozilla to recover from this misinformation, but a significant delay is introduced.
Type network.dns.disableIPv6 in the filter search bar and set this option to true by double clicking on it.

6. CONTENT INTERRUPT PARSING
This preference controls if the application will interrupt parsing a page to respond to UI events. It does not exist by default. Right-click (Apple users ctrl-click) anywhere in the about:config window, select New and then Boolean from the pop-up menu. Then:
A. Enter content.interrupt.parsing in the New boolean value pop-up window and click OK
B. When prompted to choose the value for the new boolean, select true and click OK.

7. Rather than wait until a page has completely downloaded to display it to the user, Mozilla applications will regularly render what has been received to that point. This option controls the maximum amount of time the application will be unresponsive while rendering pages. Right-click (Apple users ctrl-click) anywhere in the about:config window, select New and then Integer from the pop-up menu.
A. Enter content.max.tokenizing.time in the New integer value pop-up window and click OK
B. You will be prompted to enter a value. Enter 2250000 and click OK.

8. CONTENT NOTIFY INTERVAL
This option sets the minimum amount of time to wait between reflows. Right-click (Apple users ctrl-click) anywhere in the about:config window, select New and then Integer from the pop-up menu.
A. Type content.notify.interval in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 750000 and click OK.

9. CONTENT NOTIFY ONTIMER
A. This option sets if to reflow pages at an interval any higher than that specified by content.notify.interval. Right-click (Apple users ctrl-click) anywhere in the about:config window and select New and then Boolean from the pop-up menu.
B. Type content.notify.ontimer in the New boolean value pop-up window and click OK.
C. You will be prompted to choose the value for the new boolean. Select true and click OK.

10. Notify Backoffcount
This option controls the maximum number of times the content will do timer-based reflows. After this number has been reached, the page will only reflow once it is finished downloading. Right-click (Apple users ctrl-click) anywhere in the about:config window and select New and then Integer from the pop-up menu.
A. Enter content.notify.backoffcount in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 5 and click OK.

11. CONTENT SWITCH THRESHOLD
You can interact with a loading page when content.interrupt.parsing is set to true. When a page is loading, the application has two modes: a high frequency interrupt mode and a low frequency interrupt mode. The first one interrupts the parser more frequently to allow for greater UI responsiveness during page load.
The low frequency interrupt mode interrupts the parser less frequently to allow for quicker page load. The application enters high frequency interrupt mode when you move the mouse or type on the keyboard and switch back to low frequency mode when you had no activity for a certain amount of time. This preference controls that amount of time. Right-click (Apple users ctrl-click) anywhere in the about:config window and select New and then Integer from the pop-up menu.
A. Enter content.switch.threshold in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 750000 and click OK.

12. NGLAYOUT INITIALPAINT DELAY
Mozilla applications render web pages incrementally, they display what’s been received
of a page before the entire page has been downloaded. Since the start of a web page
normally doesn’t have much useful information to display, Mozilla applications will wait
a short interval before first rendering a page. This preference controls that interval. Rightclick (Apple users ctrl-click) anywhere in the about:config window and select New and then Integer from the pop-up menu.
A. Enter nglayout.initialpaint.delay in the New integer value pop-up window and click OK.
B. You will be prompted to enter a value. Enter 0 and click OK.

Sumber asal:Patrick Dallas USA.(http://www.thefreeadforum.com/vbull/)

Thursday, July 22, 2010

Pokok Tembusu




Assalamualaikum..

Pokok kayu ni boleh dijelaskan lebih jelas melalui fakta dari wikipedia berikut.

Pokok Tembusu Padang tumbuh sehingga 30 meter (98 kaki) tinggi, dan hidup biak dalam tanih berlempung yang tidak subur. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

Kulit kayu: Mempunyai fisur-fisur tegak yang dalam dan yang merupakan ciri utama pokok ini.
Daun: Disusun dalam bentuk pilin yang rapat pada hujung dahan-dahan yang terlangkup.
Bunga: Amat kecil, berbentuk trompet, berwarna putih kuning, dan amat wangi. Pokok ini berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun, dan dari Oktober hingga November.
Buah: Berwarna jingga terang ketika masak. Isinya benyek, dan dimakan oleh kelawar, burung, dan keluang. Biji-biji yang keras disebarkan melalui tahi haiwan-haiwan itu.
Kayu: merupakan sejenis kayu keras berat, tahan lama, dan sering digunakan dalam industri balak.

Pokok kayu ni banyak terdapat dikawasan Pahang.kat medan sedang hangat jadi bualan yang mana kayu tembusu ni boleh buat duit..ada cara macamana nak dapatkan duit dari kayu ni.

Aku pun berminat juga bila ada pembeli sanggup membayar hingga ratusan ringgit bagi setiap 1 kaki panjang dan diameter 8 hingga 10 inci..
masa aku kerja di hotel dulu,kayu ni dijadikan lesung khas untuk membuat sambal belacan,ada juga yang dijadikan kayu alas pemotong(chopping board)zaman dulu pula kayu ni dijadikan tiang selain bahan binaan untuk bangunan..!

Wednesday, July 21, 2010

Masjid Terapung Penang.






Assalamualaikum..

Kat area Penang aku memang dah lama terniat nak turun masjid Terapung Tanjung Bungah kawasan Tanjung atau Tanjung Tokong.Masjid ni baru didirikan menggantikan masjid lama yang terletak tak jauh dari kawasan masjid baru.Struktur binaan memang amat luar biasa.Lokasi yang strategik membuatkan aku hampir terpukau melihat kahalusan senibinanya.
Sebenarnya masjid ni tampak lebih menarik bila waktu malam,tapi aku sampai sana dah petang selepas "pekena"kuew Tiow goreng penang style kat kawasan gerai majlis.Walaupun kurang"kick"tapi aku habiskan jua.Mula-mula takut nak singgah gerai tu sebab muka mak cik tu macam cina..nasib baik org kita.Aku masih belum dapat makan Kuew Tiow penang style yang sebenar,mungkin belum jumpa tempatnya kot.mee Udang Penang style..?aku rasa perak style lagi best kot kat Kuala Sepetang tu..

Mee Ketam


Assalamualaikum..

Restauran ni aku rasa kalau pelanggan luar datang pasti mereka akan kata,patutlah nama dia "bubuh"cuba rasa...pas ni pelanggan tak "mai"lagi.Tempat memang ok lah kot,tapi tang menu pula yang aku tak gemar.Mungkin tak kena pada tekak Jawa aku kot.isteri aku dok mengorder mee Ketam,aku pulak Nasi goreng Udang..hasilnya tekak kami mengatakan "Tidak"lokasi tu korang cari sendiri lah ye kat area Kulim tu.Aku takut kang orang kata aku "kondem"Restauran ni bukan apa,lokasi dan bangunan dah ok,tapi aku tak tahu kenapa..tang makanan dan airnya tak memenuhi tekak aku..Fresh Oren jadi air oren kordial....tengok warna je dah tahu...hampeh..!
nasi goreng aku tu dapat udang 2 ekor je..rasa pulak tu aku susah nak explain..mee ketam tu boleh dipanggil mee tomato kot..apa-apa pun aku kasi 2 bintang saguhati kat restauran ni sebab aku kebuluran masa tu..
Aku bukan niat nak kasi down business orang tapi komen aku ni cuma nak restauran tu berubah atau mengubah gaya masakan agar lebih baik dari yang sedia ada.variasi masakan itu amat penting supaya pelanggan bebas membuat pilihan.Sebagai contoh sekiranya sebuah restauran tu hanya ingin memperkenalkan satu jenis menu sahaja,menu tersebut haruslah benar-benar sempurna dan lazat.Kalau di Johor ni banyak restauran yang menggunakan taktik begitu seperti Ahmad Shah Biriyani,Ali Asam Pedas dan banyak lagi.
Semoga lain masa kalau aku singgah restauran tu akan ada banyak perubahan yang memberangsangkan.

Sungai Petani



Assalamualaikum..

Aku sampai Sungai Petani dah petang dan terus menginap kat Sungai Petani Inn.Malam tu pun malas nak meronda,bantai tido je.Esok pagi aku ngan Soki merayap ke kawasan Kampung Merbok sebab nak juga tengok apa tu Bujang valley.So lebih kurang 25km perjalanan dari hotel akhirnya sampailah aku kat sana.Tempat tu sebenarnya kuil Hindu,tapi niat aku bukan nak ziarah kuil,aku nak tengok kawasan penempatan manusia seawal tahun 1845 yang lampau.Tak de yang menarik sangat selain mendaki bukit yang agak tinggi dan sentiasa terhidu haruman orang makan sirih.Telinga pun agak pekak sikit sebab kuil tu dibina atas bukit atau kaki gunung sebenarnya.
Segala artifak peninggalan manusia terawal kebanyakkannya telah disimpan di Muzium.Aku tak berapa enjoy sebenarnya pergi lembah Bujang ni,tapi itulah kata orang,ada tempat kita teringin nak pergi tapi sampai mati baru dapat kesana,ada tempat kita tak pernah plan nak pergi,sesadar kita dah terconggok kat sana..macam-macam hal..


Petang tu balik dari Merbok aku ngan Omi Soki sekali pergi tengok padi secara live..perghhh...aku pun sama jakun sebab tak pernah nampak depan mata,tau makan je..kebetulan time tu padi ada yang dah dituai dan ada yang tengah tunggu masa nak masak..haa...ini best.Lain kali kalau ada kesempatan macam ni aku akan turun sawah dan menuai padi bersama-sama mereka..

Tuesday, July 20, 2010

Kedah Darul Aman



Assalamualaikum..

Trip kali ni aku meround utara lagi dan singgah sebentar di negeri Jelapang padi.Bermula dari Alor Setar dan Sungai para Petani.Alor Setar ni Macam medan juga tapi medan versi 2020,bandarnya sedikit sebuk sebab semua jalannya sama nama iaitu jalan sehala.Kalau salah masuk lorong alamatnya satu bandar kasi pusing.Aku tak banyak masa untuk pusing Alor Setar sebab cuaca panas melampau dan tak bagus utk kesihatan.Tang makanan kat sini,biasalah...kalau dah tekak Jawa tu Jawa juga...so malas aku nak ulas.Aku cuma nak cerita Masjid yang dibina seawal tahun 1912 dan diilhamkan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II,iaitu Masjid Zahir Alor Setar.Sayangnya aku belum berkesampatan nak solah dalam masjid ni,sempat ambil gambar je..insyaAllah lain masa aku akan Solah dalam masjid indah ni.Aku sebenarnya kagum dengan kehalusan seni binanya dan masih utuh sehingga sekarang.

Alor Setar juga terkenal dengan nama Syad Mokhtar Al-Bukhary sebagaimana yang pernah aku ceritakan dalam N3 aku yang lepas.

Aku sempat Solah Jumaat sewaktu kunjungan aku yang sudah,kali ni cuma kat tepi jalan dan perkarangan masjid sahaja sebab dah tak cukup masa.Ada juga gambar yang sempat aku cekup untuk kenang-kenangan.
Ok next update kita tinjau apa ada kat Sungai para Petani...
Wassalam.

Tuesday, July 13, 2010

VIVA ESPAÑA!



Assalamualaikum..

Akhirnya perlawanan yang memakan masa 120 minit memihak kepada Spanyol sebagai juara baru bolasepak piala dunia bagi tahun 2010.Semoga tahun 2014 di Brazil nanti spain dapat mengekalkan kejuaraan tersebut.Aku taklah terlalu taksub dengan pasukan ini cuma suka corak permainan dan kekuatan barisan pertahanannya.Ahli pasukannya juga terdiri dari pemain kelab terkemuka dunia.Persoalannya,adakah dalam piala dunia di Brazil nanti Puyol akan bermain lagi..?aku rasa dia dah terlalu tua..mungkin selepas piala dunia ni Puyol akan bersara.Adakah Spain mampu mencari pemain pelapis setanding dengan barisan pemain Jerman dan belanda..?adakah Brazil sudah bersedia dengan skuad pemain zaman Ronaldo dulu..?aku pun tak tahu..Dan apakah Sara Carbonero akan dapat ciuman buat kali kedua didepan camera oleh Iker Casillas ..?atau mungkinkah..aku pun tak tahulahhh...!apa-apa pun Spain sudah membawa pulang piala dunia yang baru siap menggantikan piala dunia yang lama tapi reka bentuknya tetap sama..
Wassalam..