Assalamualaikum..
Sabtu semalam aku dikejutkan dengan deringan telefon jam 2.30 pagi,seorang makcik di Ampang meninggal dunia akibat barah.Beliau bertahan selama hampir 7 tahun selepas tamat menjalani rawatan termasuk kimo therapy,tapi akhirnya menyerah dengan panggilan ilahi.Meninggalkan suami dan 2 orang anak.Aku bergegas ke Bukit Belacan seawal jam 8.30 pagi dan sampai 3 jam setengah kemudian.Selesai menyembahyangkan mayat dan pengkebumian..., aku bertolak semula ke batu pahat.
Semoga cik Yunos tabah menghadapi situasi getir dan redha dengan ujian Allah yang sungguh berat ini.Segala usaha yang dilakukan semasa berubat adalah ikhtiar kita,tapi Allah mengakhiri semua ini dengan kadar segera.Kalau berat situasi di KL,baliklah ke sini kerana ada tugas yang penting perlu dilaksanakan.Apa-apa pun keputusan adalah yang terbaik untuk anak-anak yang sedang meningkat remaja.
Wassalam.
Sunday, April 25, 2010
Friday, April 23, 2010
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
Assalamualaikum..
1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis
2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka
3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan
kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.
4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan
5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan
6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda
7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana
ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami
BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan
kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi
sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.
8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.
9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh
meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.
10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya
ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
Oleh SUARAM.
Labels:
Bicara Ilmu
Khutbah Jumaat ,23 Apr 2010
Assalamualaikum..
Hari ini aku lewat sampai masjid seri medan sebab terlelap.Tengok jam dah pukul 1pm,solah Jumaat pukul 1.10pm.Siap wudhuk aku terus cargas ke masjid.Tajuk khutbah hari ni membuatkan aku banyak berfikir mengenai setiap amalan yang kita lakukan akan bersangkut paut dengan harta yang kita belanjakan.Sumber utama dari harta kita adalah punca segala-gala permasalahan yang bakal kita tanggung.Hampir 99 peratus kita mendapatkan harta yang bakal dibelanjakan untuk diri dan keluarga serta jalan kebajikan adalah berpunca dari wang Riba.Selain Riba,harta kita juga bercampur dengan harta syubahat.Aku hanya nak menasihati diri serta keluargaku dengan permasalahan yang mungkin kita kurang peka,atau buat-buat tak tahu sebab sayang dengan harta yang datang melimpah ruah.Dari mana dan bagaimana harta itu datang biasanya kita kurang ambil perhatian.Sampai satu peringkat...,aku tak dapat nak fikir kenapa dan bagaimana kita sebenarnya banyak menjelumuskan diri kearah itu.
Rumah yang aku beli,kereta yang aku pandu semua ada unsur Riba..Berbelanja dengan orang kafir padahal ada orang muslim disitu yang menjual barangan sama juga kita sebenarnya telah bersyubahat.Pokok pangkalnya kita perlu berusaha agar dapat berubah sedikit demi sedikit kearah jalan yang lurus dan diredhai.Ada sedikit ilmu perlulah kita gunakan berbanding banyak ilmu namun satu pun kita tak gunakan.
Aku suka nak nasihatkan keluargaku yang utama agar setiap detik perubahan kearah kebenaran merupakan titik pengorbanan yang begitu menyakitkan,namun kita tak akan kesakitan di akhirat kelak.Selalulah kita beristighfar dan memohon ampun atas segala kesalahan kita pada Allah dan berusaha menghindar dari melakukannya sekali lagi.Setiap sen dari harta syubahat dan Riba tak akan diterima Allah malah makin memarakkan lagi api neraka.Ketahuilah wahai sahabat,kita terhimpit dengan keadaan namun tak bermakna kita tak perlu berubah.Semoga kita berjaya mencari apa yang dipanggil harta yang Halal lagi Toyyibah.
Wassalam..
Hari ini aku lewat sampai masjid seri medan sebab terlelap.Tengok jam dah pukul 1pm,solah Jumaat pukul 1.10pm.Siap wudhuk aku terus cargas ke masjid.Tajuk khutbah hari ni membuatkan aku banyak berfikir mengenai setiap amalan yang kita lakukan akan bersangkut paut dengan harta yang kita belanjakan.Sumber utama dari harta kita adalah punca segala-gala permasalahan yang bakal kita tanggung.Hampir 99 peratus kita mendapatkan harta yang bakal dibelanjakan untuk diri dan keluarga serta jalan kebajikan adalah berpunca dari wang Riba.Selain Riba,harta kita juga bercampur dengan harta syubahat.Aku hanya nak menasihati diri serta keluargaku dengan permasalahan yang mungkin kita kurang peka,atau buat-buat tak tahu sebab sayang dengan harta yang datang melimpah ruah.Dari mana dan bagaimana harta itu datang biasanya kita kurang ambil perhatian.Sampai satu peringkat...,aku tak dapat nak fikir kenapa dan bagaimana kita sebenarnya banyak menjelumuskan diri kearah itu.
Rumah yang aku beli,kereta yang aku pandu semua ada unsur Riba..Berbelanja dengan orang kafir padahal ada orang muslim disitu yang menjual barangan sama juga kita sebenarnya telah bersyubahat.Pokok pangkalnya kita perlu berusaha agar dapat berubah sedikit demi sedikit kearah jalan yang lurus dan diredhai.Ada sedikit ilmu perlulah kita gunakan berbanding banyak ilmu namun satu pun kita tak gunakan.
Aku suka nak nasihatkan keluargaku yang utama agar setiap detik perubahan kearah kebenaran merupakan titik pengorbanan yang begitu menyakitkan,namun kita tak akan kesakitan di akhirat kelak.Selalulah kita beristighfar dan memohon ampun atas segala kesalahan kita pada Allah dan berusaha menghindar dari melakukannya sekali lagi.Setiap sen dari harta syubahat dan Riba tak akan diterima Allah malah makin memarakkan lagi api neraka.Ketahuilah wahai sahabat,kita terhimpit dengan keadaan namun tak bermakna kita tak perlu berubah.Semoga kita berjaya mencari apa yang dipanggil harta yang Halal lagi Toyyibah.
Wassalam..
Labels:
Bicara Ilmu
Wednesday, April 21, 2010
Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu
Assalamualaikum..
Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.
Semuanya gara-gara kad kredit...
Begini kesnya:
Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.
Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.
Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.
Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.
Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.
Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.
Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.
Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?
Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.
Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.
Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.
Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.
Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.
Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?
Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.
Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.
Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.
Panduan :
1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.
2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.
3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.
4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.
5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.
6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.
7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula.
Sumber Asal:Taman2 Syurga
Labels:
Bicara Ilmu,
Senyum Kambing
Saturday, April 17, 2010
Pasar minggu Parit Sulong
Assalamualaikum..
Seawal jam 10 pagi aku sampai Pt.Sulong.Orang dah start ramai terutama jalan menghala pejabat pos,memang penuh sesak..tak larat aku nak meredah lautan manusia.Ada para penjual dah mula tutup gerai sebab barang dagangan habis licin.
Pasar minggu ni aku mula pijakkan kaki waktu umur aku 6-7 tahun.Kawasan dan kemeriahan tetap sama cuma kenapa matahari sekarang begitu menyengat kawasan umbun-umbun kepalaku.Perghhh...asyik kerja nak mengelak dari jadi mangsa sinaran mentari pagi tu.
Kat mana-mana wak Batu Akik ni mesti ada,mungkin ada peminat dia sendiri kot..aku kurang minat tang batu Akik ni,kalu batu jemala patik minat kot.
Kat simpang hadapan pasar aku terlontar pandangan kat sorang saudagar penjual sayuran.Pucuk paku,Akar keladi(solor)dalam bahasa jawa dan cendawan apa ntah aku kurang pasti namanya tapi rasanya best..!Beli la jugak sebab dah amik gamba tadi.
Kalau nengok air bermacam warna kat sini rasa nak beli satu,nampak lagi nak beli satu..haa nampak lagi nak lagi satu lelama kembung minum air sebab ngikut nafsu sangat.
Tahu bakar ni pulak penuh nostalgia..8 tahun lepas masa memula balik dari KL,aku jual Tahu Bakar ni dalam bulan Ramadhan kat pasar Ramadhan Seri Medan,..Tu lah first time aku jumpa Isteri aku sekarang setelah terpisah lebih jutaan jam...dalam 5-6 tahun kot.Lepas tu kitaorang kawan balik terus aku melamar dia jadi isteri aku.Itulah pasal Tahu Bakar ni simbolik pertemuan kembali aku dengan kawan baik aku setelah lama terpisah,akhirnya jadi sayap kanan aku sekarang.
Siap beli barang untuk dimasak tengahari,aku zassss...balik kampung umah mak dan makan tengahari kat sana.oklah ni je sedikit sebanyak gambar dan cerita pasal Parit Sulong.Wassalam..
Labels:
Finepix s7000.
Zonjuly ialah Blog Aku yang santai dan damai...
Assalamualaikum...
Aku suka nak bagi tahu kepada para pembaca atau tetamu blog aku ni terima kasih atas kesudian anda melawat blog aku...terima kasih sekali lagi.Blog ni aku tubuhkan pada bulan kelahiran aku dan berkonsepkan santai dan lagi sesuka hati aku dan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama.Aku tak de niat nak menyakiti hati mana-mana pihak kedua sampai pihak kesepuluh.Blog aku ni juga bukan tempat atau gelanggang perdebatan politik sebagaimana blog-blog lain.Kepada encik Bajan,tempurungkelapa,pasirduabutir dan beberapa pengunjung yang lain yang telah aku delete komennya haraf maaf..sebab komen anda sebenarnya kurang sesuai dan bakal mengundang kemarahan pengunjung lain.Penggunaan kata-kata kesat dilarang sama sekali,apalagi melaga-lagakan pihak ketiga dan pihak kelapan belas.Aku sedar aku tak pandai menulis tapi semua yang aku tulis adalah atas dasar keikhlasan dan bukan nak menyakitkan hati mana-mana pihak.
Zonjuly adalah satu blog yang telus dan ikhlas dan bukan blog budak jahat.Segala rialiti dan fantasi dalam blog ni adalah ilusi dan imiginasi aku sendiri.Sekiranya ada artikel yang aku cedok dari blog lain akan aku tulis pada akhir kalam siapa pengarang atau sumber asalnya.Aku bukan perembat artikel orang dan aku juga telah pastikan segala artikel aku dalam zonjuly tidak boleh dicopy paste sesuka hati korang.Janganlah ada antara kita menganggap blog sebagai tempat melepaskan geram atas kesalahan orang lain,buruk akibatnya.Janganlah ada pihak-pihak yang tak berpihak pada mana-mana pihak merosakkan hasil seni aku sebagaimana yang pernah korang rosakkan dalam post aku kat teranungkite,marhain dan banyak lagi.Aku dah lupakan kisah silam tu ok.
Kepada para pembaca budiman,thank's sekali lagi kerana jadikan blog santai aku sebagai warong untuk menikmati santapan minda.
En Bajan dan beberapa orang yang tak berani letak link bila buat komen...udah-udahla tu merosakkan blog orang sana sini..korang ni kalu nak jadi pengkritik haruslah jujur dan berani..ini tidak,guna bahasa yang tak sedap dan memalukan.Aku anak jawa yang kaya dengan budi bahasa..makanan kegemaran aku ialah sambal tumis ikan bilis yang isteri aku buat..itu korang jangan lupa ok..!
Ok next update aku ialah pasar minggu Parit Sulong...tungguu...
Wassalam..
Aku suka nak bagi tahu kepada para pembaca atau tetamu blog aku ni terima kasih atas kesudian anda melawat blog aku...terima kasih sekali lagi.Blog ni aku tubuhkan pada bulan kelahiran aku dan berkonsepkan santai dan lagi sesuka hati aku dan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama.Aku tak de niat nak menyakiti hati mana-mana pihak kedua sampai pihak kesepuluh.Blog aku ni juga bukan tempat atau gelanggang perdebatan politik sebagaimana blog-blog lain.Kepada encik Bajan,tempurungkelapa,pasirduabutir dan beberapa pengunjung yang lain yang telah aku delete komennya haraf maaf..sebab komen anda sebenarnya kurang sesuai dan bakal mengundang kemarahan pengunjung lain.Penggunaan kata-kata kesat dilarang sama sekali,apalagi melaga-lagakan pihak ketiga dan pihak kelapan belas.Aku sedar aku tak pandai menulis tapi semua yang aku tulis adalah atas dasar keikhlasan dan bukan nak menyakitkan hati mana-mana pihak.
Zonjuly adalah satu blog yang telus dan ikhlas dan bukan blog budak jahat.Segala rialiti dan fantasi dalam blog ni adalah ilusi dan imiginasi aku sendiri.Sekiranya ada artikel yang aku cedok dari blog lain akan aku tulis pada akhir kalam siapa pengarang atau sumber asalnya.Aku bukan perembat artikel orang dan aku juga telah pastikan segala artikel aku dalam zonjuly tidak boleh dicopy paste sesuka hati korang.Janganlah ada antara kita menganggap blog sebagai tempat melepaskan geram atas kesalahan orang lain,buruk akibatnya.Janganlah ada pihak-pihak yang tak berpihak pada mana-mana pihak merosakkan hasil seni aku sebagaimana yang pernah korang rosakkan dalam post aku kat teranungkite,marhain dan banyak lagi.Aku dah lupakan kisah silam tu ok.
Kepada para pembaca budiman,thank's sekali lagi kerana jadikan blog santai aku sebagai warong untuk menikmati santapan minda.
En Bajan dan beberapa orang yang tak berani letak link bila buat komen...udah-udahla tu merosakkan blog orang sana sini..korang ni kalu nak jadi pengkritik haruslah jujur dan berani..ini tidak,guna bahasa yang tak sedap dan memalukan.Aku anak jawa yang kaya dengan budi bahasa..makanan kegemaran aku ialah sambal tumis ikan bilis yang isteri aku buat..itu korang jangan lupa ok..!
Ok next update aku ialah pasar minggu Parit Sulong...tungguu...
Wassalam..
Labels:
Senyum Kambing
Friday, April 16, 2010
Belambak cerita Hantu kat TV.
Assalamualaikum..
Pagi tadi anak aku terjaga seawal pukul 5 pagi sampai siang tak dapat tidur,kesian shukrey.Bukan apa,malam tadi tengok cerita hantu kat TV, malam tu termimpi lah budak tu.Nak dilarang nanti mengamuk sebab dia suka dengan cerita hantu,tapi penakut..!aku nak komen secara peribadi kat stesen tv kita ni..dah mula balik dah siarkan cerita yang takde unsur berfaeadah untuk tatapan umum..dahlah tu waktu siaran time anak-anak belum tido...buatlah tayangan larut malam kalau nak expose sangat cerita hantu melayu ni bagus banget..!zaman aku kecik dulu kalau cerita hantu mesti main time larut malam,tapi zaman ni stesen tv dah naik lemak..kalau tak dipenuhkan dengan program hiburan..berita politik,kalau tak pun program yang dicedok dari stesen tv luar...ha ni dah start nak penuhkan siaran dengan cerita mengarut yang berunsur hantu.Apa yang melemahkan urat sendi aku ialah tayangan cerita hantu ni mesti kena tayangkan pada malam jumaat penuh rahmat.Aku kurang fahamlah kenapa..?sedangkan pada malam jumaat nilah sepatutnya stesen tv perlu memenuhkan slot tayangan berunsur ilmu hingga habis waktu perdana,lepas waktu tu nak main cerita vampire ke,hantu raya ke,hantu pelesit ke terpulanglah..kalau nak dikira hanya beberapa % sahaja siaran berunsur ilmu ditayangkan kat tv,dahlah tu waktu siaran kurang menepati sasaran,time orang sebuk nak pegi kerjalah dia buat tayangan,sapa nak tengok..?itu pun aku rasa sebab nak penuhi syarat supaya bila orang tanya atau komen pasal stesen tv,so diorang boleh kata ...ada...kita dah sediakan slot untuk program ilmu yang mana orang payah nak tenguk.Mungkin program ilmiah ni kurang memaparkan aksi,itu sebab mereka anggap program tu kurang sambutan.Bagi aku ada sambutan atau tak bukan persoalan,apa yang penting siaran berbentuk ilmiah atau berunsur nasihat perlu diperbanyakkan kerana rata-rata penduduk malaysia ni dah tak tahu ada program ilmu kat tv,yang dia orang tahu buka tv je mesti nak tengok mentorlah,amarikan idol,..muzik-muzik..dan cerita hantu.Inikah stesen tv yang bakal dijadikan teraju untuk umat akan datang.Apa nak suruh rakyat malaysia yang tak tahu disco atau tempat hiburan,menjadikan tv sebagai pilihan kedua..Bagaimana nasib anak cucu atau generasi selepas kita nanti?Sekali lagi aku memang tak selesa dengan waktu tayangan program ilmiah dengan program hiburan.. Kalau tang siaran berunsur hiburan, masa tayangan pandai pulak pilih..apa nak jadi lah Malaysia hari ini..
P/s:Ini adalah komen peribadi dalam blog aku sendiri dan bukan berniat menghasut mana-mana pihak.Luahan hati dan ketidak puashatian adalah hak individu selain menyatakannya melalui contengan pada kertas undi.
Labels:
Senyum Kambing
Imran Hakimi bin Mohd Zahid
Assalamualaikum..
Akhirnya Shila selamat melahirkan anak lelaki sulong pada tanggal 22 Rabiul Awal 1431H,bersamaan hari Isnin 8 Mac 2010.Sepatutnya Embah lanang dia nak bagi nama mohd Mufarid,tapi sebab dah banyak sangat nak bagi nama akhirnya Zahid taruk nama Imran dan Shila taruk nama Hakimi,oklahtu sama-sama dapat bagi nama.Masa gambar ni diambil usia Imran dalam sebulan lapan hari.Dua orang dah cucu Bapak,dua-dua lanang pulak tu.Nanti Shukrey dapat main ngan adik Imran.Alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang tidak terhingga ini.
Thursday, April 15, 2010
Bumi Allah Yang sungguh indah..tapi sementara.
Assalamualaikum..
Banyak cara digunakan oleh manusia untuk memenuhi setiap permintaan hati yang mana ada diantaranya hingga merosakkan diri.Dulu orang tua pernah berpesan jangan ikutkan hati nanti mati,jangan ikutkan nafsu nanti lesu.Aku selalu terfikir sejauh mana kita mampu menurut kata hati,sejauh mana kata hati itu perlu kita turuti..?ada perkara kita perlu ikut gerak hati,tapi perlu disusuli dengan pertimbangan akal yang waras.Saorang sahabat yang dulunya pernah bermain bersama sekarang jauh pergi meninggalkan kita menyahut seruan Allah.Tiada lagi keindahan didunia sementara ini,aku jadi insaf dengan ketentuan qadhak dan qadar.
Suka aku nasihatkan diriku dan anda diluar sana mengenai kepentingan beristiqomah sambil menyaksikan keindahan alam ciptaan Nya.Sesekali kita terasa yang umur ini semakin hampir dengan ajal.Kita tinggalkan segala yang ada disisi kita sama ada benda yang paling disayangi dan dikasihi.Segunung harta yang kita punggah saban hari belum tentu menjamin kebahagiaan di Sana kalau tak disalurkan dengan jalan yang betul.Cara bagaimana kita mendapatkannya adalah perkara paling penting.Adakah kita selalu membelakangkan kewajipan semata-mata harta sementara yang tak seberapa..?
Manusia paling kaya Allah ciptakan adalah Nabi Sulaiman.Seluruh isi dunia adalah pinjaman Allah kepadanya.Belum ada nas mengatakan Baginda jadi kufur nikmat akibat kekayaan yang Allah beri...tapi Karun dan Haman diceritakan memiliki kunci gudang simpanan hartanya perlukan 40 ekor unta yang sihat untuk membawanya.Bukan besarnya kunci tersebut..tapi banyaknya kunci-kunci gudang milik dua manusia kufur yang Allah sebut dalam Al-quran.Tapi sayangnya mereka kufur dan kafir.
Aku terfikir siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan manusia hartawan,Syed Al Bukhary yang baru-baru ini memberi sumbangan peribadi kepada kerajaan..tapi setidak-tidaknya aku suka sembunyikan tangan kananku dari dilihat oleh tangan kiriku sendiri waktu aku berbakti pada jalan Allah kerana aku tahu besar fadhilatnya.
Pernah waktu aku berada di Alor Setar,hari jumaat dan sepatutnya tiada solah Jumaat kepada Musafir lalu semacam aku..nak tengok sendiri bagaimana indahnya masjid Al-Bukhary,sanggup aku mensiakan bonus yang Allah bagi padaku.Bila berada dalam masjid yang sebesar itu pada hari Jumaat..subhanallah..sujud syukur aku.Bila diberi harta dan kemewahan kita kufur..bila diuji dengan kepayahan juga manusia akan kufur.Hanya sebilangan kecil sahaja manusia pilihan Allah yang akan selamat dari gagal dalam ujiannya.Semoga kita tergolong dalam senarai manusia yang Allah selamatkan dari api neraka,Ammmiiiinnnn..
Wednesday, April 14, 2010
Boleh baca,perlu kajian untuk percaya..
Ini adalah sekadar untuk kajian dan bukan 100% bahan yang diperakui oleh mana-mana pihak.Harap maklum..
Assalamualaikum..
Aku kurang pasti sama ada orang yang buat benda ni dah lulus ujian atau sedang buat kajian.Apa-apa pun kita boleh jadikan ia sebagai sumber rujukan atau bahan kajian kita yang seterusnya.Dunia akhir zaman ni macam-macam perkara pelik atau kemungkaran zaman kaum yang telah dimusnahkan muncul kembali,renung-renungkan..
Labels:
Bicara Ilmu
Tuesday, April 13, 2010
Heritage Ipoh sana
Assalamualaikum..
Hampir seminggu aku tinggalkan Batu Pahat merantau sampai ke Ipo sana.Tak banyak story menarik kat Ipoh sebab kali ni aku banyak habiskan masa di bilik hotel bersama anak aku,sementara Omi ada tanggungjawab yang perlu dibereskan di Tambun.Aku malas nak lepak tambun sebab kat luar cuaca tersangat panas dan memeritkan.So lepak je sekitar hotel dan bila petang tu ingat nak bawa anak aku tenguk race kuda..siap jalan kaki tu dari hotel ke padang yang terletak kira-kira 200 meter.Sampai je kaunter tiket...alamak..budak dibawah 12 tahun tak dibenarkan masuk...melepas la show haritu..bila anak aku tanya apasal tak masuk,aku jawab la kuda kat situ tak jadi race sebab cuaca panas..nanti kuda tu batuk..adalah lebih baik balik hotel.
Kalau turun bandar Ipoh kitaorang biasa lepak Heritage je sebab dekat nak tuju dan serapan pagi pun boleh tahan sedap.Lunch hour biasa aku makan kat satu restaurant kat area jalan pasar yang pernah aku cerita dalam post aku yang sudah,tapi malam hari...alamak... malap la..nak cari tempat makan macam susah sikit terpaksa la aku gasak nasi kandar..apa nak buat.
Hari sabtu tu birthday isteri aku so kita orang sambut secara sederhana je dengan menikmati pizza,no cake.Gambar birthday pulak "PNC"..so tak dapat la aku nak upload kat sini sebab berada diluar kawasan.Apa yang aku rasa kebetulan,dah dua tahun isteri aku sambut birthday kat perak masuk tahun ni.Tahun lepas kat Ipoh Parade,tahun ni kat heritage je lah..tapi on sunday tu kitaorang lepak area majlis perbandaran Manjung sampai selasa pagi baru check out..Insyaallah aku kasi upload suasana kat sana dalam next update...wassalam..
Labels:
Kembara,
Senyum Kambing
Monday, April 5, 2010
Cepat dan pantas masa berlalu..
Assalamualaikum..,
Harini aktiviti harian banyak dihabiskan bersama keluarga sambil mengunjungi kedua orang tua kami di kampung.Lepas balik rumah bapak,sebelah petang aku terus kerumah mak mertua kat kampung sebelah.Omi pegi urut dalam sejam aku pulak check kebun durian abah kat seberang jalan tadi,alhamdulilah ada 3 biji rezeki Allah bagi.Jumpa wak karto masa dok mengintai celah-celah semak kat kebun durian tu.Sembang punya sembang tak perasan pulak rokok dah tinggal kotak je...sangap beb..
Biasalah bila berbual dengan orang tua,macam-macam petua dapat dikongsi disamping cerita masa silam yang melucukan.Pernah satu ketika isteri wak ni baru melahirkan anak sulung,waktu tu dalam tahun 1970an,aku pun belum lahir..rumah sentiasa dikunjungi sanak saudara silih berganti.Nak dijadikan petua dalam cerita,wak karto ni tanya aku macamana nak didihkan air dalam ceret dengan sekelip mata...pergh..pakai magic la aku jawab..wak karto teruskan cerita sambil menyedut rokok daun kat mulutnya,aku cuma tahan sebak je sebab rokok aku dah habiss..senang je katanya.Bila ramai tetamu,orang zaman dulu tak akan sediakan air sejuk sebab nanti tetamu tu balik cepat,para malaikat rahmat pun cepat juga beredar.So nak buat para malaikat Rahmat lepak lelama kat rumah kita kenalah kawal tetamu supaya jangan lekas balik..aku pun baru tahu ni.Moral of the story,jangan halau tetamu anda kerana tetamu membawa para malaikat rahmat bersama kerumah anda..!
Masukkan satu atau dua sudu gula pasir kedalam air yang nak direbus tadi.Menurut sains,air yang mengandungi paras gula lebih cepat didih dari air kosong biasa.Aku terus test kat rumah dengan mengambil masa dua kaeadah mendidihkan air ni.Hasil eksperimen aku mendapati,air yang bergula didih lebih cepat 10 minit(mengikut cerek dan jumlah liter isipadu air)mendidih dari air paip biasa tanpa kandungan gula.Cerek air aku mempunyai isipadu 2 liter dengan setiap isian penuh,kalau anda ada cerek lebih besar isipadu airnya, korang test sendiri.
Kat rumah biasanya kita merungut bila gula dalam balang dipenuhi sang semut,lelagi semut halus..nak elakkan semut tu dari menjajah balang gula kita,letakkan beberapa ketul cengkih dalam balang tadi dan insyaallah gula berbau wangi,semut pun tak nak dekat.Terima kasih Wak Karto Kermowijoyo..
Itu dari Wak Karto,ni ada satu petua yang aku amalkan sejak dari zaman dulu lagi.Untuk menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kereta dan dalam peti sejuk ialah dengan meletakkan seketul arang sebesar penumbuk kedalam dua benda ni.Kalau kereta tempat paling sesuai ialah dibawah tempat duduk hadapan,kalau peti sejuk pula ikut suka andalah kecuali kat bahagian freez..ok selamat mengetes..!
Dulu aku paling jaki bila tenguk ada daki pada puting botol susu anak aku,dah cuba rebus sampai setengah hari pun masih tak hilang..rupa-rupanya cara merebus tu dah betul,tapi perlu tambah sedikit garam dalam air panas tadi dalam sesudu dan biarkan beberapa minit.hasilnya daki hilang dan bau masam pun hilang,tak perlu guna Febreez..!selamat mencuba.
Labels:
Bicara Ilmu,
Senyum Kambing
Thursday, April 1, 2010
Bulan April 1st..
Assalamualaikum..
Hari ni genap 1 april bulan keempat tahun 2010,aku kena conteng gak blog ni sebab nak kejarkan angka 1st tu walaupun sebenarnya aku belum bersedia nak update blog aku awal bulan nih..lagipun ni dah nak dekat waktu maghrib...apa pojek lah aku ni dah nak maghrib pun gasak ngadap komputer..malam ni nak gi jumpa wak Asmak,Sahom dan Mambera sebab kerja siang tadi tak beres lagi..kerja apa..?nantilah dah siap nanti aku kasi upload kat sini tapi dalam 2 atau 3 bulan lagi kot...ok jom tunaikan kewajipan..
Wassalam..
Hari ni genap 1 april bulan keempat tahun 2010,aku kena conteng gak blog ni sebab nak kejarkan angka 1st tu walaupun sebenarnya aku belum bersedia nak update blog aku awal bulan nih..lagipun ni dah nak dekat waktu maghrib...apa pojek lah aku ni dah nak maghrib pun gasak ngadap komputer..malam ni nak gi jumpa wak Asmak,Sahom dan Mambera sebab kerja siang tadi tak beres lagi..kerja apa..?nantilah dah siap nanti aku kasi upload kat sini tapi dalam 2 atau 3 bulan lagi kot...ok jom tunaikan kewajipan..
Wassalam..
Labels:
Senyum Kambing
Subscribe to:
Posts (Atom)