Saturday, March 20, 2010
Pahang part 2,Black Stone Beach
Assalamualaikum..
Bandar Kuantan terkenal dengan laluan pantai yang menarik untuk perjalanan ke pantai Timur.Selain teluk cempedak yang biasa kita dengar,Pantai Batu Hitam atau The Black Stone Beach juga tak kurang menariknya.Aku singgah menyapa angin pantai yang kebetulan bertiup kencang petang tu.Pantai yang landai serta struktur pasir yang padat membolehkan kita menapak hingga ke gigi air tanpa membuka kasut..
Jarak pantai sewaktu air surut lebih kurang 50 meter dari tebing,memang luas pantai Batu Hitam ni.
Menurut penduduk setempat yang sempat aku temu bual,pantai ni sesuai untuk mandi antara bulan jun hingga september sahaja,sementara bulan oktober hingga Mei keadaan laut tidak menentu dan berbahaya kepada perahu-perahu kecil.Perahu besar macam bot atau kapal ok kot..
Masa aku singgah dipantai tu kelmarin,keadaan angin seakan taufan fasa ke2..tak sampai 5 minit muka dah rasa melekit.Kalau nak tenangkan fikiran sambil hisap rokok baik tak payahlah...aku dah cuba,susah nak nyalakan lighter..!
Apa yang menarik tentang pantai ni ialah ada satu kawasan tu batu-batu nya bewarna kehitam-hitaman(hitam itu menawan..Citizen)tak caya pegi la korang tenguk sendiri,sebab kat gambar tak jelas sangat warna hitam tu..takut korang kata aku edit gambar pulak..tapi memang betul...batu tu hitam macam baru lepas kena sambar petir..
Dalam perjalanan balik ke pusat bandar aku singgah beli buah tangan kat tepi jalan,ingatkan murah tapi murah la juga daripada kena buat sendiri..macam-macam ada..segala jenis macam jajan ada dijual sampai sign board ni pun boleh kita beli dan bawa balik sebagai tanda persahabatan dan kenangan dari tuan kedai tu..
Ok next update kita jalan lagi ke Tanjung Lumpur..
Labels:
Kembara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment