Monday, November 30, 2009

Tiga tahun lepas


Assalamualaikum,
Musim hujan ni cuaca agak sejuk,streamyx pun agak kencang so senang sikit kerja nak load.Negeri kat pantai timur masih lagi musim banjir,alhamdulilah seri Medan yg dulu sangat tersohor dengan pekan dibawah air,melepaskan gelaran tersebut.Hairan atau tidak itu semua atas budi bicara Maha Pencipta.
Tahun ni Shukrey masuk 3 tahun,makin banyak benda dia tahu,makin banyak cakap,banyak tanya...jawapan atas segala soalan tu aku dah siapkan untuk jangka masa 2 tahun.
Bila tengok gambar-gambar lama dia,macam dunia ni berputar tanpa peduli selaju mana.Aku dengan Omi shukrey harungi pahit manis mencorak kertas putih amanah Allah pada kami selama tiga tahun ni,shukur kapada Allah kurniakan Shukrey pada kami.Pengalaman kami ni sememangnya dirasai oleh semua insan yang berkahwin,tapi mungkin ada insan yang tak lagi merasai nikmat dikurniakan zuriat.Perasaan kasih dan sayang yg tumbuh mungkin berbeza sebelum dan selepas shukrey lahir.Aku susah nak explain.
Budak kecik ni lahir pada subuh 30 sya'aban(sehari sebelum Ramadhan)tiga tahun lepas.Omi masuk wad bersalin jam 2 pagi 23'sept,Aku tak la masuk sekali..lepak kat luar dewan dan berdoa pada Allah.Lama aku tunggu tak de sorang nurse pun panggil aku,dah lahir ke belum ke...macamana keadaan Omi...macam-macamlah persoalan yg tiada jawapan.Waktu subuh hampir sampai,adalah lebih baik aku solah dulu,takut nanti bila nurse panggil aku belum solah.Rupanya budak ni lahir time aku solah tulah..tak dapat tengok omi bertarung nyawa lahirkan"Soki"sori ye Mi..abg tak terpilih dikalangan suami yg berada disisimu waktu itu..sebab abang bersama Allah. Siap Solah dan Doa,sepantas kilat waktu subuh aku mencapai kasut utk ke dewan bersalin semula..Baru duduk 1 jam Omi dah naik kerusi roda keluar dengan Baby..anak aku la tuh..!siap Adzan dan Akomahkan aku bawak Omi masuk wad semula.Menginap satu malam,hari berikutnya dalam bulan Ramadhan aku bawak balik baby dengan Ominya sekali.Bersemilah episod cinta kami yg mula disirami kasih sayang berkat dikurniakan budak "Soki"ni.
Sambung nex time bab anak aku ni..
Wajah baru lahir

Usia Sebulan



Lima bulan





Batu Ferringgi 3 tahun

Budak ni kat rumah Mbah Dia
Perkarangan masjid Air Hitam dalam usia 3 tahun

Family Day

Assalamualaikum,
Apa nak upload pun tak paham apa nak di upload(Blank)..kasi load gamba famili day yg dah lama tak tenguk..sesekali bila tenguk gamba-gambar ni macam best gak...mana taknya dekat 300 orang dalam lingkungan 5 generasi..Insya Allah aku nak buat gak untuk keluarga Mento satu masa diizinkan Allah.Sebenarnya hari keluarga ni dari belah isteri,belah pulak Bapak mertua daa..
Puan Urusetia Yg setia
Pakdey & Mbokdey
Barisan generasi kedua keluarga Ilham(adik beradik Abah)
Generasi Abd Wahid
Belum Makan
YB Md Zahari
Giliran no 3
Himpunan 5 generasi
Nampak macam selipar Jepun...tapi ni dah zaman merdeka..selipar buatan
Malaysia.

Wednesday, November 25, 2009

Tawaran Lumayan Yang Kurang Sambutan

Tugu Besi Medan
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Kalaulah orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan dan menepati saf pertama di masa solah berjamaah, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi atau giliran nescaya mereka akan berbuat demikian. Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera pergi ke masjid untuk melakukan solah berjamaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian pula seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala solah Isyak dan Subuh berjamaah, nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangkak" . (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Azan, menepati saf pertama, bersegera pergi ke masjid, mengerjakan solah Isyak dan Subuh berjamaah adalah diantara amalan yang akan diberikan pahala yang amat besar sekali pada hari qiamat nanti. Kalau orang ramai mengetahui nilai ganjaran terhadap amalan-amalan ini dan diperlihatkan kepada mereka seperti gaji yang diterima pada setiap hujung bulan, mereka mesti akan berusaha sedaya upaya untuk merebutnya, bahakn mereka terpaksa menurut giliran untuk membuat agihan kepada orang-orang yang ingin mendapatkan peluang itu.

Namun hakikatnya bukan demikian. Ramai orang yang tolak menolak dalam melaksanakan amalan ini. Terkadang kalau ternampak saf pertama atau saf hadapan itu kosong, yang seorang mempersilakan untuk memasukinya dan yang lain pun begitu pula. Padahal dalam masalah seperti ini makruh hukumnya mendahulukan orang lain. Peluang itu mesti kita rebut dan jangan diabaikan. Tetapi sebaliknya ada pula orang yang kalau makan bersama-sama, ia tidak berkenan mempersilakan orang lain untuk mendapatkan habuan yang lebih banyak daripadanya, padahal dalam keadaan seperti ini kita sangat disuruh untuk melebihkan dan mendahulukan orang lain.

Amalan-amalan yang disebutkan dalam hadith di atas adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kesempurnaan solah yang merupakan tiang agama dan berkaitan dengan solah berjamaah yang merupakan syiar bagi kaum Muslimin. Oleh yang damikian,amalan-amalan ini sangat perlu untuk diperkemaskan dan disempurnakan. Kalau di zaman Rasulullah SAW, tidak ada orang yang ketinggalan dari menghadiri solah berjamaah selain daripada orang-orang munafiq dan orang-orang Islam yang mempunyai keuzuran,ada juga diantara para sahabat yang terpaksa dipimpin oleh kedua orang anaknya untuk hadir solah berjamaah. Tetapi pada hari ini, banyak masjid-masjid yang sunyi dari solah berjamaah dan ada masjid yang hanya dihadiri oleh orang-orang tua atau pegawai-pegawai yang sudah bersara.Ada juga masjid yang tidak sampai satu saf orang hadir solah berjamaah di dalamnya. Dari itu,marilah kita bersama menegakkan syiar umat Islam ini dan InsyaAllah dengan perlaksanaannya kita akan dikurniakan kemenangan yang pernah diberikan kepada generasi yang dahulu dari kita,Amin..

Sumber:Tentera Allah

Tuesday, November 24, 2009

Bicara Solah


Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya,Kelas Yoga,dan mesin punch card.



for your family

Ya Allah, rahmatilah pembaca artikel ilmu ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki pembaca artikel ilmu ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


Sumber;Bicara solah.

Friday, November 20, 2009

Bual-bual ilmu



Perbualan Dua Malaikat

Adalah pada suatu musim haji, seorang ulamak yang terkenal dan juga ahli sufi iaitu Hasan Al-Basri pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur.
Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.
Berkatalah Malaikat pertama, “ sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”
Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang. Kata Malaikat yang pertama, “ tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?

” Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.” Berkata lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”
“Tidak, jawab Malaikat yang kedua.”

Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”

Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.

Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.
Lalu berkatalah si Tukang Kasut.

“ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut.

Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.

Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu sayadengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.

Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.
Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”,
berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.

(Sumber;Si Jubah hijau)

Al-Kisah Mamat Rock kapak terbelah lapan

D'Skodeng
Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..


Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Gua Yang Benar,
Gua yang rock bobrok.

Thursday, November 19, 2009

Al-Kisah Sang Taugeh


Assalamualaikum..,
Tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dipercayai dapat membantu mereka menghindar dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum,kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Semoga dapat anda jadikan penambah ilmu,sekian utk kali ini.

Tuesday, November 17, 2009

Tahukah Anda??

Penang
From Ferri

Assalamualaikum,Percaya atau tidak atau mungkin anda tak tahu langsung.

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan Jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Semoga sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada pembaca diluar sana.

Friday, November 13, 2009

Thursday, November 12, 2009

Selatan Utara Malaysia

Antara gambar yg sempat dirakam dalam Trip kami ke utara Mulai dari Kuala Perlis,naik ke Padang Besar dan terus ke Wang Kelian(sepadan Malaysia Thai).Seterusnya singgah ke Penang,Jalan lagi ke selatan dan merentas banjaran Titiwangsa menuju Cameroon Highland.
Kami memulakan perjalanan dari Batu pahat mulai jam 9.30pm hari Jumaat memasuki plaza tol Yong Peng dan terus melalui lebuhraya menuju Utara.Singgah di hentian seremban lebih kurang jam 11.45pm.Singgah sekali lagi di hentian Tapah untuk mencari secangkir kopi Dara.Jam 5.40am kami berhenti di Hentian Gurun untuk solah Subuh dan meneruskan perjalanan ke kuala perlis.
Jam 9.00am hari Sabtu kami semua menginap di sebuah rumah sewa di kawasan kuala perlis.Sebelah petang baru ke Padang Besar Punya!!
Hari Ahad pagi kami ke Wang Kelian,sebelum tengah hari mesti sampai ke Kuala Perlis kerana Majlis Pertunangan Saudagar Esmit Ulam Raja berlangsung pada jam 2.30pm.Boleh lihat Sang Puteri Tunangan Saudagar Esmit yg sempat saya rakamkan.

Isnin pagi kami check out dari Kuala Perlis menuju Penang.
Menginap satu malam dan pada esok harinya kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya,Cameron highland.Dalam perjalanan balik ke Batu Pahat yg meletihkan sempat juga menyinggah di Latar Iskandar untuk "MEMUNTAHKAN DIRI" kerana keadaan litar yg menggerunkan bagi para pelumba F1 khususnya.

Pasar sayur

Bakal Menantu


Sang Putri


Apa lagi Yg tak dapat tu..

Nyekek
I Luv U
Komter Penang
Penang



Wang Kelian,Nang..Nang...Tep...Tep..

Padang Besar Punya...!