Thursday, December 27, 2012

Dua Ribu Tiga Belas

Dalam kesibukan mengharungi 2012,dah nak habis 365 hari aku lalui.Apa yg ada dalam tahun 2012 dah mula nak packing dan simpan dalam lock folder.Kena buka new folder untuk 2013.Macam biasa gambaran kasar 2013 dalam kepala aku ialah,pilihanraya,harga barang naik,minyak petrol naik,hutang 2012 yg perlu diteruskan bahkan tahun-tahun berikutnya kalau Allah panjangkan umur,anak aku mula sekolah,Insyaallah  Seorang umat manusia baru muncul..Namun gambaran 2013 masih kabur dari spek mata aku memandangkan banyak perkara yg dirancangkan pada akhir 2011 utk 2012 banyak tak terlaksana.Aku rasa 2013 ni pun kena perhalusi balik setiap perancangan dan semoga tahun ini 365 hari adalah mencukupi.
T
 Umur pada 2013 ni dah melonjak ke satu anak tangga baru,makin keatas dan power makin kebawah sebab makin tua.Mungkin ada yang seronok tahun baru nanti dan akan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tak terjangka pasti berlaku.Azam tahun baru..?dalam folder 2003 sampai 2012 azam tetap ada iaitu azam 2003 ialah berazam utk azam baru 2004 dan seterusnya.Rokok..?inilah perkara paling membimbangkan kalau terkeluar dari mulut sesiapa yg berada berhampiran..jawapan perlu diberikan melalui sms atau nak lagi jimat gunalah whatssapp..begitu sinonim soalan ni berlaku saban tahun.
Aku rasa 2013 ni dan selepas pilihanraya umum nanti,segalanya akan berubah insyaallah,yg selesa akan berubah kepada tak selesa,yg sombong akan buat muka talam 3 muka dan memacam lagi utk duduk dalam kelompok masyarakat.Yang kaya raya akan kaya juga tapi puasa la pulak..dah selama ni raya jek tak pernah puasa..Itu cuma gambaran kasar sahaja,macam cerita omputeh tu yang selalu berkhayal padahal benda tu belum tentu terjadi..oklah ingatkan nak buat n3 review 2012 kalau sempat sebelum 31st ni..kalau sempat..kalau tak nampaknya nilah penutup n3 aku utk tahun 2012 ni..selamat tahun baru..kepada sesiapa nak AP Bomb boleh Pm atau whatssapp aku utk acara sambutan tahun baru nanti,stock ada 3 biji lagi..wakakakaka..

Friday, December 21, 2012

Spagetti jawa..?

Tekak jawa memang wajar dibawa kemana-mana agar semua makanan asing dapat ditelan dengan jayanya.Puan realisaasikan menu Mama Nem mlm tadi,namun aku tak berapa nak selera sebab tak cukup bahan dalamtu,apa-apa..contact Puan utk resipi detail..

 Carbonara bermaksud makanan laut,tambahkan udang,sotong atau apa jua sea food kecuali landak laut.
 Bahan tumis macam biasa,tambah cili padi dan fresh mushroom slicess serta origano leave,kalau dapat yang fresh lagi bagus.
 Didihkan air dulu baru masukkan mee tu,dalam 10-15 min dah cukup untuk lembutkan teksturnya.
 Boleh cairkan kuah ni menggunakan air rebusan udang dan sotong tadi untuk keputusan lebih ummph..
 Jangan lupa gunakanlah minyak zaitun atau minyak biji anggur ni untuk kebaikan seisi keluarga.Bukan nak promote tapi nak berkongsi faedah dan kebaikannya,almaklumlah kita ni takut nak gunakan benda yg pelik dan jarang diguna,boleh gogle khasiat dan kandungan mineral minyak biji anggur serta minyak zaitun.
Siap toskan dah buleh curah kuah tadi dan sedia utk dihidang,tapi kalau tekak jawa je tak heran,ini perut pun sama,kol 10 pm dah menggagau nak cari nasi..selamat mengetes.

Sunday, December 16, 2012

Janji Allah itu benar





Video ni tiada kaitan langsung dengan N3 aku ni,cuma sebagai hiasan.Sudi layan silakan ,tak sempat pun tak mengapa.
Apa yang nak aku kongsikan ialah kehebatan Allah SWT dengan kekuasaan dan keagungannya.Dialah yang maha menepati setiap janji yang diberikan dan Dia juga tak mungkin mengingkari janjinya.Dia jugalah yang mampu bersumpah dan melaksanakannya.Sebagai perkongsian sesama umat manusia,aku selalu berpesan pada diriku dan juga keluargaku,selalulah ingat dengan janji Allah,tunaikanlah setiap suruhannya dan tinggalkanlah larangannya agar kita lulus dalam setiap ujian dunia yang penuh pancaroba.Semoga kami sentiasa dilorongkan ke jalan yang benar.

Friday, December 14, 2012

CEMILAN STATION

Antara koleksi pakej cenderahati CEMILAN STATION 2012 yang sempat dimuatkan dalam zonjuly.Sebenarnya zonjuly bukanlah landing page untuk CEMILAN STATION,kerana web khususnya ialah gayasolehah .Untuk maklumat lanjut bolehlah anda layari facebook kami add CEMILAN STATION atau terus singgah di blog kami.Semoga usaha kami ini terus mendapat sokongan dan kebarkatan.

















Tuesday, December 11, 2012

Home made Hot Plate

 Banyak kelebihan kalau minat dan suka mencuba untuk masak sendiri hidangan utk keluarga.Secara tak langsung dapat mengawal sukatan kandungan gula,garam dan perasa dalam masakan utk kebaikan seisi keluarga.Bukan habit makan luar tak elok..apa salahnya sekali sekala tapi harus diingat..kita tak tahu banyak mana diorang bubuh bahan terlarang dalam setiap hidangan yang kita pesan.
Minyak masak tahun bila atau berapa banyak kali dah diguna,digunakan utk buat hidangan kita..betullah itu cara org berniaga,setiap gram bahan adalah kos.Dulu masa buka kedai makan aku ada menu hot plate,lama tak buat benda ni,nasib baik plate besi tu masih ada.Menu simple dan cukup khasiat utk diet kita,yg penting rendah kalori. 
Ada banyak faktor satu hidangan sihat tu boleh jadi hidangan beracun kalau kurang teliti dalam pemilihan bahan.Nak menu masakan ni bole request tuan tanah kat bawah  komen,tak pon google je lagi senang..sebab hari ni tak de mood nak tulis menu.Jom ngetes.

Prata Yogut

Boring makan prata kat warung yang terlampau banyak guna minyak sawit,kalau boleh buat sendiri aku syorkan guna minyak zaitun.Prata ni bukan aku canai sendiri,tapi hasil tinjauan kat carrefour haritu terjumpa jenama kawanku atau kawan aku pun da lupa,.Ada pelbagai perisa termasuk cheese,garlic dan yg ni plain.Berbeza dengan prata segera yg biasa kita beli di pasaraya,datang dalam keadaan mentah dan bukan digoreng separuh masak,hasilnya memang merbles..kalau digoreng dengan minyak zaitun,cuma tak cukup masa nak buat kari...yogut strawberry je yg aku jumpa..bolela..

Thursday, December 6, 2012

Sebelah Singapore

Kawasan ni bakal dibangunkan menjadi seperti Bukit Bintang,dan kawasan bebas cukainya bakal digantikan Times Square 2015 nanti,bezanya kawasan Bukit Bintang atau Bintang Walk jauh dari laut,kat sini tepi laut,best agaknya.Dulu kawasan ni nampak agak klasik berbanding sekarang sebab proses pengubahsuaian mula dijalankan secara berperingkat.Dua atau tiga tahun lagi aku kesini mungkin kerusi tempat Omi dan Shukrey ni duduk dah tak de dan digantikan dengan deretan kedai kot..so sapa nak merakam nostalgia kawasan ni bolehlah berbuat sekarang sebab lain kali tempat ni dah tak de dah..



Mandi kolam

Menunaikan hajat si Budak ni nak mandi Kolam Renang,sebab kolan depan rumah aku tu tak sesuai untuk "Ciblon"dapatlah kira-kira 1 jam berendam pastu dah biru terus masuk bilik.Tinggal beberapa minggu lagi nak naik sekolah dan lepasni bermulalah era persekolahannya.


Steam Boat

 Steam boat kali ni berlainan gaya dari yang biasa kerana pakej buffet yang ditawarkan.Makan sampai Muntah tak habis rm 20 satu kepala,so next time kitaorg datang lagi.Tapi awas..kedai ni ada taktik tersendiri dalam buffet area,ada disediakan mee goreng,nasi lemak,salad dan pelbagai hidangan berat.Kalau silap percaturan dengan makan makanan berat dulu..maka kita memang tak larat nak layan steam boatnya,segala macam air termasuk cold drink atau minuman bergas juga disediakan.Kami memang tak layan semua tu sebab nak fokus kat steam boat sahaja,jadi memang dapat makan banyak..!
 Ini cendawan "citake"mahal harganya dan kat buffet area pun sikit je tokeh letak..lambat top up pulak tu...sapa cepat dia sebat dulu..dahlah beratur nak tunggu turn right..
 Daging ada bermacam perisa,black papper,kunyit,satay dan apa lagi akutak sempat nak kaji.Oleh kerana tokeh kedai ni pemalas,maka kami terpaksa masak sendiri daging ni.
 Seafood macam biasa,cuma anak ketam tu tak sewajarnya diletak kat buffet area kerana masih kanak-kanak usia ketam tu ,mana ada isi.kasi update bro for the next time..!