Sunday, November 27, 2011

sinar gemilang


Terkadang kita buta dalam menilai erti sebuah kemuskilan yang mana datangnya memberi seribu petunjuk dan sebuah kurnia.Aku suka menasihatkan diriku sendiri serta ahli keluargaku agar sentiasa berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba dimuka bumi ini.Lumrahnya manusia memang tak lekang dari sifat lupa dan alfa dengan habuan nikmat dunia yang Allah pinjamkan sebagai ujian terhadap hambanya yang inginkan syurga.Dulu kita kaya sekarang kita miskin,dulu kita sakit,sekarang Allah beri kesihatan,dulu kita disini sekarang kita disana,semua perbezaan dimata manusia ini tetap tak mengubah kasih sayang Allah pada setiap makhluk ciptaannya.Kita tetap jua lupa siapa kita dan siapa pencipta,sebesar mana Maha pencipta dan sekerdil mana kita,kutiplah setiap dosa yang sudah kita tinggalkan dibelakang sana agar kita tahu sebanyak mana kebajikan yang telah kita buat.Adakah Allah terima setiap satu kebajikan yang kita lakukan berbanding setipa dosa yang kita tinggalkan..?setiap amal kebajikan itu adalah rahsia Allah sama ada ianya diberi ganjaran atau sebaliknya,tapi dosa itu memang pasti tercatat dalam buku amalan selagi tak mahu bertaubah.Itulah rahsia iman dan kepercayaan kita terhadap Allah maha Agung,maha pengampun dan maha mengasihani.

Salam ma'al hijrah1433

Semoga tahun baru ini Allah kurniakan kita semua ummat akhir zaman dengan segala hidayah dan petunjuk menuju jalan yang diradhai.Semoga Allah memimpin kita yang sebelum ini leka atau tersasar jauh menuju jalan yang lurus,permudahkanlah setiap urusan kami yang selama ini lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan.Buangkanlah jauh-jauh sifat tamak,iri,dendam dan perasaan buas sesama manusia akibat terpedaya dengan tipu daya syaitan dan kuncu-kuncunya yang sentiasa ingin menyesatkan.Maafkanlah kami serta maafkanlah mereka atas keterlanjuran.Jadikanlah kami antara golongan yang sentiasa ingat akan mati kerana itulah janji Allah yang pasti.

Monday, November 21, 2011

Congratulation Malaysian skuad..!



Tahniah skuad harimau muda atas segala usaha di stadium Gelora Bung Karno untuk meranapkan impian Emas Indonesia malam ni..

Thursday, November 17, 2011

poslaju at new office


Asalnya di taman bukit pasir,tapi sekarang berpindah ke taman batu pahat(BP Garden)of jalan mahang berhadapan dengan stesen minyak BP.Aku secara sukarela buat pengumuman ni memandangkan muka aku yang hehari terconggok kat situ.Harapan aku agar system dapat dipulihkan dengan secepat mungkin,kerana pengesahan jejak atau id tracking system masih tak dapat digunakan dengan sempurna,mesin debit juga tak berfungsi dengan baik,semoga pihak pengurusan mengambil serius perkara ini.

Monday, November 14, 2011

This is really great and more powerfull..!yeahh...babee...




Just got mine in today...!there's a new 2nd-generation Intel Core i7 chip to go along with it. The company has just updated their SHIFT and F131 desktops with the new 2nd generation Intel Core i7-3960X Extreme Edition processor and the company’s exclusive EPIC Audio Engine. Turbo Boost Technology 2.0 and Hyper-Threading are both here, as is a 34% improvement in performance at normal clock speeds that can also be overclocked up to 5.2 GHz. This top gaming computer platform is also the first to feature quad-channel memory offering up to 102% memory performance that is more than twice the memory bandwidth of the previous generation.

Friday, November 11, 2011

MTV Magika - Naga Tasik Chini

Nak kemana kamu bertiga,jangan sampai bangunkan naga,..

Thursday, November 10, 2011

Tentang bulan




Ini merupakan imej bulan yang aku rakam gunakan hempon aku malam tadi,walaupun tak dapat gambar clear guna hempon yg low frekuensi ni tapi inilah cerita tentang bulan.Mengikut imej mata kasar kat tempat kejadian,bulan ni warna kuning/oren dan bercahaya,jelas segala bentuk dan rupa fizikalnya,tapi kat hempon ni..jadi cenggini pulakk..Imej ni aku tengok guna teleskop model TS INED APO 700/420mm Carbon Fiber spt spec kat bawah ni:

-- Aperture: 70mm
-- Focal length: 420mm
-- Focal ratio: f/6
-- Limiting magnitude: 11,0 mag
-- Resolving power: 1.65"
-- Objective type: multi-coated ED doublet
-- Outside diameter of the dewcap: 93mm
-- includes adapter bracket for camera tripods and astronomical mounts
-- Tube length (retracted dewcap): 305mm
-- Tube length (extended dewcap): 390mm
-- Focuser: 2" Crayford 1:11 Microfocuser with 1.25" adapter
-- Focuser travel: 85mm
-- Weight: 2.1kgs

Kalau ada rezeki boleh cuba model lain yg lebih mantop lagi..So sesaapa minat astronomi,bolehlah layan gadjet ni yang tak berhujung macam alam semesta juga,sekarang ni time bulan penuh memang akan membuat kita teruja dan takjub dengan kebesaran Allah mencipta sekalian makhluk,.Satu yg menarik dan korang mungkin tak tahu,..bulan ni bergerak pada kelajuan per saat kalau guna teleskop,maksudnya satu saat di bumu,jaraknya ialah 3 cm dari kedudukan asal,cuba bayangkan kalau dapat lihat bulan pada jarak 100 atau 150 km...macamana lah lajunya ya..jom layan..

Wings - Jerangkung Dalam Almari HQ

Rindu pulak dengan pukulan drum Brader Black@Gulung,kekadang muzik yang diadun wings suatu ketika dulu mampu merobek ketandusan waktu mcmni.Aku layan muzik dan tak berapa nak layan org nyanyi..so ada beza antara org yg suka dengar muzik dan org yang suka dengar lagu..kalau org suka dengar lagu,penyanyi memainkan peranan penting dan tak fair sebab nyanyian dia sorang lebih diminati berbanding adunan muzik daripada lima atau lebih..kalau orang nyanyi tanpa muzik walau sesedap mana sekali pun suaranya,kita akan anggap dia sedang bersyair atau bersajak...tapi kalau kita dengar adunan muzik tanpa penyanyi,maka kita tak boleh panggil mereka sedang bersyair atau bersajak..abis nak panggil apa aku pun kurang periksa,tapi ada bezalah...Aku memang tak suka menghafal lagu nanti akan jadi lagu lain..tapi muzik memang senang lekat..tak kisahlah lagu bahasa apa yg aku tak faham..muziknya aku faham...ayat ini aku copy bulat-bulat dari seorang lagenda rock tanah air yang skarang khabarnya sedang berniaga kedai makan di Ibukota..tapi aku pun heran mamat rock ni sukar menghafal lirik...agaknya time buat konsert dia baca note lirik lagu tu kot..slalu juga melepak sampai larut malam dengan beliau masa aku duduk Bukit Mutiara area Ampang dulu...apa khabar agaknya mamat tuu...oklah..jerangkung,..lu duduk je dalam almari baju tu jangan keluar-keluar...



Wednesday, November 9, 2011

Meghabiskan duit kocek aku je..





Specifications:
# Capacities* – 16GB, 32GB, 64GB
# Requirements – system with USB 3.0 port
# Fast** – data transfer rates for USB 3.0 to 100MB/sec. read and 670MB/sec. write; USB 2.0 = 30MB/sec. read and 30MB/sec. write
# Backwards compatible*** – with USB 2.0.
# Dimensions – 2.90" x 0.87" x 0.63" (73.70mm x 22.20mm x 16.10mm)
# Operating Temperature – 32° to 140°F (0° to 60°C)
# Storage Temperature – -4° to 185°F (-20° to 85°C)
# Simple – just plug into a USB port
# Practical – durable casing with a solid lanyard loop
# Guaranteed – five-year warranty

Tak payah nak bawa external HD yang sungguh leceh nak disimpan,tapi harganya memang akan membuat tangan kita mengigil nak keluarkan note dalam wallet,dan kalau hilang atau terlupa juga akan membuatkan kita hilang akal sekejap,..moral of the storynya,benda ini haruslah dilekatkan terus pada telapak tangan kita dengan menggunakan gam cap gajah beli tempat Apong...kopak rabak wallet..!!

Joe Frazier Dead at 67..


The death of an American hero. Rest in peace, Mr. Frazier.

Joe Frazier, one of the biggest sports icons of the 1960s and 70s, passed away tonight from liver cancer at the age of 67. He was diagnosed less than six weeks ago and spent his final days in a Philadelphia-area hospice.
His family released this statement:
"We The Family of the 1964 Olympic Boxing Heavyweight Gold Medalist, Former Heavyweight Boxing Champion and International Boxing Hall of Fame Member Smokin' Joe Frazier, regrets to inform you of his passing. He transitioned from this life as "One of God's Men," on the eve of November 7, 2011at his home in Philadelphia, Pennsylvania. We thank you for your prayers for our Father and vast outpouring of love and support.
Respectfully, we request time to grieve privately as a family. Our father's home going celebration will be announced as soon as possible. Thank you for your understanding."
In the weeks before his death, Frazier was said to have lost 50 pounds. Friends like Rev. Jesse Jackson and fellow heavyweight king Larry Holmes requested visits, but Frazier decided against it.
"Joe doesn't want to see anybody, the way he is now," his manager Les Wolff explained earlier this week. "I think you can understand why. He's a proud man."

Tuesday, November 8, 2011

fly to Brunei again.


Memandangkan pos laju tak dapat ambil kotak aku yang bertimbun kat rumah aku disebabkan driver mc,aku sendiri hantar walaupun terpaksa berulang alik medan bp-bp medan-bp medan balik utk tunaikan tanggungjawab aku sebagai saudagar kotak.Alhamdulillah semua kotak aku selamat dipos dan semoga selamat sampai,..

Friday, November 4, 2011

New box for November





Cemilan Station masih dalam bulan promosi sehingga bulan disember untuk kotak baru kami,jangan lepaskan peluang ini ,www.gayasolehah.blogspot.com.

Thursday, November 3, 2011

Macaroni & Cheese Pizza - Funktified Food #23

Test buat pizza hujung minggu ni macam bestt...!

Banjir besar





Kemungkinan banjir kali ni lebih besar dari banjir sebelum ini.Jiran utara yang sedang dilanda musibah nampaknya beransur reda dan limpahan air banjirnya akan turun ke negara kita.Hujan lebat bakal mencurah pada awal disember dan kita haruslah bersedia menghadapi kemungkinan banjir.Kitaran bencana alam yang biasanya berlaku saban tahun waktu aku dizaman kanak-kanak dah mula ke kedudukan asal dan itu tandanya bumi kita dah tua,aku pun agak goyah bila memikirkan situasi ini memandangkan kedudukan geografi Batu Pahat berada dibawah paras laut,kalau betullah banjir kali ni lebih dahsyat manalah aku nak selamatkan nyawa anak bini aku..semoga memberikan kali ini dengan rahmatnya sekali.

Living With Disaster - Thailand Flood

Semoga rakyat Thailand tabah dalam menjalani hidup akibat bencana yang melanda.

Wednesday, November 2, 2011

Teknik baru merampas traffik



Aku macam terpanggil nak share maklumat ni kepada para marketer atau para peniaga online.Sekarangni memang orang berlumba-lumba nak buat promosi terbaik bagi menaikkan trafik dalam iklan atau website mereka,apa pun teknik ini memang sah dan aku pun dah buat kajian teperinci.Aku tak nak highlight nama teknik ni sebab aku bukan affiliate nak promote hasil kerja orang,so korang carilah kat google dengan namanya yang ganas padahal benda ni boleh dapat secara percuma dari laman laman hacker,si mamat india ni pula mengambil kesempatan buat jualan pula..sapa jumpa peluang dan nampak jadi duit,maka itulah peluang keemasan dalam perniagaan online.Aku dah serik kalau suruh membeli system atau apa jua produk berasaskan hasil rampasan utk diniagakan..memang jawabnya tak boleh bertahan lama.Sampai bila teknik ni berkesan berbanding teknik kuno yang nampaknya mampu bertahan sampai sekarang,aku pun tak pasti.Sepatutnya para hacker yang kat luar sana tu,berhati-hatilah dengan hasil kerja korang yang korang share..sebab kat dunia online sekarangni ramai orang yang rakus dan tamak mengejar kebendaan semata berbanding perkongsian ilmu.Paling penting dalam hal ini,kita berusaha sebaik mungkin menarik pengunjung ke laman sasaran bagi meningkatkan jualan,kalau dapat biarlah cara berhemah,tak menyusahkan orang lain,tak memaksa orang lain dan bukan hasil kerja orang lain.semoga bermanfaat.