Thursday, December 23, 2010

Hi Tea




Assalamualaikum...

Hujan petang tu membuatkan aku teringat 'keriuk-keriuk'dari tanah seberang.Bila aku check stok...aduss..barang dah tak de daa..ternampak pulak cendawan aku tumbuh segar..teringat tepung goreng kampung istana tu masih ada.Layan cendawan goreng petang tu..menu ni simple,tak sampai 5 minit dah siap,cuma kena sediakan sambal kicap la baru masyuk...selamat mengetes..opppsss...jangan lupa mesti pekena dengan kopi 'O'..

Sunday, December 19, 2010

Cemilan Bilis bersira pedas



Assalamualaikum..

Para peminat Cemilan jangan ketinggalan menikmati citarasa utara dalam produk makanan ringan kami di Cemilan Station.Produk ni merupakan produk berasaskan ikan bilis dan kekacang yang didatangkan khas dari utara tanahair.untuk keterangan lanjut silalah layari KEDAI KAMIdi face book.

Saturday, December 18, 2010

Projek Cemilan Station


Assalamualaikum..,

Akhir tahun ni aku ada sikit sebuk menguruskan tempahan kotak cenderahati keluaran Cemilan Station.Nak update blog ni pun tak berapa berkesempatan.kepada para pembaca yang ingin mengetahui apa itu kotak cenderahati..,silalah lawati facebook kami,search Cemilan Station,atau anda juga boleh terus mengunjungi blog kami di Gaya solehah

Penghijrahan Anak Aku.


Assalamualaikum,..

Bulan baik tahun 1432H ni genap usia anak aku lima tahun(Awal Ramadhan nanti sebenarnya baru 5 tahun) dan satu penghijrahan yang dilakukannya ialah berpisah tempat tidur.Pada asalnya kita orang nak pisahkan tempat tidur pada usia 6 atau 7 tahun,tapi nampaknya anak aku ni dah mula matang dan harus diajar untuk tidur sendiri.Aku tak sampai hati nak pisahkan tempat tidur asalnya,ada satu malam pertama anak aku tidur sendiri di biliknya,tepat jam 3 pagi terdengar suara tangisan sambil mengetuk pintu bilik aku...aaduusss...kesian dia bila terjaga tak de sesapa kat sebelah..mulai malam berikutnya aku dan isteri bergilir-gilir menemankannya sampai pagi dan Alhamdulillah belum sampai seminggu,dia dah selesa tidur seorang cuma pukul 6 pagi tu biasalah,dia akan bangun awal dan berpindah kebilik kita orang.ok semoga anak aku akan jadi budak baik dan membesar sebagai seorang muslim yang dipimpin oleh Allah.

Bulan Muharram


Assalamualaikum..

Bulan pertama dalam kalendar Islam merupakan bulan penuh hikmah dan bulan dimana kita umat islam telah meningkat satu tahun lagi umur menuju tahun baru.Bulan ini penuh keistimewaan dan banyak kelebihan bagi yang ingin mencari keredhaanNya.Perbanyakkanlah amalan puasa sunat terutama pada 9 dan sepuluh muharram.tak lupa juga kita semua digalakkan bersedekah sama ada dalam bentuk harta ataupun tenaga.Semoga pada tahun baru ini kita mampu mengubah persepsi kebatilan kearah kemenangan yang hakiki.Aku nak shere beberapa kelebihan bulan ini dari blog seorang rakan seberang..

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Semoga dapat memberi sedikit ilmu berguna dan diamalkan.

Sumber:Pak kiyai seberang.

Sunday, December 5, 2010

Dah masuk bulan 12.


Assalamualaikum..

Dalam diam aku melayan mood yang tak berapa nak rajin meng update blog ni,dah sampai hujung tahun 2010.Dalam diam juga harga petrol sekarang dah naik dari Rm1.85 kepada Rm1.90 untuk Ron 95.Ron 97 pula sekarang dah jadi Rm2.30...Jangan harap la nak turun,apa-apa pun nilah harga petrol untuk tahun 2010 ni.masuk 2011 nanti aku sendiri pun tak dapat nak jangka berapa harga kerajaan nak naikkan lagi.Agak-agaknya kalau kita semua dipanjangkan umur,berapa ya harga petrol pada tahun 2015 nanti..aku pun tak pasti..ok,selamat meninggalkan tahun 2010 dan selamat datang 2011,bermulalah era baru dalam kamus putaran dunia.Mungkin dugaan lain akan muncul,mungkin rezki yang tak disangka-sangka akan singgah depan rumah kita...siapa tahu...