Monday, August 16, 2010

Terkadang kita salah dalam rukun sembahyang.

Assalamualaikum..

Aku sendiri pun terkadang salah dalam banyak urusan yang melibatkan rukun dalam solah.Mujurlah setiap masa Allah meminpin kita agar sentiasa berada pada landasan Allah.

"Solahlah kamu sebagaimana aku solah"

Ini merupakan hadith sohih perihal cara sembahyang Nabi kita Muhammad SAW.Namun kita terkadang banyak melakukan banyak kesalahan dalam melakukannya.Mungkin kita tak mahu belajar dengan mencari sumber hadith yang soleh atau setia dengan apa yang pernah kita pelajari semasa dalam sekolah rendah dulu hingga tak mahu belajar lagi.Ketahuilah bahawa sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada hujungnya dan kita haruslah belajar setiap hari dan berdoa agar Allah memberi kita ilmu dan memperbetulkan kesilapan yang kita lakukan.


Gambar diatas merujuk kepada cara yang betul ketika kita mengangkat Takbir mengikut sunnah Rasullallah.Dalam ruangan masjid memang biasa kita melihat berbagai "style"waktu Takbirratul ihram.Namun 99% adalah salah sebagaimana contoh gambar dibawah.Ada yang dengan gaya menjulang tangan keatas langit,memusingkan telapak tangan menutup kedua telinga dan banyak lagi.Cara yang betul adalah menghadapkan kedua telapak tangan kearah Kiblah dan hujung jari kedua tangan selari dengan kedudukan bahu.

Gambar dibawah pula menunjukkan cara Ruku'Yang salah dan tidak mengikut saranan Rasullallah.Kedudukan tangan melepasi lutut dan struktur badan tidak rata.

Gambar dibawah adalah kedudukan Ruku'yang betul dan kemas sebagaimana sunnah Rasulallah.Memang jelas perbezaan antara dua cara Ruku' tersebut.

Dua gambar dibawah merupakan cara sujud yang disyariatkan dengan kedudukan dahi dan hidung selari diatas lantai.Kedudukan kaki pula haruslah rapat dan jari kaki terpasak kelantai.Situasi sujud yang biasa kita lihat adalah kedudukan dahi dilantai,tapi hidung tidak mencecah lantai,manakala kedudukan kaki ada yang terbuka luas hingga menampakkan pangkal lutut jika yang solah memakai sarung.Mamat dalam gambar ni tak pakai songkok la pulak..tapi kena pakai songkoklah kalau nak ikut Sunnah..!


Gambar di bawah ni merupakan satu situasi paling payah nak kita lakukan dalam Sof jemaah.Aku banyak kali buat perkara ni iaitu merapatkan tepi kaki dengan tepi kaki jemaah sebelah aku,namun member kat sebelah tu merapatkan kaki sebab tak nak berlaga tepi kaki..aku kasi rapatkan lagi kaki aku...eeehhh..dia makin kepit..last-last selesai solah aku tanya apasal ko tak nak rapatkan kaki time solah tadi..?member jawab..tak selesa..perghhh...!benda mengikut sunnah dia boleh kata tak selesa..tapi setelah aku cuba terangkan..member ni mula faham...tapi macamana pula dengan para jemaah yang ramai kat luar sana tu yang tak faham...aku rasa aku nak print gambar ni dan letakkan pada papan kenyataan masjid yang biasanya tempat orang menampal iklan businessnya....hampeh punya orang nak buat iklan free kat masjid...!


Oklah semoga sedikit ilmu yang aku shere ni korang dapat rialisasikan dalam solah korang,biarlah kita rasa kita dipandang pelik tapi kita cuba berubah dari yang salah kepada yang benar,..kalau takat dah lama tahu benda ni tapi tak berani nak buat...korang sebenarnya tak nak mencari hidayah Allah...Wassalam.

2 comments:

Lokman said...

mohon guna gambar diatas. ^_^

naftalena said...

Silakan tuan,maaf terlepas pandang komen tuan..