Sunday, May 30, 2010
Lighting Art
Assalamualaikum..
Baru balik dari Terengganu petang tadi,ini merupakan update aku setelah lama aku tak menjengguk blog ni.Pantai timur sekarang ni hampir musim tengkujuh dan menandakan musim mencandat sotong akan berakhir.Laut mula bergelora tanpa peduli siapa pengunjung yang hadir.Aku banyak habiskan masa dikawasan perkampungan Menggabang.Suasana kampung disana sama dengan suasana kampung aku sekitar tahun 1980an..cuma aku bukan nelayan macam mereka..80% struktur binaan disana masih lagi style 80an...kampung tu memang indah dan sungguh nostalgia.Tapi konsep moden pun ada cuma tak banyak.Kalau kat over sea ada musim sejuk dan semua penduduk akan melepak selama 3-4 bulan...kat sana kalau musim tengkujuh dan laut bergelora...mereka pun akan melepak macamtu juga.Tapi aktiviti ekonomi tetap berjalan seperti biasa kerana sebelum musim tengkujuh mereka akan simpan stok untuk kegunaan 3-4 bulan.Mereka ada cara mereka untuk mengekalkan kestabilan ekonomi diorang walaupun kita nampak mereka selalu main dam kat warung..sekarang baru aku faham mereka memang mempunyai perancangan dan ketepatan dalam hal ekonomi diorang.
foto ni tak de kena mengena pun dengan masyarakat kat sana cuma foto ni diambil di Terengganu...waktu malam kat bawah pokok sena depan chalet tempat aku berkampung.InsyaAllah next update kita selongkar pulak negeri Terengganu...Wassalam..
Labels:
Finepix s7000 cybershoot 1/10000
Friday, May 21, 2010
Abd Rahim Moazenzadeh Ardabili
Assalamualaikum..
Ramai yang tak kenal manusia istimewa ni.Beliau dilahirkan pada tahun 1925 di Ardebil, dan dididik dalam keluarga religius. Ayahnya bernama Sheikh Abdul Karim Moazen warga kelahiran Iran.Sheikh Abdul Karim terkenal kerana suaranya sering berkumandang di stesen radio Iran sekitar tahun 1943-1947.Beliau meninggal dalam tahun 1947,dan jawatannya disandang oleh puteranya Abd Rahim Moazenzadeh.
Abd Rahim terkenal dengan pewaris Muadzan dari ayahnya serta mengekalkan keunikan lagu serta gaya bahasa Parsi Bayat "Tork" (itu adalah gaya dalam bahasa Bahasa Parsi muzik).Beliau meninggal dunia dalam usia 80 tahun pada 26 May 2005 di Tehran.
SubhanaAllah...sama-sama kita hayati laungan Azan oleh Moazenzadeh..
Click sini
Ramai yang tak kenal manusia istimewa ni.Beliau dilahirkan pada tahun 1925 di Ardebil, dan dididik dalam keluarga religius. Ayahnya bernama Sheikh Abdul Karim Moazen warga kelahiran Iran.Sheikh Abdul Karim terkenal kerana suaranya sering berkumandang di stesen radio Iran sekitar tahun 1943-1947.Beliau meninggal dalam tahun 1947,dan jawatannya disandang oleh puteranya Abd Rahim Moazenzadeh.
Abd Rahim terkenal dengan pewaris Muadzan dari ayahnya serta mengekalkan keunikan lagu serta gaya bahasa Parsi Bayat "Tork" (itu adalah gaya dalam bahasa Bahasa Parsi muzik).Beliau meninggal dunia dalam usia 80 tahun pada 26 May 2005 di Tehran.
SubhanaAllah...sama-sama kita hayati laungan Azan oleh Moazenzadeh..
Click sini
Labels:
Bicara Ilmu
Friday, May 14, 2010
piala Thomas
Assalamualaikum..
Perlawanan antara Malaysia dengan China langsung tan mendebarkan aku..Pemain Malaysia macam tak cukup semangat walaupun puluhan ribu manusia berjemaah menunaikan solah maghrib di stadium Bukit Jalil.Kalau nak ikitkan Malaysia sepatutnya membawa perlawanan ke rubergame,ini straight side...sungguh said aku rasa..langsung tak memberikan tekanan terhadap pemain China..aku rasa kena tukar jurulatihlah kalau nak piala Thomas kembali ke genggaman.Ahhhh..malas nak cerita lebih..Ahad ni dok depan TV tengok Cina lawan Indon..Boring dengan corak bergaya para pemain negara...
Labels:
Senyum Kambing
Saturday, May 8, 2010
Samarkand-BLOODSHED
Assalamualaikum..
Lagu ni pernah dimainkan dan popular sekitar tahun 1980 an.Walaupun susunan muziknya terlalu advance pada zamannya,namun pada era 2000 lagu ni mendapat tempat dihati para penggemar lagu berkonsep Rock.Ada maksud tersirat disebalik iringan muzik rock yang mungkin membingitkan kepada peminat muzik Jazz..Sebelum memainkan lagu ni eloklah anda click pause player untuk background muzik dibahagian "It's so cool" supaya kualiti muziknya dapat didengar dengan jelas..sama-sama kita hayati lirik lagu ni..
Samarkand-Bloodshed
Dia antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran
Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Walau getir di tempoh jua
Dilaluan sutera
Mengalir ketenangan
Titis darah, mensuci kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya
Samarkand, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu
Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan di jiwa
Samarkand,Samarkand,Samarkand
Samarkand sebahgian dari kebangkitan
Samarkand, engkau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria
Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti
Samarkand,Samarkand,Samarkand
Samarkand sebahgian dari kebangkitan.
Labels:
Video
Friday, May 7, 2010
KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)
Assalamualaikum..
Kali ni aku nak shere kisah pokok kelapa Pandan yang bakal aku usahakan selewat-lewatnya awal bulan depan sekiranya diizinkan Allah.Setakat ni sumber biji benih hanya terdapat di kawasan Hutan melintang,Perak.bukan kat kawasan Batu Pahat takde,tapi risau benih yang dibekalkan adalah dari jenis G4 dan keatas.Kalau di Perak tu Benih memang sah diambil dari pokok induk jenis G1 dari Thailand.Benih ni memang didatangkan dari sana kerana Thailand adalah pembekal asal dan utama kelapa Pandan ni.Ada satu kes yang mana seorang pengusaha membeli benih pokok kelapa ni dari seorang pembekal sebanyak 250 pokok.Cukup masa 3 tahun hasil tuaian tidak berbau wangi seperti kelapa pandan.Setelah dikaji apa punca masalahnya didapati benih tersebut bukan dari pokok induk atau dikenali sebagai benih G4.Maksudnya,pokok induk menghasilkan buah lalu dijadikan benih(G2).Benih tersebut ditanam dan menghasilkan buah dan dijadikan benih lagi(G4)dan seterusnya...Kesimpulannya benih kelapa pandan Ori harus diperolehi dari pokok induk yang hanya ditanam untuk tujuan penghasilan benih,dan bukan seperti yang banyak dipasaran sekarang so harus berhatti-hati.kita ikuti sedikit sebanyak kisah kelapa pandan ni sebelum memulakan projek tanaman tersebut.
Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'. Keistimewaan kultivar kelapa wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat bersegi tiga dibahagian bawah.
Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.Anak kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.
Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2 bulan selepas persenyawaan.Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut.Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.
Petua Memilih Kelapa Pandan
Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan. Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli. Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya. Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan. Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih. Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.
(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
Labels:
Bicara Ilmu,
Senyum Kambing
Thursday, May 6, 2010
Andrographis paniculata
Assalamualaikum..
Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia) adalah nama-nama glamour kepada pokok herba yang semakin kita lupakan berasal dari keluarga Acanthaceae.Dulu aku selalu minum air dari daun pokok ni yang direndam dalam air panas.2 helai dah cukup untuk membuatkan lidah kita terasa kebas akibat pahitnya macam hempedu.
Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna putin ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya akan pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitar 30 cm persegi.
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah,tetapi awas jika dimakan atau diminum secara berlebihan akan menyebabkan sel darah menjadi cair.
Boleh dijadikan amalan meminum air dari daunnya yang direndam dengan air panas seminggu sekali.Selamat mencuba..
Labels:
Bicara Ilmu
Tuesday, May 4, 2010
Lihatlah hatimu wahai sahabat.
Assalamualaikum..
Rosulullah bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang artinya:
“Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rusak maka akan rusak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati.”
Maka hati bagaikan raja yang menggerakkan tubuh untuk melakukan perbuatan-perbuatan nya, jika hati tersebut adalah hati yang baik maka seluruh tubuhnya akan tergerak untuk mengerjakan hal-hal yang baik, adapun jika hatinya adalah hati yang buruk maka tentunya juga akan membawa tubuh melakukan hal-hal yang buruk. Hati adalah perkara utama untuk memperbaiki manusia, Jika seseorang ingin memperbaiki dirinya maka hendaklah ia memperbaiki dahulu hatinya!!!
Ketahuilah, hati ini merupakan penggerak bagi seluruh tubuh, ia merupakan poros untuk tercapainya segala sarana dalam terwujudnya perbuatan. Hati laksana panglima yang memompa pasukannya untuk melawan musuh atau melemahkan mereka sehingga mundur dari medan peperangan. Karena hati disifatkan dengan sifat kehidupan dan kematian, maka hati ini juga dibagi dalam tiga kriteria yakni hati yang mati, hati yang sakit dan hati yang sihat.
1. Hati yang Sihat
Yaitu hati yang selamat, hati yang bertauhid (mengesakan ALLAH dalam setiap peribadatannya) , di mana seseorang tidak akan selamat di hari akhirat nanti kecuali ia datang dengan membawa hati ini. ALLAH berfirman dalam surat as-Syu’ara ayat 88-89:
“(Yaitu) hari di mana tidak berguna lagi harta dan anak-anak kecuali mereka yang datang menemui ALLAH dengan hati yang selamat (selamat dari kesyirikan dan kotoran-kotorannya) .” (QS. Asy Syu’ara: 88,89)
Hati yang sehat ini didefinisikan dengan hati yang terbebas dari setiap syahwat, selamat dari setiap keinginan yang bertentangan dari perintah ALLAH, selamat dari setiap syubhat (kerancuan-kerancua n dalam pemikiran), selamat dari menyimpang pada kebenaran. Hati ini selamat dari beribadah kepada selain ALLAH dan berhukum kepada hukum selain hukum Rosul-Nya. Hati ini mengikhlaskan peribadatannya hanya kepada ALLAH dalam keinginannya, dalam tawakalnya, dalam pengharapannya dalam kecintaannya Jika ia mencintai ia mencintai karena ALLAH, jika ia membenci ia membenci karena ALLAH, jika ia memberi ia memberi karena ALLAH, jika ia menolak ia menolak karena ALLAH. Hati ini terbebas dari berhukum kepada hukum selain ALLAH dan Rosul-Nya. Hati ini telah terikat kepada suatu ikatan yang kuat, yakni syariat agama yang ALLAH turunkan. Sehingga hati ini menjadikan syariat sebagai panutan dalam setiap perkataan dan perbuatannya.
ALLAH berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian bersikap mendahului ALLAH dan Rosul-Nya, bertakwalah kepada Alloh, sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujurot: 1)
Pemilik hati yang sehat ini akan senantiasa dekat dengan Al Quran, ia senantiasa berinteraksi dengan Al Quran, ia senantiasa tenang, permasalahan apapun yang dihadapinya akan dihadapi dengan tegar, ia senantiasa bertawakal kepada-Nya karena ia mengetahui semua hal berasal dari ALLAH dan semuanya akan kembali kepada-Nya. Di manapun ia berada zikir kepada ALLAH senantiasa terucap dari lisannya, jika disebut nama ALLAH bergetarlah hatinya, jika dibacakan ayat-ayatNya maka bertambahlah imannya.
Pemilik hati inilah seorang mukmin sejati, orang yang ALLAH puji dalam Firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (sempurna imannya) ialah mereka yang bila disebut nama Alloh gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Allohlah mereka bertawakkal (berserah diri).” (QS. Al-Anfaal: 2)
2. Hati yang Mati
Hati yang mati adalah hati yang tidak mengenal siapa Robbnya, ia tidak menyembah-Nya sesuai dengan perintah-Nya, ia tidak menghadirkan setiap perbuatannya berdasarkan sesuatu yang dicintai dan diridhai-Nya. Hati ini senantiasa berjalan bersama hawa nafsu dan kenikmatan dunia walaupun di dalamnya ada murka ALLAH, akan tetapi hati ini tidak memperdulikan hal-hal tersebut, baginya yang terpenting adalah bagaimana ia bisa melimpahkan hawa nafsunya. Ia menghamba kepada selain ALLAH, jika ia mencinta maka mencinta karena hawa nafsu, jika ia membenci maka ia membenci karena hawa nafsu.
ALLAH berfirman:
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Alloh membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Alloh mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Alloh (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (QS. Al Jaatsiyah: 23)
Pemilik hati ini jika dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran maka dirinya tidak tergetar, ia senantiasa ingin menjauh dari Al Quran, ia lebih senang mendengar suara-suara yang membuatnya lalai, ia lebih senang mendengar nyanyian, mendengar musik, mendengar suara-suara yang menggejolakkan hawa nafsunya. Pemilik hati ini senantiasa gelisah, ia tidak tahu harus kepada siapa ia menyandarkan dirinya, ia tidak tahu kepada siapa ia berharap, ia tidak tahu kepada siapa ia meminta, kehidupannya terombang-ambing, ke mana saja angin bertiup ia akan mengikutinya, ke mana saja syahwat mengajaknya ia akan mengikutinya, wahai betapa menderitanya pemilik hati ini!
3. Hati yang Sakit
Hati ini adalah hati yang hidup namun mengandung penyakit. Hati ini akan mengikuti unsur kuat yang mempengaruhinya, terkadang hati ini cenderung kepada “kehidupan” dan terkadang cenderung kepada “penyakit”. Pada hati ini ada kecintaan kepada ALLAH, keimanan, keikhlasan dan tawakal kepada-Nya. Akan tetapi pada hati ini juga terdapat kecintaan kepada syahwat, ketamakan, hawa nafsu, dengki, kesombongan dan sikap bangga diri.
Ia ada di antara dua penyeru, penyeru kepada ALLAH, Rosul dan hari akhir dan penyeru kepada kehidupan duniawi. Seruan yang akan disambutnya adalah seruan yang paling dekat dan paling akrab kepadanya.
Pemilik hati ini akan senantiasa berubah-ubah, terkadang ia berada dalam ketaatan dan kebaikan, terkadang ia berada dalam maksiat dan dosa. Amalannya senantiasa berubah sesuai dengan lingkungannya, jika lingkungannya baik maka ia berubah menjadi baik adapun jika lingkungannya buruk maka ia akan terseret pula kepada keburukan.
Demikianlah, hati yang pertama adalah hati yang hidup, khusyu’, tawadhu’, lembut dan selalu berjaga. Hati yang kedua adalah hati yang gersang dan mati. Hati yang ketiga adalah hati yang sakit, kadang-kadang dekat kepada keselamatan dan kadang-kadang dekat kepada kebinasaan.
Maka wahai kaum muslimin! hendaknya kita menginterospeksi diri kita sendiri, termasuk dalam golongan yang manakah hati kita? apakah hati kita termasuk dalam hati yang sehat, hati yang sakit atau malah hati kita telah mati? Maka renungkanlah Firman ALLAH dalam surat Al-Kahfi ayat 49:
“Dan diletakkanlah kitab (kitab amalan perbuatan), lalu kamu akan melihat orang-orang berdosa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan hadir (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.” (QS. Al Kahfy: 49)
Dan sebaliknya Firman-Nya dalam Surat Al-Kahfi ayat 29-30:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik. Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga ‘Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah.” (QS. Al Kahfy: 29,30)
Wahai ZAT yang membolak-bolakkan hati, teguhkanlah hati kami diatas agamaMU, wahai ZAT yang membolak-balikkan hati tuntunlah hati kami teguh di atas ketaatan kepada-MU… AAAMMMIIIN..
***
Penulis: Abu Sa’id Satria Buana
Murojaah: Ustadz Abu Sa’ad
Labels:
Bicara Ilmu
Monday, May 3, 2010
Im back..!
Assalamualaikum..
Baru je sampai rumah dari Jerantut..lupa bawak kamera pulak tu...nasib baik tak lupa bawak anak bini..hahaha..perjalanan yang memeritkan anak tekak akibat cuaca panas melampau.Insya Allah destinasi akan datang lebih menarik.Aku belum pernah lalu jalan pantai ke pantai Timur..nanti sampai masa mesti shoot gambar-gambar menarik kat sana.Ok diam tak diam dah masuk bulan Mei 2010..bumi makin ganas berputar tanpa peduli keadaan penghuninya...atau kita yang lalai dengan kesibukan kerja..
Wassalam..
Baru je sampai rumah dari Jerantut..lupa bawak kamera pulak tu...nasib baik tak lupa bawak anak bini..hahaha..perjalanan yang memeritkan anak tekak akibat cuaca panas melampau.Insya Allah destinasi akan datang lebih menarik.Aku belum pernah lalu jalan pantai ke pantai Timur..nanti sampai masa mesti shoot gambar-gambar menarik kat sana.Ok diam tak diam dah masuk bulan Mei 2010..bumi makin ganas berputar tanpa peduli keadaan penghuninya...atau kita yang lalai dengan kesibukan kerja..
Wassalam..
Labels:
Senyum Kambing
Subscribe to:
Posts (Atom)