Tak Ada Yang istimewa kecuali ucapan syukur kehadrat Allah atas segala nikmat untuk kami sekeluarg.Upgrade B full bln ni buat kenang²an.

Wednesday, September 24, 2025
Monday, August 4, 2025
Jaga adab dan akhlak
Assalamualaikum,suasana pagi ni masih redup tapi tak mendung,langit bersinar namun tiada sang mentari.Sejuk mata saksikan alam damai ciptaan Allah,terima kasih ya Rab masih sudi pinjamkan roh dalam jasad ni untuk terus jadi hambamu yang setia,peliharakan iman dan taqwa kami sekeluarga agar nanti cukup syarat kami untuk tinggal kekal dalam syurgamu.
Kita tak perlu jadi mahal untuk dihargai dan dikasihi,cukup apa yang kita buat adalah kerana Allah yang cipta dan hadirkan kita dipentas dunia sementara ni.Tak perlu bersinar setara mentari tapi cukup tidak menggelapkan suasana,aku pernah belajar hidup dengan akhlak dan budi pekerti bukan untuk tujuan dihormati tapi untuk satu jawaban yang mana soalan tersebut sedang menunggu kita dialam barzah nanti.
Ikhlas tak perlu diucap,gembira tak perlu ketawa dan sedih tak mesti menangis,ingat satu perkara,kita cuma hamba,kita adalah hina tanpa iman dan taqwa,contohilah penghulu kepada sekalian makhluk dimuka buni ini kerana Allah datangkan baginda untuk jadi ikutan dan itulah landasan yang Allah mahu.
Kepada anak² dan isteri dibawah jagaan aku,semoga Allah selalu Jaga kalian didunia sampai sempurna perjalanan kita menuju alam abadi.
Friday, July 4, 2025
Friday, June 20, 2025
Penang-Cameron
Test long distance drive ke utara,bole tahan lagi,plus minus 10 jam ke penang,mantap cx30 utk long jurney,Bole cuba sapa² diluar sana.
Thursday, May 29, 2025
Budak ni konvo syahadah
Abg suki balik kg sekejap nak hadiri konvo syahadah sabtu semalam,ahad lpas habis majlis balik madrasah semula.
Bln ni cuaca panas terik,hati² buat jerja luar,banyakkan minum air masak,jangkaan sampai penghujung september atau oktober.
Labels:
Senyum Kambing
Monday, April 7, 2025
Aidilfitri 2025
Alhamdulillah masuk 8 syawal hari ni,Terima kasih Allah lanjutkan usia kami sekeluarga untuk terus beribadah dan menjadi hambamu yang bertaqwa.
Izinkan kami sekeluarga untuk beribadah kepadamu untuk Ramadhan tahun hadapan dalam keadaan sihat sekeluarga.
Friday, March 14, 2025
Ramadhan Kareem 2025
Allah,Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini adalah sebaik² bulan utk kami sekeluarga dan juga seluruh saudara² muslim diluar sana.
Hari ni adalah ramadhan ke 13 bersamaan 14 mach 2025.
2 minggu lagi kita akan berpisah dengan ramadhan tahun ni,semoga berjumpa lagi tahun berikutnya.
Monday, January 6, 2025
2024/2025
Bln 12 akhir tahun 2024 semalam agak leka dengan jarum masa sampai sedar² dah 6 Jan 2025.
Taun lepas penuh warna warni Allah aturkan jalan hidup kami,semoga disitu ada barakah dan rahmatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)