Wednesday, December 20, 2023

Kau pergi dulu Sahabat

Semalam 19/12/23
Sahabat sepermainan,sahabat sekolah
Kembali kehadrat Allah,terima kasih Allah kenalkan aku dengan beliau.Memori dunia kita akan aku simpan sampai akhirat,semoga tenang disana.

Thursday, November 30, 2023

Save Palestine

Al_Qud sedang berperang dan Allah turunkan ujian besar beserta hadiah syahid untuk para pejuang.Kita disini jangan putus² berdoa agar Allah beri pertolongan kepada para mujahid dan penduduknya.Izinkan kami ya Allah melawat bumi Ambia ini satu masa nanti.

Friday, October 27, 2023

Oktober blues

Lewat sikit update sebab ada sikit bizi,
Bulan ni Puan siti kami lepaskan,semoga tuan baru lebih penyayang.
Tak bole recall bulan ni punya cerita memandangkan semua kejadian berlaku secara mengejut,Alhamdulillah Allah selalu jaga kami sekeluarga.

Wednesday, September 27, 2023

Main pondok² jap

Tak de apa nak update kat zonjuly ni,sebab bulan ni aku rasa macam tak cukup kaki tak cukup tangan,sakit badan,demam selswma semua ada,dugaan,anyway projek store atas kalbat subtank siap sepenuhnya.
Bulan depan buah hati nak keluar,tazabar tunggu huhuhu.
Esok plan nak gi somban kalau jadi,ehhh macam tulis diari plak..
Oklah share gambar jeklah..
Tq

Monday, August 21, 2023

we"re vintage now

Ogos ni projek siapkan store diatas septic tank,jarang dibuat orang tapi itu jek ruang yg aku ada.plan guna besi tapi last² guna kayu juga,sebab utama besi tu kurang nilai estatik compare hasil kerja kayu,..giteww.
Pertengahan bln smalam sempat jumpa sepupu sepapat di majlis perkahwinan sepupu yg mana mereka² ni membesar dengan aku cuma tempat berasingan,sekarang masing² dah ada hala tuju sendiri.Kami banyak memori dizaman sebelum baligh sampai ke sekarang,memori indah yg tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Anyway thanks kezan sekejap tapi kita still macam dulu.

Thursday, July 6, 2023

4_6/7/1976

Zonjuly meningkat umur lagi setahun taun ni,usia perkahwinan pon dah meningkat setahun,terima kasih Allah masih bagi kami kesihatan utk terus beribadah dan menghambakan diri kepada mu.
Semoga Allah redha dengan segala urusan kami sekeluarga.
Terima kasih Allah.

Saturday, June 10, 2023

Selamat tinggal Sahabat 8 Jun 2023

Terima kasih hadir dalam hidup aku selama 20 tahun jadi adik yg baik.,cuma aku yg selalu gagal waktu diuji dengan kau,Allah jadikan kau insan istimewa,berhati mulia,tiada dendam tiada benci.
Kita pernah bergaduh tapi Allah pelihara persahabatan kita sampai akhir.Semoga Allah letak kemuliaan atas kamu disisi Nya.

Wednesday, June 7, 2023

Selamat tinggal sayang

Musim panas dah mula melanda sepangang Jun-Sept ni,cuaca memang perit.Aku lebih suka duduk tempat teduh dibanding main panas huhuhuhu.
Tajuk utk entry aku tu ditujukan kepada kuda merah yg umurnya genap setahun smalam,Bukan tak suka tapi upgrade system kepada kapasiti beso sikit,sama jugak dengan kuda kelabu aku yg umurnya baru 4 tahun,upgrade jugak nampaknya.Semoga tuan baru boleh jaga dia dengan lebih baik dari aku.
Cuti skolah smalam bawak anak dara ngan wife aku lepak atas banjaran biasa tu..tapi Jalan jem..hampas..duduk bilik jek tarik selimut.

Wednesday, May 17, 2023

Syawal 26 1444-1445 H

Masih dalam bulan syawal,masih diberi kekuatan dan kesihatan melangsungkan urusan dan Amanah Allah,terima kasih Allahurabbi.
Raya macam biasa,tahun ni serba sederhana macam tahun² sudah.
Yang wajib rutin raya dah dilaksana,kita lalu dengan tenang dan redha.
Sikit² jek amik gambar raya,marhaban kampung dan sahabat handai.,
Cuaca agak lain macam sekarang panas tahap dewa.Ok nanti kita cari tempat sejuk² utk rest.

Wednesday, April 19, 2023

Ramadhan to syawal 1444 H

Hari ni dah masuk ramadhan ke 28 dan Allah beri kami sekeluarga kelancaran dalam segenap urusan,terima kasih Allah.
Kalau tak Jumaat mungkin sabtu Syawal menjelma,semoga Allah terima dan redha amal ibadah kami sekeluarga.