Motosikal ni dibeli tahun 2001 dan berhenti berkhidmat secara total tahun 2010.Tinggal sepi ditepi bangsal,tak bermaya.
Awal bln June 2022 baru tergerak nak restore balik walaupun modalnya bukan kaleng².Sparepart model ni agak payah dan harga sesukahati diletakkan,apa nak buat kita dah niat nak baikpulih,kena tabah..
Kos ditanggung biarlah aku jek yg tahu,anggaran sebiji motor baru jugalah..
Alhamdulillah hari Jumaat semalam siap dan baru pagi tadi sempat ambil bawak balik.
Hampir 90% part adalah original tak ditukar,hanya beberapa part yg terpaksa ditukar kerana tak boleh digunakan lagi.