Saturday, November 17, 2018

Budak 2 ni konvo

Pagi tadi Ayrish konvo di Palican Hotel,sebelah petang Abg Shukrey konvo di Dewan Sri Sulong.Jadual  padat betul hari ni.
Aku dulu dah tua baru merasa konvo,dengar muzik gong² bagai..budak sekarang 5 tahun dah start konvo..dunia dah akhir betul.


Tuesday, November 13, 2018

Langkawi island

Selepas 10 tahun tak kesini,banyak dah berubah tempat ni.Cuaca panas dan kering memang kurang mood nak ke pantai.Awal² pagi semalam settlekan misi nak ke sky bridge dengan shukrey,adik dan omi lepak kat check point jek..tu pun syukur sampai juga naik cable car.Adrenalin klua mencurah² lalu atas sky bridge.
Harini petang ada aktiviti islan hopping sampai kol 6,esok pagi dah flight balik JB.