Wednesday, January 31, 2018

Gerhana bulan

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa fenomena GERHANA BULAN PENUH (100%) akan berlaku pada hari Rabu malam Khamis, (14 malam 15 Jamadil Awwal 1439H ) bersamaan 31 Januari 2018. Sehubungan itu, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 9:33 malam. 
                 

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan :  

Rakaat Pertama 

Lafaz niat :
1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka'at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Takbiratul Ihram (serta niat)

3. Membaca doa Iftitah

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Kafirun

6. Ruku'

7. I'ktidal

8. Membaca surah al-Fatihah

9. Membaca surah al-Ikhlas

10. Ruku'

11. Iktidal

12. Sujud

13. Duduk antara dua sujud

14. Sujud kedua

Rakaat Kedua :

15. Membaca surah al-Fatihah

16. Membaca surah al-Falaq

17. Ruku'

18. Iktidal

19. Membaca surah al-Fatihah

20. Membaca surah an-Nas 

21. Ruku'

22. Iktidal

23. Sujud

24. Duduk antara dua sujud

25.Sujud kedua

26. Duduk tahiyat akhir

27. Memberi salam.

* Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

* Memperbanyakkan Istighfar

* Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

* Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

* Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan 
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH :

Detik - detik Gerhana Bulan penuh :

7:50 Petang       :       Bulan mula memasuki bayang gelap bumi

8:22 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 50%

8:53 Malam        :       Gerhana bulan dengan kadar 100%

9:33 Malam        :        Kemuncak gerhana bulan penuh

10:28 Malam      :        Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi

11:10 Malam      :        Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Sumber : Pejabat Mufti Negeri Johor.

Sunday, January 7, 2018

Terima kasih Bapak

https://youtu.be/unE8E581RMc

Terima kasih Bapak,biar kita simpan cerita kita sampai bila²..terima kasih besarkan aku dan beri aku ilmu cara Bapak.

Tuesday, January 2, 2018

Bas stand Jln Omar

Bangunan tempat menunggu bas yang lama dah dirobohkan ganti dengan bangunan lain,saja nak save gambar ni utk yg pernah berurusan di sini,turun naik bas,tunggu bas,pasar tani...

Monday, January 1, 2018

2k18

Start malam tadi hujan tak henti sampai sekarang,Tahun masihi dah berganjak tinggalkan 2k17,.Apa menu atucara tahun ni kita sama² tunggu dan lalu.