Utk kali kedua,aku serahkan abg shukrey kepada ustaz Abit Lew.Selain kemantapan rohaninya,aku dan isteri juga perlu recharge rohaniah kami agar sentiasa berada pada tahap mantap dlm mengharungi dunia akhir zaman ni.Kumpullah dan simpanlah harta sebanyak mana,kalau jiwa kita kosong,semua tu akan jadi nikmat,tapi kalau jiwa kita sentiasa ada batas rohani,harta itu cuma sebagai pinjaman dan jangan disalah guna,harta bukan nikmat tapi pinjaman,amanahkah kita menguruskannya??
Monday, December 10, 2018
Saturday, November 17, 2018
Budak 2 ni konvo
Pagi tadi Ayrish konvo di Palican Hotel,sebelah petang Abg Shukrey konvo di Dewan Sri Sulong.Jadual padat betul hari ni.
Aku dulu dah tua baru merasa konvo,dengar muzik gong² bagai..budak sekarang 5 tahun dah start konvo..dunia dah akhir betul.
Tuesday, November 13, 2018
Langkawi island
Selepas 10 tahun tak kesini,banyak dah berubah tempat ni.Cuaca panas dan kering memang kurang mood nak ke pantai.Awal² pagi semalam settlekan misi nak ke sky bridge dengan shukrey,adik dan omi lepak kat check point jek..tu pun syukur sampai juga naik cable car.Adrenalin klua mencurah² lalu atas sky bridge.
Harini petang ada aktiviti islan hopping sampai kol 6,esok pagi dah flight balik JB.
Saturday, October 27, 2018
Abg Shukrey Interview
Jauh perjalanan kami tapi tak sejauh perjalanan hidup yg bakal Abg Shukrey lalui nanti.Babah dan Omi doakan Allah sentiasa pekihara dan beri tunjuk ajar kepada Abg.Untuk bekalan hari mendatang yg penuh tipudaya..Inilah ikhtiar omi dan Babah utk kamu,semoga Allah lorongkan kita sekeluarga pada jalan yg lurus.
Thursday, October 18, 2018
Rumah kayu tiang 1k
Harga rumah kayu dah tak de mampu milik era aku ni.,koman2 pun kena 200k utk sebiji rumah 3 bilik.Apa nak buat..ikhtiar jek sampai jadi..semoga ada menangan masa hadapan utk anak cucu.
Sunday, September 16, 2018
Saturday, September 15, 2018
Carpenter
Start 22 July sampai ni lom siap projek budak Jawa ni..dahlah banyak cuti..kerja tak siap2.
Sampai setakat tarikh hari ni baru 90%..harap masih boleh bersabar ..
Kalau upahkan catpenter lain kompom dah siap bln lepas.
Kikikiki...kasi update progress sikit dari awal projek sampai hari ni.
Wednesday, August 22, 2018
Salam Aidil Adaha
Aktiviti hari ni selesaikan Amanah yg Allah beri,sentiasa syukur dengan setiap rezeki yg Allah pinjamkan kepada kita,dia berhak memberi dan Dia juga berhak mengambil semula..syukurlahh dengan setiap pemberiannya.
Next,Shukrey dan Ayrish pulak..nak cari kambing boer plak kalau ada rezeki,dua ekor kambing kibas biasa utk kali ni dapat dah tinggal yg sedang2 jek..lambat bertindak,org lain yg awal dah kebas..
Sunday, August 19, 2018
Rewang
Tahniah Abg Md Noor dan Kan Adah dapat menantu perempuan.Aku rewang makan jej dari mlm tadi sampai tghari ni.Zaman ni dah tak de rewang,makan dan canopy under syarikat Katering..siap makan damai skali.Sapa nak business makan masa ni perlu bersaing dengan diirg ni.Nak business katering bukan sikit modal,jadi carilah business yg tak banyak modal tapi income boleh dijana.
Aku tgh cari lagi satu business bidang servis yg tak guna modal tapi org perlukan..
Business cuci kusyen dan karpet dah on cuma marketing kena kuat sikit.Kalau panjang umur ada 21 tahun lagi utk sama dengan umur nabi..perlu cari business yg boleh sambil buat amal..sedang mencari..
Monday, July 23, 2018
4 July 2018
Birthday dan anniversary tahun ni banyak yg menarik..terima kasih Allah,cuma tak sempat nak kongsi di zonjuly..
Semoga Allah beri umur ini dengan iman dan kesihatan utk aku terus beribadah kepadanya.
Tuesday, June 19, 2018
40 series Syawal 2nd 1439 H
Jumpa lagi rakan sepermainan diusia kanak2..kini kami sudah awal 40an..kami akrab semasa kecil dan masih bersahabat sehingga sekarang,biarpun terpisah ditempat masing2.Banyak memori suka duka semasa kami kecil,banyak tempat memori yg kami kunjungi agar kenangan itu tetap kekal selama hidup kami sebagai sejarah.Andainya ada antara kami yg pergi dahulu,pastikan kalian ada bersama2 diatas tanah perkuburan.
Marhaban Aidilfitri macam biasa,pit stop rumah zakey..
Monday, May 14, 2018
Alhamdulillah New Goverment
Dalam sejarah 2018 Mei 10 tertubuhnya kerajaan baru utk Malaysia baharu.Perjuangan yg selama ini dikecam rakan dan taulan kerana berbeza pandangan akhirnya membuka mata mereka bahawa kami generasi 'X' bukan mutasi genetik..kami bangun beramai2 ingin perubahan utk generasi selepas kami.Tq Tun and the awesome team sanggup galas tanggungjawab yg kami beri.This me and all Dragon year gen will support u,do a batter job!!