Thursday, September 7, 2017

Filing system

Assalamualaikum,
Salam Aidil Adaha utk semua warga zonjuly yg beragama Islam,Pengorbanan dalam Islam terlalu luas utk didefinasikan,baik dalam bentuk zahir mahupun rohaniah.Segala pengorbanan yg kita lalui adalah simbol atau syarat utk menuju ke satu aras pencapaian yg lebih tinggi.
Bekorbanlah kita untuk mencapai kejayaan didunia mahupun akhirat dan adakalanya setiap pengorbanan itu mampu membuat anda tekorban.
Aku nak share sikit berdasarkan pengalaman yg terjadi dlm company kecil yg mana aku dan Isteri membangunkan seawal tahun 2006 hingga sekarang.Kecacatan demi kecacatan kami perbaiki hingga kami tak perasan satu system wajib dalam company yg biasa kita terlepas pandang atau pandang ringan sebenarnya perkara paling wajib diberi perhatian,so pandanglah ke belakang sesekali agar perkara macam ni tidak menjadi beban atau masalah di belakang hari.
Filing system wajib ada dalam company walau sekecil mana sekalipun business yg anda bina.
Sediakan rak khusus utk menyimpan semua dokumen atau invois perniagaan anda walaupun terkadang ianya dianggap sebagai sampah.Biarkan sampah tersebut tersimpan ratusan tahun kerana suatu masa nanti anda pasti memerlukannya..itupun kalau anda mampu hidup seratus tahun.
Aku pandang remeh perkara ni yg mana akhirnya sesalan tiada gunanya.
Perkara kedua yg perlu anda ambil kira adalah pastikan setiap invois atau resit yg anda terima adalah lengkap,bukan resit atau invois nanti dulu,atau resit sementara.Resit sementara atau invois nanti dulu tidak boleh dijadikan bukti sama sekali.Tuntut hak anda sebagai persediaan utk permasalahan dimasa akan datang.
Semoga bermanfaat.