Lama tak tgk wayang,temankan bebudak dua ketul ni layan Jumanji sblm diorg naik sekolah,boolela wat geli²,Ayrish gi membuta plak😂😂😂😂...layannnn...
Friday, December 29, 2017
Sunday, December 17, 2017
MPM Silalah ambil perhatian
Tak bermaksud nak provoke mana² pihak sekadar berkongsi kesedaran.Aku suka ke Pangkor utk bercuti sebab pulau ni ada ketenangan dan ada sentimental value yg kami akan pelihara sampai akhir hayat.Mohon pihak Majlis Perbandaran Manjhong ambil berat aspek kebersihan pulau indah ini agar generasi akan datang berterima kasih meminjamkan khazanah Allah ini kepada kita sekarang,jangan pula kita nanti dicaci dan di maki akibat kelalaian kita memelihara hak mereka.
Sedih tengok pulau ni sejak kali pertama kali kami datang sampai sekarang budaya pengotor pihak berwajib masih diamalkan,tak boleh salahkan pengunjung sebab kami bayar dan keluarkan modal utk sama² menaikkan ekonomi pulau ini,kesedaran pengunjung mungkin perlu tapi seorang memberi salam kepada yg ramai adalah lebih afdhal..faham maksud aku?...MPM tak bole salahkan pengunjung sebab mereka ada tugas mereka yg telah diamanahkan.
Tolonglah beri kerjasama wahai MPM...adakan akta atau saman atau apa² jua utk menangani masalah ini.Pihak pengusaha challet dan peniaga gerai juga jangan ambil mudah,jangan tamak melihat RM sehingga anda lupa kebersihan persekitaran diabaikan, lihatlah suasana jijik ini sendiri.
Saturday, December 16, 2017
Kg Hj Dhorani
Sesekali habiskan cuti sekolah di kawasan sawah dengan family.Kuala Selangor destinasi pilihan kami kali ni,terima kasih Abg dan Kakak owner homestay Inap desa yg bagi semua kemudahan secara percuma,tangkapkan kami udang,ketam dan sotong.Lain masa kalau ada lalu sini kami singgah lagi nak jelajah sawah padi pula sebab 2 hari kat sana tak cukup masa yg penuh dengan aktiviti.
Lepas ni kembara cuti sekolah kami diteruskan ke pulau kesukaan kami satu family,tungguuuu..
Sunday, November 19, 2017
Saturday, November 11, 2017
Adik konvo
Bagi moral support kat sikecik ni utk tahun 2017,sebak tengok kesungguhan little Abd ni buat persembahan,kredit utk semua warga kerja Mutiara Ghufran little Abd,atas usaha yg cemerlang menjadi pendidik.Sesi 2018 akan lebih gemilang,.
Monday, October 9, 2017
Jodoh itu indah
Maghrib ni aku solah di surau pt yaani,Allah pertemukan aku dengan insan bergelar guru satu masa dulu,masa tu masih dalam tingkatan 1,habis sekolah sampai sekarang langsung aku tak jumpa beliau,itulah namanya jodoh..sungguh indah,tak dapat aku bayangkan.Tempoh pertemuan kami cuma 5 minit sebelum beliau melaungkan azan,tapi cukup utk mengimbau kenangan 28 tahun lalu..subhanallah..terima kasih cikgu kerana ingat saya,ingat nama saya walaupun saya lupa nama cikgu,ingat telinga cikgu sahaja,terima kasih cikgu Jailani.
Thursday, September 7, 2017
Filing system
Assalamualaikum,
Salam Aidil Adaha utk semua warga zonjuly yg beragama Islam,Pengorbanan dalam Islam terlalu luas utk didefinasikan,baik dalam bentuk zahir mahupun rohaniah.Segala pengorbanan yg kita lalui adalah simbol atau syarat utk menuju ke satu aras pencapaian yg lebih tinggi.
Bekorbanlah kita untuk mencapai kejayaan didunia mahupun akhirat dan adakalanya setiap pengorbanan itu mampu membuat anda tekorban.
Aku nak share sikit berdasarkan pengalaman yg terjadi dlm company kecil yg mana aku dan Isteri membangunkan seawal tahun 2006 hingga sekarang.Kecacatan demi kecacatan kami perbaiki hingga kami tak perasan satu system wajib dalam company yg biasa kita terlepas pandang atau pandang ringan sebenarnya perkara paling wajib diberi perhatian,so pandanglah ke belakang sesekali agar perkara macam ni tidak menjadi beban atau masalah di belakang hari.
Filing system wajib ada dalam company walau sekecil mana sekalipun business yg anda bina.
Sediakan rak khusus utk menyimpan semua dokumen atau invois perniagaan anda walaupun terkadang ianya dianggap sebagai sampah.Biarkan sampah tersebut tersimpan ratusan tahun kerana suatu masa nanti anda pasti memerlukannya..itupun kalau anda mampu hidup seratus tahun.
Aku pandang remeh perkara ni yg mana akhirnya sesalan tiada gunanya.
Perkara kedua yg perlu anda ambil kira adalah pastikan setiap invois atau resit yg anda terima adalah lengkap,bukan resit atau invois nanti dulu,atau resit sementara.Resit sementara atau invois nanti dulu tidak boleh dijadikan bukti sama sekali.Tuntut hak anda sebagai persediaan utk permasalahan dimasa akan datang.
Semoga bermanfaat.
Sunday, August 13, 2017
Di Coway
Masih lagi berkenalan dengan air tangan Korea utara ni,masih belajar,masih merangkak.Nampak mudah tapi tak semudah ABC,cuba² untuk jatuh cinta,semoga langkah kali ini memberi manfaat untuk orang lain dan kami sekeluarga.
Tuesday, July 11, 2017
Mood Raya
Tahun ni first time tak join marhaban kampung,dah berbelas tahun tiba² tahun ni tak berkesemparan,tapi masih meneruskan tradisi ziarah rakan dan taulan,salam aidilfitri utk semua dari kami sekeluarga.
Saturday, June 24, 2017
Salam Aidilfitri 2k17
Esok 1 syawal utk tahun ini,alhamdulillah selesai semua urusan tahun ni,Allah beri laluan yg manis utk kami sekeluarga,semoga berkekalan utk tahun seterusnya.Selamat hari raya maaf zahir batin dari zonjuly utk semua.
Tuesday, June 13, 2017
Ramadhan 2k17
Dah masuk 18 hari ramadhan tinggalkan kita,Masa tetap sama Allah peruntukkan,24 jam sehari,macam tahun² sudah..tapi kita yang banyak membazir masa sampai kurang beribadah..tak sempat ibadah kerana sebokkan dunia..akulah tu..manusia generasi akhir zaman.
Tahun ni bazar makin tinggi kos,tak cukup wang 50,malas nak layan , masak kat rumah lagi best.
Shoppingkan diorang awal² sebab malas nak bersesak dekat nak raya nanti.Cuti raya pun pendek,padan muka huhuhuhu...
Sunday, May 14, 2017
Kau Pergi Jua
11 bulan menginap di batu pahat,Kini bersama tuan baru di Masai,semoga selamat sejahtera.Jasamu tetap dikenang,.
Monday, May 1, 2017
Hari Buruh Temerloh
Lambat turun sarapan pagi kat hotel,habis licin semua.Makan sarapan dan lunch kat tepi sungai ni lagi aman,jom patin tempoyak..
Tuesday, April 4, 2017
Kluang Railway
Saja nak test minum kopi sambil tengok ketapi lalu,feel jugak tapi kena tabahlah tunggu giliran nak amik tempt duduk..
Laksa Johor boleh return order,kopi pun kaw..
Hujan lebat sambut ketibaan kami..hampir lokos kena tempias..apa pun Kluang Railway ni memang win.