Tuesday, September 13, 2016

Reunion 1983-1988

Salam ukhuwah,salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam diluar sana.Tanggal 12/9/2016 kami berjaya menyatukan bekas pelajar SKSPR dan guru Kesayangan kami Puan Hajjah Normah Surip di hadapan sekolah kami.Tahun 1983 kami duduk dalam darjah 1 dan waktu itu Cikgu Normah berusia 25 tahun.Menjadi guru kelas kami selama 4 tahun sebelum beliau melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi sewaktu kami dalam darjah 4.Beliau adalah guru kelas Tadika kami juga guru kelas sekolah rendah kami kerana rata2 pelajar kelas tahun 1983 tidak bersekolah tadika,tahun 1 adalah pra skolah utk kami semua.Rakan kelas mula terpisah sekitar tahun 1988 dan kami bersua kembali tahun ini selepas hampir 27 tahun dengan haluan hidup masing2.Program reunian ini adalah atas kerjasama semua pihak yang sudi hadir memeriahkan suasana,kepada yang tak berkesempatan janganlah kecewa atau bersedih,inn shaa Allah dikesempatan akan datang kami akan aturkan majlis ini sekali lagi.Terima kasih En Samsul,Iskanin dan semua rakan yang terlibat menjayakan program ini,juga jutaan terima kasih kami utk cikgu Normah kerana sudi meluangkan masa.

Antara gambar kenangan koleksi zonjuly utk semua rakan yang terlibat.















Friday, September 2, 2016

Tazkirah Jumaat

Ilmuan islam ada berkata,janganlah kita selalu memandang kesalahan orang sehingga kita lupa,kesalahan yang kita nampak pada orang lain itulah sebenarnya yang perlu kita perbetulkan dalam diri kita.Tapi kita selalu beranggapan orang lain lebih perlu diperbetulkan berbanding diri kita sendiri,akhirnya timbullah caci maki,umpat mengumpat,kata mengata dan banyak perkara dosa yang kita tak perasan memakan diri sendiri.
Memang berat nak mengaku atau terima hakikat bahawa kita selalu sombong dan bongkak dgn ujian yang Allah berikan berbentuk rupa paras,harta dunia,kesihatan dan banyak lagi yg Allah sekadar pinjamkan utk menguji sejauh mana iman hambanya.Janganlah kita rasa bangga dgn kejayaan dunia,pangkat dan harta,akhirnya kita akan lupa itu adalah ujian Allah kepada kita.
Jadilah seorang insan yang sentiasa cuba memperbetulkan diri sendiri dari sebok mencari kesalahan orang lain sebagai bahan ketawa.
Dunia dah tak tahan lama..ambillah peluang bertaubat agar Allah beri laluan iman dalam hati kita.
Untuk diri aku,keluarga dan anda diluar sana yang sudi berfikir.Maafkan aku Allah..surah alfatiha ayat 6.
Amiinnn.

Gambar sekadar hiasan koleksi jelajah pantai timur 31/8-3/9/2016.